Assalamualaikum,
Saudara, setiap ibadah haji dan umrah itu mensyaratkan kita Tawaf mengelilingi Ka'bah. Seseorang yg haji hanya boleh berTahlul Akhir setelah selesai mengerjakan Tawaf Ifadah (atau, Tawaf Haji) setelah melontar jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. Kita lihat, bagaimana mengerjakan Tawaf mengikut as-Sunnah.
Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji
Ketika hendak Tawaf kita memasuki Masjidil Haram dengan kaki kanan sambil membaca doa masuk masjid, iaitu 'Bismillah, Assalamu 'ala Rasulallah; Allahumma firli zunubi, waftahli abwabi rahmatik', dan berjalan menuju Sudut (Rukun) Hajar Aswad.
Di Sudut (Rukun) Hajar Aswad itu kita akan mualak Tawaf Ifadah (yakni, apa saja Tawaf). Tawaf itu adalah mengelilingi Ka'bah tujuh (7) pusingan memulkan perjalan dari Sudut (Rukun) Hajar Aswad, berjalan arah kiri (counter clockwise) sampai ke Rukun (Sudut) yamani, sudut ketiga Ka'bah, dan sehinggalah sampai semula ke Rukun (Sudut) Hajar Aswad. Ketika memulakan Tawaf di Sudut Hajar Aswad, kita hendaklah mengucup atau mengusap atau melambai ke arah Hajar Aswad sambil menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar'. Ketika berjalan dari Rukun (Sudut) Hajar Aswad membaca kalimah-kalimah 'Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha ilallah, wallahu akhbar; wa-la haula wa-la quata illa billah' [Hadith ibnu Majah], yg diulang-ulangkan sebanyak mungkin sehinggalah sampai ke Rukun (Sudut) Yamani. Ketika sampai ke Rukun (Sudut) Yamani kita mengusap rukunnya (sudutnya) dan meneruskan perjalanan ke Rukun (Sudut) Hajar Aswad semula sambil membaca 'Allahumma inni asaluka 'afwa wal-afiati fid-dunya wal-akhirah; rabbana atina fid-dunya hasanah wa-fil akhirati hasanah, wa-qina 'azabannar' [Hadith ibnu Majah], sebanyak mungkin sehingga sampai ke Sudut (Rukun) Hajar Aswad, bila mana kita selesai pusingan pertama dan memulakan pusingan kedua atau selanjutnya sambil mengucup ataumengusap atau beristilam ke Hajar Aswad.
Di dalam as-Sunnah, tidak disebutkan lain-lain bacaan ketika mengelilingi Ka'bah. Namun, tidaklah ditegah membaca kalimah-kalimah lain. Walaupun begitu, di dalam Islam, yg wajib kita ingatkan adalah apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) menyentuh mana-mana ibadah itu, wajarlah kita jadikan contoh. Tidaklah perlu kita membuat penambahan atau pengubahsuaian.
Solat Sunat Dua Rakaat di Belakang Makam Ibrahim
Setelah selesai Tawaf 7 pusingan, kitapun berjalan menuju ke kawasan di belakang Makam Ibrahim sambil membaca 'A'uzubillahi minas syaitanir rajim; Bismilallhi rahmanir rahim; Wat-takhazu mim maqami Ibrahima mussola'. Setelah sampai ke kawasan di belakang Makam Ibrahim kitapun bersolat dua rakaat, solat sunat. Bacaan surah pada rakaat pertama adalah 'Qulya aiyuhal kafirun' (Surah al-Kafirun) dan pada rakaat kedua surahnya adalah Surah al-Ikhlas (atau Qul Huallahu Ahad).
Selesai solat itu, kita duduk untuk berdoa sebanyak mungkin. Antara doa yg disuruh as-Sunnah kita baca adalah Doa Nabi Adam (a.s) dan Doa Nabi Ibrahim. Kita bolehlah baca doa-doa tersebut dan menambah pula kpd doa-doa lain yg kita ingin bergantung kpd apa yg kita hajatkan Allah (a.w) kurniakan kpd kita. Kerana di belakang Makam Ibrahim adalah satu-satu tempat yg makbul berdoa. Lazimnya, jema'ah haji dipesan atau diminta rakan taulan, saudara mara untuk mendoakan atau membaca kiriman doa-doa mereka. Maka kita bacalah.
Insya Allah dalam post yg akan datang kita turunkan doa Nabi Adam (a.s) dan Doa Nabi Ibrahim (a.s) tersebut.
[Nota: Perlukah kita berlari-lari anak ketika mengelilingi Ka'bah? Kalau perlu berapa pusingan kita perlu berlari-lari anak? Kita telah jelaskan dalam post-post yg lalu bahawa hanya ketika kita mengerjakan Tawaf Qudum kita disyariatkan berlari-lari anak dalam tiga pusingan pertama dari 7 pusingan tetapi hanya dari Rukun (Sudut) Hajar Aswad hingga ke Rukun (Sudut) yamani sahaja. Bagi lain-lain Tawaf, termasuk Tawaf Ifadah, Tawaf Umrah dan Tawaf Wada' (i.e. Tawaf Selamat Tinggal) kita tidak dikehendaki berlari-lari anak pada pusingan 1 hingga 3 dari Sudut Hajar Aswad ke Sudut Yamani.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment