Monday, December 20, 2010

Ibadah Haji: Post Mortem (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat ketetapan as-Sunnah bersabit dgn Tawaf, khususnya Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji. Setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, untuk mempercepatkan berTahlul Akhir, biasanya jema'ah haji  akan balik ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah. Setelah Tawaf Ifadah maka luputlah kesemua patang larang atau larangan berikhram. Walaupun sudah selesai Tahlul Akhir, jema'ah haji masik perlu kembali ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah, bagi mereka yg membuat Nafar Awal, dgn syarat mereka hendaklah keluar dari Mina sebelum masuk waktu 'Asar. Jika tidak sempat, mereka perlu terus bermukim di Mina untk melontar pada hari tasyrik ke-3 iaitu 13 Zulhijjah, iaitu yg Nafar Thani.
Kita juga tahu berasaskan post yg lalu, satu set Tawaf itu merangkumi Tawaf mengelilingi Ka'bah 7 piusingan berakhir di Sudut (Rukun) Hajar Aswad dan kemudian bersolat solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Kita juga tahu bahawa semasa bersolat dua rakaat itu hendaklah dibaca selepas al-Fatihah pada rakaat pertama Surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua Surah al-Ikhlas. Kemudian duduk berdoa. Doa yg digalakkan dibaca adalah Doa Nabi Adam (a.s) dan Doa Nabi Ibrahim (a.s) selain doa-doa lain sebagai tambahan. Doa Nabi Adam itu utama kerana Allah (a.w) menjanjikan bahawa sesiapa yg membacanya akan dikabulkan Allah (a.w) permintaan dalam doa tersebut. Ketika berdoa itulah kita boleh membacakan doa-doa yg dikirimkan oleh keluarga atau sahabat atau rakan taulan yg meminta kita bacakan doa mereka bgi pihaknya. Doa-doa kiriman yg kita baca itu, walaupun kehendak atau permintaan mereka, namun Allah (a.w) juga mengkabulkannya untuk kita yg membacanya.
Kita turunkan kedua-dua doa tersebut untuk pengetahuan kita. Adakah mereka yg bersolat di belakang Makam Ibrahim itu membaca doa-doa tersebut ketika mengerjakan haji baru-baru ini atau bila-bilapun berTawaf?

Doa Nabi Adam (a.s)

SYariat Tawaf itu bermula dgn perlakuan Nabi ADam (a.w) dan begitu jugalah syariat bersolat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Selepas bersolat, Nabi Adam (a.w) berdoa. Doa Nabi Adam (a.s) itu disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Buraidah berkata: 'Bersabda Rasulallah (s.a.w):'  Ketika telah diturunkan Allah (a.w) Nabi Adam (a.s) ke dunia (dari syurga) beliau tawaf di Baitullah tujuh pusingan dan bersolat dia lurus mengadap Baitullah (i.e. di mana terletakkan Makam Ibrahim sekarang ini) dua rakaat, kemudian dia berdoa:'Allahumma anta ta'lamu sirri wa-'ala niati, faqbil ma'zirati, wa-ta'lamu hajati, fa'tini sukli, wa-ta'lamu ma 'indi faghfirli zunubi. Asaluka imanan yubahi qalbi, wa-yaqinan sodiqan hatta 'alamu annahu la yusibuni illa ma katanta li, wa-raddini bi-qadaika.' [Maksud kalimah doa: Ya Allah ya Tuhanku! Engkau Allah (a.w) mengetahui rahsiaku dan segala niatku, maka semoga Engkau menerimanya, dan Engkau mengetahui hajatku (i.e. keperluanku) maka semoga Engkau memberikan kepadaku permintaanku; dan Engkau tahu apa-apa di sisiku (i.e. dosa dan kesalahanku) semoga Engkau ampuni untukku dosa-dosaku. Aku memohon kpd Engkau Allah (a.w) keimanan yg melapangkan dadaku (i.e. hatiku), dan keyakinan yg benar sehingga mengetahui aku sesungguhnya tidak menimpa/mengenai sesuatu pdaku kecuali apa-apa yg telah dituliskan (i.e. diqada'kan) atasku, dan semoga Engkau Allah (a.w) meridai akan daku dgn apa-apa yg telah ditetapkan (i.e. diqada'kan) atasku]. Maka diwahyukan Allah (a.w) atas beliau(dgn firmanNya): 'Wahai Adam! Sesungguhnya engkau berdoa kepadaKu dengan ini doa, maka sesungguhnya mengkabulkan Aku bagu engkau dalam doa engkau. Dan seandainya berdoa kepadaKu dengan ini doa seseorang dari zuriatmu kecuali Aku mengkabulkannya bagnya permintaannya, dan mengampuni Aku baginya beberapa dosanya, maka merenggangkan Aku pada kesusahannya dan (merenggangkan Aku) akan musibah yg dimenimpa atasnya darinya dan di belakang setiap perniagaannya Aku berikan kepadanya di dunia hina (i.e. walaupun tidak bermakna pada Allah (a.w) teta diberikan apakala diminta) dan jikapun ada tidak mengkehendakinya pada dunianya.' [Hadith at-Tobrani dalam Austau wabnis 'Asakar]
Saudara, Allah (a.w) berjanji ketika mendengar doa Nabi Adam (a.s) tersebut bahawa sesiapa yg berdoa dgn doa ini akan dikabulkan atau diperkenankan oleh Allah (a.w) segala permintaannya. Jika begitu mengapakah kita tidak akur dan manfaatkan doa ini? Mengapakah kita perlu karang atau reka doa-doa lain, termasuk doa-doa dalam bahasa kita sendiri? Walhal, jika kita hafal, kita boleh baca doa ini. Jika tidak hafal kita buka dan baca.
Saudara, ketika Tawaf dan selepas solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, Nabi Ibrahim (a.s) sendiri berdoa dgn doanya. Insya  Allah (a.w) kita akan turunkan doa tersebut dalam post yg akan datang.

Jazakallahu khairh

No comments:

Post a Comment