Assalamualaikum,
Saudara, kita lanjutkan lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas.Umat Islam itu wajib berada dalam jema'ah umat Islam. Setiap jema'ah itu mempunyai seorang pemimpin,sebagaimana Rasulallah (s.a.w) memimpin umat Islam zamannya dan sebagaimana khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin memimpn umatnya zaman pemerintahan mereka. Di dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) memperjelaskan lagi 'kepimpinan' ini secara praktikalnya.
Jemaah Ummah Islam itu hendaklah diuruskan atau dikendali atau ditadbir atau diperintah oleh orang Islam. Segala sesuatu mengenai Islam dan pengurusan umat Islam itu hendaklah oleh orang Islam. Bukanlah, orang kafir (bukan Islam) menguruskan sesuatu hukum atau ketetapan mengenai Islam. Contoh: memberi nasihat dan panduan yang menyentuh ketetapan dan prinsip Islam bagi sesiapapun, lebih-lebih lagi mengenai umat Islam, hendaklah oleh orang Islam. Rasionalnya mudah: hanya orang Islam tahu tentang Islam dan syariatnya. Orang kafir (tidak Islam) tidak boleh membuat ketetapan atau peraturan mengenai Islam. Contoh: Perkara halal haram dalam Islam tidak boleh berpandu kepada ketetapan orang kafir (bukan Islam). Di dalam Bab 15 Kitab ini kita akan teliti siapakah yang layak menjadi pemimpin jemaah ummah Islam. Yang pasti, jemaah Islam hendaklah dipimpin oleh orang Islam sendiri. Inilah ketetapan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w):' Ya aiyuhallazina amanu la tattakhizul kafirina auliayaa min dunil-mukminina … ' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu menjadikan (mengambil) orang-orang kafir sebagai wali (pemimpin) kamu dari selain orang yang beriman (mukmin) (yakni, hanya orang mukmin dibolehkan oleh Islam memimpin umat (atau jemaah) Islam)][Ayat 144, Surah an-Nisa]
Jelaslah jemaah Islam, terutama jemaah orang Islam yang beriman, hendaklah dipimpin oleh orang yang beriman atau Islam. Tidak boleh dipimpin oleh orang bukan Islam. Logik ketepan ini amat jelas. Hanya pemimpin Islam dan beriman tahu apa dia Islam dan iman. Hanya pemimpin Islam tahu hubungan antara Allah (a.w), Tuhan mereka, dengan mereka sebagai umat Islam. Mereka sahaja yang tahu kedudukan Rasulallah (s.a.w). Dan, mereka juga yang tahu sejauh manakah jemaah Islam atau jemaah orang yang beriman itu wajar patuh kepada kepimpinan dan pemimpin mereka. Orang bukan Islam pasti tidak tahu mengenai ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Pemimpin dan jema'ah umat Islam yg beriman itu tahu bahawa panduan hidup mereka serta panduan amalan dan ibadah mereka hanyalah al-Quran dan as-Sunnah.
[Nota: Perbezaan antara ‘orang Islam’ dan ‘orang beriman’ adalah amalan atau pelaksanaan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Jika tidak dibuktikan dengan amalan dan ibadah, deklarasi qalbu, dikatakan dan dikotakan, bukanlah dia orang beriman. Mungkin mereka tahu, setelah mempelajari Islam (yakni, mengaji tafsir isi al-Quran dan as-Sunnah), tetapi mereka kafir kerana tidak yakin dengan Allah (a.w) dan RasulNya. Contoh: Seseorang yg meninggalkan satu waktu solat jatuh kafir. Demikianlah zaman pemerintah Abu Bakar as-Siddiq (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin pertama, dia menghukum kafir orang yg tidak mahu membayar zakat. Hakikatnya, sesiapa yg tidak akur dgn salah satu Rukun Islam dianggap kafir.]
Saudara, berpandukan firman Allah (a.w) ini kita pasti faham bahawa siapa sahaja yg diberi kuasa atau tugas atau tanggungjawab memimpin jema'ah Islam - dari peringkat tertinggi sehinggalah ke peringkat bawah dalam hiraki pemerintahan Islam itu - hendaklah terdiri dari orang yg Islam dan beriman. Islam saja tak cukup. Hendaklah orang yg iman. Siapa dia 'orang iman'? Orang iman itu adalah orang Islam yg faham, akur dan yakin sepenuhnya dgn Rukun Iman yg enam, dan mereka faham tentang Rukun Islam dan melaksanakannya. Maksudnya, dia solat, dia puasa , dia menunaikan zakat dan mengeluarkan sebahagian rezkinya untuk infaq fi sabilillah dan dia menunaikan haji dan umrah apakala sudah mampu. Mereka faham Islam dan syariatnya dan faham bagaimana mengabdikan diri kpd Allah (a.w) (ketetapan mutlak dalam Ayat 56, Surah az-Zariat).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment