Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita sebutkan bahawa selepas Tawaf 7 pusingan atau keliling Ka'bah dalam ibadah Tawaf kita, sama ada untuk Tawaf Qudum atau Tawaf Umrah atau Tawaf Haji (i.e. Tawaf Ifadah), kita hendaklah berjalan ke kawasan di belakang Makam Ibrahim untuk bersolat solat sunat dua rakaat dan berdoa. Kita ttelahpun tahu Doa Nabi Adam (a.s) yg, jika dibaca oleh seseorang selepas solat tersebut, akan dikabulkan oleh Allah (a.w) permintaannya. Kita janjikan Doa Nabi Ibrahim (a.s) pula.
Tawaf, Solat Sunat di Belakang Makam Ibrahim dan Doa-doanya
Saudara, dalam seramai 25 orang Rasul yg diketahui atau diajarkan kpd kita, hanya dua orang sahaja amat dikasihi oleh Allah (a.w), ykni diberi taraf dan penghormatan yg tinggi, iaitu Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Muhammad (s.a.w). Nabi Muhammad (s.a.w) adalah Rasul dan Nabi yg termulia pada Allah (a.w) dikalangan para Rasul dan Nabi.
Kita lihat doa Nabi Ibrahim (a.s):
'Allahumma haza baladuka wal-masjidul haramu wa-baitikal haramu, wa-ana 'abdukabnu 'abdikabnu amatika, ataituka bizunubi kathiratin wa-khatoya jammtin, wa-'amalin saiyiatin, wa-haza maqamul 'aidi minan nari, faghfirli war-hamni, innaka antal-ghafurur rahim; Allahumma innaka da'auta 'ibadika ila baitikal harami, wa-qad jikta toliban rahmatika, mubtaghiyan mardatika, wa-anta mananta 'alaiya bizalika, faghfirli, war-hamni, innaka 'ala kulli syai-in qadir' [Maksud kalimah: Ya Allah ya Tuhanku! Ini Makkah negaraMu dan Masjidil Haram dan rumahMu yg mulia (i.e. Ka'bah) dan aku adalah hambaMu anak hambaMu yg lelaki dan anak hambaMu yg perempuan, aku datang kepadaMu dengan membawa dosa-dosa yg amat banyak dan kesalahan/kejahatan yg amat banyak dan amalan-amalan yg buruk, dan ini adalah tempat berdirinya orang-orang yg berlindung kepadaMu dari neraka, maka ampunilah aku dan kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau zat yg Maha Pengampun lagi Penyayang. ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau Allah (a.w) memanggil hamba-hambaMu ke baitul Haram dan sesungguhnya aku telah datang mencari kerahmatanMu dan mencari keridaanMu dan semoga Engkau Allah (a.w) mengurniakan kpd itu dengan itu, maka ampunilah aku dan kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau Allah (a.w) berkuasa atas segala sesuatu.]
Saudara, lazimnya, apabila kita berdoa selepas solat dua rakaat solat sunat di belakang Makam Ibrahim kita baca Doa Nabi Adam (a.s) dahulu, kerana doa itu jelas dikabulkan Allah (a.w) kerana janjiNya begitu. Kemudian kita bacalah Doa Nabi (a.s) yg berdoa selepas membina Ka'bah bersama-sama dgn anaknya Nabi Ismail (a.s). Atas taraf Nabi Ibrahim (a.s) sebagai 'kekasih Allah' (Khalilullah), maka doanya juga mustajab. Kita bolehlah baca pula doa-doa lain yg spesifik kpd permintaan kita. Juga, selepas doa itu kita bacalah pula doa-doa yg dikirimkan oleh sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, supaya Allah (a.w) juga mengkabulkan permintaan mereka dan Allah (a.w) akan memberikan kpd kita yg membacakan doa-doa tersebut, apa-apa yg mereka minta kita bacakan.
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment