Saturday, December 18, 2010

Ibadah Haji: Post Mortem (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, menymbung lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas kita teruskan melihat satu persatu pelaksanaan ibdah haji dan umrah mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, semua ibdah dan amalan, walau sebesar zarrah sekalipun, hanya akan diterima jika menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - prerequisite kedua, selepas niat, untuk menjadikan sesuatu amalan dan ibdah itu diterima Allah (a.w). Kita sema pula ibadah Tawaf Qudum (Tawaf Selamat datang) bagi semua yg datang ke Mekah.

Wajib Tawaf Qudum

Seseorang Islam yang sampai ke Mekah buat pertama kalinya, yakni sebelum membuat apa-apa urusan, hendaklah terlebih dahulu mengerjakan Tawaf Qudum. Tawaf Qudum itu adalah tawaf selamat datang sebagai menghormati Baitullah atau Ka’bah, khususnya sebagai orang yg akan mengerjakan haji dan umrah, dia adalah tetamu Allah (a.w).
Tawaf Qudum ini dikerjakan tanpa memakai ikhram, memadai memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana bersolat dan hendaklah dengan berwudu’. Sebagaimana biasa, Tawaf itu mengelilingi Ka’bah 7 kali bermula dari Rukun (sudut) Hajar Aswad. Bagi tiga pusingan pertama hendaklah berlari-lari anak mulai dari Rukun (sudut) Hajar Aswad sampai ke Rukun (sudut) Yamani, dan berjalan biasa antara Rukun Yamani hingga sampai semula ke Rukun Hajar Aswad, tanpa berlari anak. Dan hendaklah dibuat sedemikian untuk pusingan ke-2 dan ke-3. Bagi pusingan ke-4 hingga ke-7 tidak dikehendaki berlari-lari anak antara Rukun hajar Aswad sehingga kembali semula ke Rukun hajar Aswad. Kemudian bersolat dua rakaat solat sunat di belakang Makam Ibrahim.
[Nota: Ramai orang Islam, kerana kejahilan tersilap, apabila mereka berlari-lari anak untuk Tawaf selain Tawaf Qudum. Lain-lain Tawaf tidak disyaratkan berlari-lari anak untuk tiga pusingan pertama. Jika, kerana kesesakan ramainya manusia yg Tawaf, tak perlulah berlari-lari anak secara fisikal tetapi hendaklah digayakan seolah-oleh berlari-lari anak.]
Jika jema'ah haji, telah mengenakan niat di Miqat, iaitu Ya Lam Lam dari malaysia atau ketika tiba ke mekah berikhram di Miqat seperti Tan'im atau Ja'ranah atau Muzdalifah, kerana ingin mengerjakan haji atau Umrah, maka hendaklah dia membaca Talbiah selepas melafazkan niat dari Miqat sampai ke mekah, masuk ke Masjidil Haram dan berhenti membaca Talbiah ketika telah melihat Ka'bah. Tawaf Qudum itu dikira sebagai Tawaf untuk Umrah atau Untuk haji juga. [Nota: Bagi jema'ah haji, dia wajib membuat Tawaf Ifadah selepas sempurna melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. Tawaf Ifadah ini boleh dilakukan selepas 13 Zulhijjah, iaitu hari Tasyrik ke-3, selepas melontar ketiga-tiga jamrah. hanya selepas melontar Jamrah Aqabah boleh berTahlul Awal, dan gugurlah kesemua pantang larang atau larangan berikhram, kecuali 3 larangan iaitu bercumbu-cumbuan dgn isteri, bernikah atau diikahkan atau menjadi wali atau saksi nikah dan bersetubuh dgn isteri. Larangan ini hanya luput apabila sudah mengerjakan Tawaf Ifadah.]
Semasa Tawaf apakah doa yg perlu dibaca? Apabila kita teliti ketetapan as-Sunnah, kita akan dapati begitu mudah. Tidaklah begitu sulit dan menyulitkan sebagaimana yg kita difahamkan oleh tok-tok guru atau para mutawif yg membimbing kita atau sebagaimana yg diajarkan melalui Kursus haji yg dikendalikan oleh banyakpihak. Manusia yg membuatkan amalan kita itu sulit, walhali Islam itu adalah mudah sahaja.
Ketika memulakan Tawaf di Sudut (Rukun) Hajar Aswad kita disuruh baca: 'Bismillah, Alahu Akbar' sambil mengucup Hajar Aswad, atau, jika tidak dibolehkan kerana kesesakan manusia, kita hendaklah sebut kalimah tersebut sambil beristilam, yakni melambai ke Arah hajar Aswad. Begitu juga ketika sampai ke Rukun (Sudut) yamani kita beristilam sekali lagi kalau tidak berkesempatan menyentuh sudut tersebut. Apabila mengelilingi Ka'bah, dari Sudut (Rukun) Hajar Aswad sampai ke Sudut (Rukun) Yamani, Rasulallah (s.a.w) hanya membaca kalimah: 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akhbar; wa-la hau wa-la quata illa billahi' sahaja, yg dibaca berulang-ulang. Itulah kalimah-kalimah yg sinuatkan membacanya. Kita tidak dilarang atau ditegah membaca lain-lain doa atau kalimah, sekiranya kita hafal. kalimah-kalimah yg dibaca hendaklah kalimah-kalimah dalam bahasa Arab bukan dalam bahasa kita, kerana Tawaf itu serupa dgn ibadah solat, semua bacaan adalah dalam bahasa Arab. Dari Rukun (Sudut) yamani sampai ke Sudut (Rukun) Hajar Aswad, Rasulallah (s.a.w) membaca kalimah: 'Allahumma inni nasaluka 'afwa wal-afiati fid dunya wa-fil ahirah; rabban atina fid dunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina 'azabannar' sahaja. Kita boleh baca kalimah-kalimah lain. Tapi, bacaan ketika Tawaf adalah sunat. Yg diutamakan perlakuan fisikalnya sahaja. dan, ketika Tawaf lelaki hendaklah menyelimpangkan kain ikhramnya supaya terdedah bahu kanannya.
Kita mungkin diajarkan baca sesuatu kelompok doa atau tasbih atau bacaan yg khusus bagi setiap pusingan. ini tiada dalam syariat Islam. malah menetapkan bacaan-bacaan yg khusus bagi sesuatu pusingan tergolong dalam perkara yg dikategorikan sebagai 'bid'ah', kerana seolah-olah mengiktikadkan bahawa syariat Islam itu mensyaratkan sedemikian. Jika begitu terbatallah Tawaf kita kerana sesiapa yg mengerjakan atau mengamalkan sesuatu yg dianggap bid'ah, tidak diterima amalan atau ibadahnya! Oleh itu, wajiblah kita membetulkabn iktikad dan persepsi kita mengenai perkara ini. kalau nabi (s.a.w) hanya baca kalimah-kalimah yg disebutkan, mengapakan kita tidak mencontohi beliau sebagaimana yg dipeintahkan oleh Allah (a.w). Mengapa perlu kita buat tambahan atau penyesuaian dalam amalan yg telahpun ditetapkan oleh as-Sunnah? Kemabruran haji atau kemasykuran umrah tidak bergantung pada kalimah-kalimah yg dibaca, selain kalimah yg ditetapkan oleh as-Sunnah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment