Assalamualaikum,
Saudara, meneruskan post-mortem kita tentang pekerajaan haji kita, dalam usaha menyemak perlakuan ibadah haji kita itu, kita lihat kaedah melontar pada hari-hari tasyrik.
Setelah melontar Jamrah Aqabah pada pagi 10 Zulhijjah, kita kembali ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji (dan Sa'i Haji, jika belum). Setelah menyempurnakan Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji (dan Sa'i Haji, jika belum disempurnakan dulu sebelum ke Arafah untuk Wukuf), kita wajib kembali ke Mina untuk melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11 dan 12 dan 13 Zulhijjah (yakni, tiga hari Tasyrik).
Saudara, waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada tiga hari tasyrik mengikut as-Sunnah, yakni mengikut contoh perbuatan Rasulallah (s.a.w), adalah bermula selepas tergelincir matahari, yakni masuk waktu Zohor, sampailah terbit matahari keesokan harinya. Bagi mereka yg ingin melakukan Nafar Awal, iaitu melontar untuk dua hari Tasyrik sahaja - yakni, pada 11 dan 12 Zulhijjah - hendaklah melontar ketiga-tiga jamrah sebelum masuk waktu Asar dan wajib meninggalkan Mina sebelum masuk waktu 'Asar. Jika tak sempat, hendaklah bermukim terus di Mina sampai hari tasyrik ketiga, iaitu pada 13 Zulhijjah. Justeru itu, kita melakukan Nafar Thani.
Saudara, kita jelaskan di bawah ini perlakuan melontar pada hari tasyrik itu mengikut as-Sunnah, i.e. sebagaiman dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Melontar Jamrah Pada Tiga Hari Tasyrik
Hari-hari tasyrik itu adalah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Kita disyaratkan untuk melontar ketiga-tiga jamrah - mulai dgn Jamrah Sughra (atau Ula), kemudian Jamrah Wusta (i.e. yg tengah) dan berakhir di Jamrah Kubra (atau Jamrah Aqabah). Mungkin ada orang kata haji kita tidak terbatal jika kita tidak melontar, kerana melontar bukanlah rukun haji, tetapi kita kena bayar 'dam', kata mereka. Sebenarnya ibadah haji itu perlu disempurnakan dgn melontar pada hari-hari tasyrik, sekurang-kurang pada 11 dan 12 Zulhijjah, i.e. melakukan Nafar Awal. Malah, tiada ketetapan as-Sunnah yg kita boleh tidak melontar dan dapat haji juga! Haji tidak sempurna tanpa lontaran pada hari-hari tasyrik tersebut. Jika manasik atau peraturan haji tidak sempurna, manakan mungkin mendapat haji mabrur!
Mengikut as-Sunnah, waktu melontar jamrah pada tiga-tiga hari tasyrik itu adalah bermula wakti tergelincir matahari atau masuk waktu Zohor dan tamat sebelum terbit matahari, yakni terbit fajar esok harinya. Tidak ada nas dan dalil as-Sunnah yg menyebut kita boleh buat lontaran sebelum tergelincir matahari dan tidak juga ada nas dan dalil as-Sunnah yg kita boleh melontar dua kali sehari, spt melontar pada 11 Zulhijjah dua kali sekali selepas Zohor dan sekali selepas Subuh. Dan, jika kita hendak melakukan Nafar Awal, yakni melontar hanya untuk dua hari tasyrik, iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah sahaja, tempoh melontar hari kedua, i.e. pada 12 Zulhijjah itu, dipendekkan setakat sebelum masuk waktu Asar sahaja, dan kita diwajibkan meninggalkan Mina sebelum masuk waktu 'Asar. Tidak ada nas dan dalil as-Sunnah menyebut kita boleh Nafar Awal dan keluar Mina selepas masuk waktu 'Asar! Jelasnya, kita wajib keluar meninggalkan Mina sebelum masuk waktu Solat 'Asar, selepas melontar ketiga-tiga jamrah sebelum kita keluar meninggalkan Mina.
Apabila kita membuat lontaran pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah itu hendaklah kita mengadap jamrah dgn mempastikan bahawa Mekah berada di arah sebelah kiri kita dan Mina di arah sebelah kanan kita. janganlah kita melontar di sebelah jamrah yg Mekah adalah dari arah kanan dan Mina di arah kiri kita - i.e. songsang!
Dan, hendaklah kita pastikan bahawa ketika hendak melontar itu kita membaca 'Bismillahi, Allahu Akbar' setiap kali kita lepas/lontar satu batu. maksudnya, bagi 7 lontaran kita sebut kalimah-kalimah tersebut 7 kali. Kemudian, setelah selesai melontar 7 baru di jamrah Ula dan jamrah Wusta, kita pergi ke bahagian tepi jamrah, yg tidak diganggu oleh orang yg berjalan, untuk membaca doa, bukan untuk bersolat sunat! Di jamrah adalah satu lagi tempat yg mustajab berdoa. Kita tidak perlu berdoa selepas melontar Jamrah Aqabah (i.e. tidak ada sandaran nas dan dalil as-Sunnah tentang berdoa selepas melontar Jamrah Aqabah).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment