Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita lihat ramai orang Islam yg berjaya di Malaysia. Malah dimana-manapun. Bos-bos besar syarikat GLC dan orang-orang terkanan dalam syarikat korporat, begitu juga ketua-ketua eksekutif badan-badan berkanun. Mereka adalah orang yg cerdik, pandai, bijak dalam mengurus syarikat atau agensi di bawah kawalan mereka. Lihatlah kpd tokoh-tokoh pengarah urusan atau ketua eksekutif di syarikat-syarikat milik kerajaan, bank-bank milik kerajaan atau bukan milik kerajaan, syarikat-syarikat berhad lainnya. Mereka digelar yuppies dan dibayar gaji yg amat lumayan (e.g. RM 50k plus) memiliki kelayakan dalam bentuk ijazah cemerlang dari universiti atau institusi pengajian tinggi yg tersenarai di dunia sebagai 'ivy league' atau 'menara gading' spt London, Cambridge, Oxford, MIT, Harvard, Princeton, Columbia, UCLA dan sebagainya. Mereka diberi perks yg lumayan dan berbagai, dibekalkan pula dgn berbagai kemudahan termasuklah ESOS, rumah dan kereta besar.
Malangnya, sesetengah mereka terlalu sebok dan disebokkan dgn kerjanya kerana mengharapkan prestasi terbaik dan dapat mengatasi orang lain dan menjadi model atau tokoh korporat yg terulong. Namun, mereka tiada masa sedikitpun untuk Allah (a.w). Mereka tidak solat, malah sebok bermesyuarat pula ketika tiba waktu solat. Tak sempat Solat Jum'at. Malah tak sempat berpuasa pula kerana bertugas di luar negara. Dan berbagai-bagai lagilah keadaan dan situasi serta excuse tak kerkajakan.
Apa kata Allah (a.w) terhadap orang-orang yg dianggap bijak dan pintar mengurus dunia mereka ini, tetapi jahil tentang akhiratnya? Dan, mereka ketandusan ilmu atau jahil dengan ilmu akhirat yg boleh memandu hidupnya di dunia dan menyediakan dirinya untuk akhiratnya. Kita lihat ketetapan as-Sunnah berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur, murka pada setiap orang yg pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunianya (i.e. mengurus dunianya) (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya (i.e. mengurus akhiratnya atau menyediakan dirinya untuk akhiratnya).’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yg) sebaik-baik (dikalangan) kamu (melainkan) adalah orang yg tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhiratnya. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ [Hadith ibnu ‘Assakar]
Orang yg bijak itu, dia mengimbangi dunia dan akhiratnya. Orang yg benar-benar bijak itu adalah orang yg memandu hidupnya menepati sabda Rasulallah (s.a.w) tersebut. Dunia adalah persediaannya untuk akhirat. kalau dia mendapat pendapatan yg lumayan yg melebihi keperluan lazim, diperbanyakkan olehnya menginfaqkan harta dan pendapatannya seumpama melabur untuk akhirat. Dgn wang dan harta dia boleh menempah tempat di akhirat. Orang yg kaya didunia akan dihisab secara terperinci. Apakah hak Islam telah dilunas atau ditunaikannya dalam membela ugama Allah (a.w). Bukan, untuk dia gunakan membina mahligai dan istana di dunia. Bukan untuk berseronok di kelab-kelab malam. Bukan untuk diboroskan untuk tujuan yg batil.
Semua tindak tanduk kita mengurus harta dan kekayaan hendaklah dipandu oleh ilmu, yakni ilmu akhirat. Kalau kita berpandukan ilmu dunia, maka rugilah kita dan binasalah kita. tanpa ilmu akhirat kita juga menunaikan tanggungjawab ugama secara batil, sambil lewa dan tidak bersungguh, sehinggakan kita solat dgn pakaian yg bernajis, bersolat tanpa khusyuk, bersolat sambil lewa tanpa tamakninah dan sebagainya.
Mudah-mudahan orang-orang yg kaya dan brjaya di antara kita kerana bijak menguruskan dunia merka mendapat pengajaran dari 3 potongan hadith yg kita jumpai ini,insya Allah.
Semua tindak tanduk kita mengurus harta dan kekayaan hendaklah dipandu oleh ilmu, yakni ilmu akhirat. Kalau kita berpandukan ilmu dunia, maka rugilah kita dan binasalah kita. tanpa ilmu akhirat kita juga menunaikan tanggungjawab ugama secara batil, sambil lewa dan tidak bersungguh, sehinggakan kita solat dgn pakaian yg bernajis, bersolat tanpa khusyuk, bersolat sambil lewa tanpa tamakninah dan sebagainya.
Mudah-mudahan orang-orang yg kaya dan brjaya di antara kita kerana bijak menguruskan dunia merka mendapat pengajaran dari 3 potongan hadith yg kita jumpai ini,insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment