Assalamualaikum,
Saudara, hari ini dalam ruangan Rehal dalam akhbar Sinar Harian (31 Dec. 2010), Dr Mohd Asri, mantan Mufti Perlis mengatakan beliau hampir mencapai umur 40 tahun. Dan, seterusnya bercakap tentang sambutana tahun baru, maksudnya Tahun 2011, yg akan menjelang dan yg akan diraikan secara besar-besaran oleh manusia yg bukan Islam. Walaupun, pastinya ada umat Islam yg akan sama-sama bersekongkol melakukan pelbagai maksiat malam ini menjelang waktu 11.59 malam, namun mereka ini adalah orang jahil dalam Islam, kerana Islam tidak menyuruh menyambut tahun-tahun baru. Memang thari berganti hari, bulan berganti bulan. Begitulah juga tahun.
Saudara, orang Islam yg menyambut tahun baru dgn pelbagai upacara - muda ataupn tua -adalah orang yg jahil dalam Islam tentang Islam!
Penulis membaca tulisan Dr Asri dan akui tulisan beliau itu baik dijadikan panduan hidup dalam konteks menyediakan diri untuk menghadapi hari mati, iaitu kiamat kecil bagi setiap orang Islam. Belilah Sinar Harian hari ini, hanya RM 1.00 sahaja. Bacalah tulisannya. Ambillah iktibar dan pengajaran dari olahan beliau.
Saudara, bagi penulis orang Islam yg merayakan Tahun Baru itu ada dua golongan: Golongan pertama, yg suka segera menemui ajalnya, kerana dia sudah bersedia untuk menemui Allah (a.w), kerana dia setahun lagi hampir kpd ajal matinya. Mereka yakin yg mereka akan dapat berehat di salah satu taman-taman syurga ketika matinya, ketika berada di alam barzah. Orang iman atau ahli syurga itu, selamat dari siksa kubur dalam alam barzah. Orang sedemikian sudah bersedia. Golongan kedua, adalah orang yg bodoh lagi jahil! Kerana, apabila tiba tahun baru, maka genaplah umurnya pula beberapa tahun dan kemudian akan lebih hampirlah dia kpd ajal matinya. Dia gembira seolah-olah suka dia hampir kpd matinya, walaupun dia tidak bersedia atau belum bersedia. Kemungkinan besar golongan yg bodoh dan jahil ini memikirkan bahawa setelah matinya selesai segala permasalahan dunianya dan dia akan berehat menunggu kiamat untuk dia menikmati syurga.
Soalnya, adakah mereka ini pasti yg mereka dapat syurga? Apakah asas kepercayaan atau keyakinan sedemikian?
Kita kembali kpd Ayat 13, Surah an-Nisa': ''Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), Allah (a.w) akan memasukkan mereka ke dalam syurga.' [Ayat 13, Surah an-Nisa']. Mereka itu golongan pertama. Mereka sudah pasti dapat syurga. Maka dia suka mati atau dimatikan segera. Atau, mereka suka umurnya semakin pendek dan semakin hampir kpd tarikh atau tahun kematiannya. Golongan kedua tidak menyedari yg mereka tergolong dalam Ayat 14, Surah an-Nisa': 'Sesiapa yg menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulllah (s.a.w) (yakni, tidak akur dgn ketetapan as-Sunnah) atau melanggar ketetapan had Allah (s.a.w), akan dimasukkan ke dalam neraka.' [Ayat 14, Surah an-Nisa']. Mereka tidak sedar. Atau, mereka tidak faham ketetapan dalam firman Allah (a.w). Maka mereka bergembira, bersama-sama orang kafir merayakan kedatang tahun 2011. Kalau mereka faham dan mereka belum bersedia dan tidak faham Ayat 14, Surah an-Nisa' ini, mereka akan dirasuk syaitan untuk bergembira merayakan ketibaan tahun baru!
Syaitan inginkan mereka alpa dan membuang masa dan mungkin pula melakukan sesuatu yg menjerumuskan mereka ke dalam neraka kerana membuat maksiat, kerana peluang yg terbuka dalam keramaian tersebut. Paling kurang orang Islam yg meniru lifestyle orang bukan Islam, pastilah dia, mengikut Islam, tergolongan dalam golongan mereka itu!
Saudara, penulis gesa baca tulisan Dr Asri kerana beliau membayangkan apakah sepatutnya resolusi atau azam tahun baru bagi orang Islam yg mencapai umur 40 tahun, maka mereka menyambut ulangtahun tahun lahir mereka.
Malangnya, umat Islam hari ini rata-rata berasa selesa dalam hidupnya, tanpa menyedari bahawa Islam sahaja tidak menjamin syurga. Kita diberi peluang untuk masuk syurga. Kerana, orang kafir (dan munafiq) tidak ada peluang masuk syurga, kecualilah mereka masuk Islam dan mengakui bahawa Allah (a.w) itu tuhan mereka yg esa dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah Pesuruh Allah (a.w). Maksudnya, mereka Islam barulah mereka berpeluang dapat syurga. Namun, orang Islam yg sudah diberi peluang untuk masuk syurga belum diberikan tiket masuk ke syurga, kecualilah dia kerjakan Rukun Islam mereka dan yakin 100% dengan Rukun Imannya. Apabila dia yakin dgn Rukun Iman maka mereka akan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaq, dan kemudian mereka naik haji dan menunaikan umrah. Solat itu tiang ugama. Jika tak solat, runtuh ugamanya, maka dia menjadi kafir secara otomatik. kalau dia sudah mampu untuk menunaikan haji, dia tidak menunaikannya, dan dia mati belum sempat mengerjakan haji, dia mati sebagai orang kafir (i.e. seumpama orang Yahudi dan Nesrani) mati, pasti masuk neraka. Orang Islam yg tidak belajar ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - dia berdoa dan segala amalannya dan ibadah tidak diterima Allah (a.w) kerana Allah (a.w) berfirman: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan (amalan dan ibadah) tanpa terlebih dahulu kamu tahu ilmu mengenainya) [Ayat 36, Surah al-Isra') dan Rasulallah (s.a.w) berpesan: 'Al-ilmu qabla amal' (yg bermaksud: berilmulah dahul sebelum mengerjaka amalan' [Hadith]
Justeru itu, mereka yg ingin merayakan tahun baru malam ini sudah mlakukan apa yg disebutkan di dalam firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) itu? kalau sudah, alhamdulillah. Mereka sudah ada tiket untuk ke syurga. Kalau belum, mereka telah diberi peluang dan belum diberikan tiket lagi.
Mudah-mudahan, orang yg akui dirinya atau menyangka didinya Islam berwaspadalah. Janganlah ghairah menyambut ketibaan 1 Januari 2011 genap jam 12.01 malam ini. Ingatlah kita hidup tak lama. MUngkin 60 atau 70 tahun saja, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w). Ingatlah, hari ini mereka yg masih muda lela dalam awal atau lewat 30hanpun sudah mati, tak sempatpun mencecah umur 40 tahun...
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment