Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita mendapat tahu bahawa orang yg berusaha berjalan ke suatu tempat mencari ilmu (yakni, ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu dihormati oleh para malaikat dan mereka mendoakan agar Allah (a.w) ampunkan dosa-dosa mereka. Malah semua mahluk di langit dan di bumi memohon keampunan bagi mereka. Selain itu, dgn ilmu segala amalan dan ibadah kita sah kerana menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) [spt 'Sollu kama ra-aitumuni usalli', dlm konteks ibadah solat], 'Khuzu anni manasikakum', dalam konteks haji dan umrah], dan seumpamanya. Dalam post ini kita lihat satu lagi keuntungan mereka yg mencari dan belajar ilmu.
Keuntungan Belajar Ilmu
Dalam perkara ilmu ini, sesiapa yg telah berkesempatan berada di Masjidil Haram dan Masjid an--Nabawi yg rakin memerhatikan gelagat para jema'ah yg bersolat akan dapati begitu ramainya umat Islam yg mengerjakan ibadah dan amalan yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh: Ketika bersolat tiada tamakninah, laju sahaja sebagaimana ayam mematuk makan di bumi, dalam satu sabda Nabi (s.a.w). Tidak menepati rukun fe'li solat seumpama letak kedua tangan selepas Takbiratul Ikhram. Ketika bersolat Solat Mayat, contohnya, bertakbir tanpa megangkat kedua-dua tangan. Perempuan brsolat kelihatan kedua telapak kakinya dgn jelas, i.e. tidak menutup aurat. Tak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa drp 1,000 orang yg akui dirinya Islam, hanya seorang saja dapat syurga, selainnya 999 orang Islam tapi masuk neraka, tak dapat syurga.Semua ini berlaku kerana kejahilan.
Saudara, Dalam hadith berikut disebutkan satu lagi kefadhalan atau keuntungan yg diperolehi orang yg berusaha belajar ilmu demi untuk kebaikan atau kebajikan akhiratnya:
Saudara, Dalam hadith berikut disebutkan satu lagi kefadhalan atau keuntungan yg diperolehi orang yg berusaha belajar ilmu demi untuk kebaikan atau kebajikan akhiratnya:
Diriwayatkan hadith bahawa Aba Ali at-Tujibiya bahawasanya dia mendengar Aba Rihanah berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Diharamkan oleh Allah (a.w) mata dari bakaran api neraka, mata yg celik dalam urusan fi sabilillah' [Nota: Belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah adalah urusan fi sabilillah]. Diriwayatkan hadith dari Sahil b Said berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Berpagi-pagi dan sepetang di dalam urusan fi sabilillah, Allah (a.w) zat yg Maha Agung, lebih afdhal (yakni, lebih baik dari dunia dan apa-apa yg ada di dalamnya.' [Hadith an-Nasa'i]
Sauda, Fikirkanlah betapa besarnya keuntungan yg diperolehi semata-mata sepagi atau sepetang kita melapangkan masa untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Tiada siapapun yg memiliki kekayaan sebesar dunia dan segala isinya. Orang yg terkaya di dunia seumpama mereka yg dimuatkan oleh Majallah Forbes spt Bill Gates dan sebagainya (di malaysia spt Syed Mukhtar al-Bukhari), tidakpun memiliki kekayan senilai dunia dan seisinya. Hanya dgn kita menumpukan hanya sedikit masa untuk belajar ilmu diberi Allah (a.w) ganjaran kekayaan sebesar dunia dan isinya di akhirat kelak, selain keuntungan kerana mata kita yg menumpukan kpd melihat ayat-ayat al-Quran dan kata-kata as-Sunnah, tidak diusik oleh api neraka pula. Tidak ada keselamatan yg lebih utama selain keselamatan dari dibakar oleh api neraka (yg kepanasannya adalah 69 kali ganda api duniayg terpanas itu).
Namum, segala-glanya terletak kpd keimanan. Mereka yg yakin setelah mati ada azab di neraka dan ada nikmat yg tidak dapat dibayangkan di syurga, akan yakin dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan, kita adalah tergolong diantara orang-orang yg yakin akan akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment