Assalamualaikum,
Saudara, dalam kita menilai prestasi ibadah haji kita - bagi mereka yg menunaikan haji dan umrah baru-baru ini - kita sebutkan bahawa semua ibadah dan amalan yg mewajibkan wudu' yg sah, hanya sah jika wudu' kita sah. Atau, jika kita berjunub, mandi junub kita itu sah. Justeru itu, ibadah seumpama bersolat memerlukan wudu', Ibadah mengenai Tawaf untuk haji dan umrah perlu wudu' yg sah. Membaca al-Quran perlu wudu' yg sah, kerana kita perlu mandi junub, dan mandi junub itu bergantung kpd wudu' yg sah juga.
Justeru itulah dalam blog ini, beberapa bulan yg lampau kita telah sebutkan bagaimana berwudu' dan bagaimana mandi junub yg saha. Mandi junub dan wudu' hanya sah jika kita mandi junub dan berwudu' menepati ketetapan as-Sunnah.
Bagaimana nak pastikan kita mandi junub sah? Dan, bagaimana kita pastikan wudu' sah? Adakah dgn lapaz niat kita sebelum mandi atau sebelum berwudu'?
Saudara, wudu' yg saha mengeikut ketetapan as-Sunnah adalah diperjelaskan dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith kpdku (kata ibnu Majah) Abdul Rahman b Ibrahim hadith dari ibnu Abi Fudaikin hadith dari Abdul Muhaini b Abbas b Sahil b Sa'ad as-Saidi, hadith dari bapanya hadith jadi datuknya hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'La solati liman la wudui lahu, wa-la wudua liman lam yazkurusmallahi 'alaihi, wa- la solata liman la yusolli 'ala nabiyi, wa-la solati liman la yuhibbul Ansari.' (yang bermaksud: Tidak sah solat bagi orang yg tidak berwudu' untuk bersolat, dan tidak sah wudu' bagi orang yg tidak menyebut atau membaca nama Allah (a.w) (yakni, 'Bismillah') dan tidak sah solat bagi orang yg tidak berselawat atas Nabi, dan tidak sah solat bagi orang yg tidak sayangi orang-orang Ansar.'). [Hadith ibnu Majah, Kitab Toharah (i.e. bersuci)]
Jelaslah, wudu' hanya sah jika kita baca kalimah 'Bismillah' kektika berwudu' atau ketika hendak wudu'. Dan, kalaupun sah wudu' kita, solat kita tidak sah jika kita tidak berselawat atas Nabi (s.a.w). maka dengan itu wajib bagi kita berwudu' dgn membaca 'Bismillah' sebelum berwudu'. Kalau kita solat kita tidak berselawat atas Nabi (s.a.w), maka walaupun mungkin wudu' kita sah tapi solat kita tidak sah.
Sejak kecil lagi tok-tok guru mengajarkan kita supaya melafazkan niat untuk wudu', walhal dalam syariat Islam niat itu tidak perlu dilafazkan atau disebut kuat! Niat adalah gerak hati kita ketika hendak melakukan sesuatu. Tiada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah bahawa kita baca kalimah niat: 'Nawaitu wudu'a ... ' dan seumpamanya.
Menceritakan kepadaku (kata an-Nasa’i) Muhammad ibn Salamat dan Harith ibnu Miskin membaca atasnya (yakni, hadith), dan aku mendengar dan lafazkan baginya dari Ibnu Qasim berkata menceritakan padanya Malik daripada ‘Amru bin Yahya al-Mazini, yang mendapat hadith daripada bapanya, sesungguhnya (bapanya) berkata bahawa hadith ini dari Abdullah bin Zaid bin ‘Asim, dan adapun (Abdullah adalah) seorang sahabat Nabi (s.a.w), dan dia itu datuk ‘Amru bin Yahya, yang berkata (ayahnya bertanya kepada datuknya): ‘Adakah dapat engkau tunjukkan kepadaku bagaimana ada Rasulallah (s.a.w) berwudu’?’ Berkata Abdullah bin Zaid (r.a): ‘Ya.’ Maka meminta dia air untuk wudu’. Maka (setelah diberikan air) dituangkannya atas kedua tangannya maka membasuh kedua tangannya dua kali dua kali. Kemudian berkumur-kumur dia dan menghisap air ke dalam hidungnya tiga tiga kali. Kemudian membasuh mukanya tiga kali, kemudian kedua-dua tangannya dua kali dua kali ke paras sikunya, kemudian diusapnya (yakni disapunya) kepalanya dengan kedua tangannya; maka memulakan menyapu dari depan ditariknya kedua tangannya mulai dari dahi kepalanya kemudian dijalankannya (yakni, dilalukannya) kedua tangannya (ke belakang) sampai ke tengkoknya, kemudian dikembalikan (usapannya) dari belakang ke depan sehingga tempat mula-mula tadi, kemudian dibasuh kedua kakinya sehingga ke paras kedua buku lalinya.’ [Hadith an-Nasa’i]
Hadith di atas itu menjelaskan satu dimensi wudu' yg sering kita dapti tidak dibuat oleh kebanyakkan orang yg berwudu', iaitu bagaimana menyapu atau mengusap kepala dgn air ketika berwudu'. Kalau kita semak hadith yg diriwayatkan sendiri oleh Imam as-Syafie, kita juga dapati kaedah dan caranya adalah seruoa dgn ketetapan hadith di atas. Jika begitu, kita mungkin hairan mengapakan dalam Mazhab as-Syafie, kita diajarkan untuk mencalit air supaya kena kpd beberapa helain rambut ketika berwudu'.
Kita rengkaskan proses atau kaedah berwudu' iti spt berikut:
- Membasuh kedua-dua tangan 3 x sebelum berwudu';
- Berkumur-kumur sambil memasukkan air ke hidung, kemudian kita semburkan keluar semula melalui hidung dan mulut;
- Berniat, tanpa di sebutkan bahawa kita perlu lafazkan niatu untuk wudu' itu;
- Membaca 'Bismillah' ketika nak mulakan wudu'.
- Membasuh muka, dgn rata (1 atau 2 atau 3x);
- Membasuh kedua-dua tangan sampai ke siku (sekali atau 2x atau 3 x), mulai dgn tangan kanan;
- Menyapu atau mengusap kepala, selurunya, dgn melalui kedua-dua telapak tangan di atas kepala dari depan ke belakang dan balik ke depan, kemudian menyapu cuping telingai;
- Membasuh kedua-dua belah kaki (1 atau 2x atau 3 x) (dari tapak kaki sehingga ke paras kedua-dua buku lali.
- Berdoa, iaitu membaca dua kalimah syahadat.
Itulah rumusan ketetapan as-Sunnah mengenai cara dan kaedah berwudu'.
Jazakallahu khairah
.
No comments:
Post a Comment