Tuesday, December 21, 2010

Ibadah Haji: Post Mortem (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan usaha kita untuk melihat dan menilai kembali kesemua dimensi atau aspek perlakuan kita semasa mengerjakan haji dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Seperti yg kita sering ingatkan, kesemua amalan dan ibadah yg dikerjakan oleh kita setiap saat dan ketika hanya diterima Allah (a.w) jika ibadah dan amalan kita itu menepati dua syarat utama, iaitu: pertama, niatnya betul menepati ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra'; dan kedua, perlakuannya (rukun qalbinya, rukun fe'linya dan rukun qaulinya) menepati apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.Setelah menepati dua syarat utama ini, hendaklah ditelili apakah segala rukun mengenai perlakuan dalam ibadah dan amalan tersebut sejajar atau tidak dgn perlakuan yg dicontohkan atau yg diajarkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni menepati as-Sunnah. Kerana, as-Sunnah memperincikan segala details pelaksanaannya.

Sa'i  Antara Bukit Sofa dan Bukit Marwah

Sa'i adalah berjalan berulangalik dari Bukit Sofa ke Bukit Marwah dan kembali semula ke Bukit Sofa, sebanyak tujuh kali. Perjalanan dari Sofa ke Marwah di kita satu perjalanan (atau pusingan) dan perjalan dari Marwah ke Sofa kembali dikira satu perjalanan (atau pusingan), sehinggalah berakhir pada perjalanan atau pusingan ketujuhnya di Bukit Marwah.
Setelah selesai solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, kita berjalan menuju ke Bukit Sofa sambil membaca 'A'uzubillahi minas syaitanir rajim, Bismillahir rahmanir arahi, innas sofa wal-marwata min sya'airillah' [Hadith ibnu Majah]. Ketika keluar kawasan Masjidil Haram, iaitu di pintu Babus-Sofa, kita bacalah Doa Keluar Masjid (iaitu: 'Bismillah, Assalamuala Rasulallah, Allahummaghfirli zunubi, waftahu abwaba fadlik), kerana bahagian Sa'i itu tidak termasuk dalam kawasan masjid Masjidil Haram.[Nota: Dgn sebab itulah wanita yg haid, walaupun tidak boleh Tawaf, mereka boleh mengerjakan Sa'i].
Setelah berada di kaki Bukit Sofa, kita berdiri menghadap Ka'bah sambil berdoa dgn doa 'Allahu akbar (3x); Lailaha illalah wahdahu la syarikalah, lahul mulku, wa-lahul hamdu, wa-hua 'ala kulli syai-in qadir' [Hadith an-Nasa'i]. Doa ini dibaca atau diulangi 3 kali, kemudian disambung dgn membaca doa berikut pula: 'Allahumma inna qulta ud'uni astajib lakum, wa-innaka la tukhliful mi'ada, wa-inni asaluka kama hadaitani lil-islami an(-al)la tanzi'ahu minni hatta tawafani wa-ana muslimun' [Nota: Doa yg dibaca oleh Abdullah b Omar (r.a), anak Omar b Khattab (r.a), seorang sahabat Nabi (s.a.w) - Hadith Imam malik dala Mu'atok, Kitab Haji] atau baca doa ini: 'Allahumma'a simna bidinika wa-tawa'iyatika wa-tawa'iyati rasulika, wa-jannibna hududaka. Allahummaj-'alna nuhibbuka wa-nahibbu malaikatika wa-anbiyaka wa-rasulika wa-nuhibbu 'ibadikas-solihina. Allahumma habibna ilaika wa-ila malaikatika wa-ila anbiyaika, wa-rasulika, wa-ila 'ibadikas-solihaina. Allahumma yasirna lilyusra wa-jannibnal 'usra, waghfirlana fil akhirati wal-ula, waj'alna min aimmatil muttaqina' [Nota: Doa yg dibaca Abdullah b Omar (r.a); Hadith al-Baihaqi, Kitab Haji]. Setelah membaca kalimah-kalimah doa ini, kitapun mulakan perjalanan berjalan menuju ke Bukit Marwah sambil membaca Talbiah.
Saudara, semasa berjalan ke Bukit Marwah itu kita bacalah Talbih berulanag-ulang. Diantara Bukit Sofa dan Bukit Marwah itu ada bahagian yg ditanda dgn lampu hijau ( dilihat sebelah atas). Kita hendaklah - lelaki dan perempuan - berlari-lari anak dgn membaca 'Rabbirfir warham wa-tajawaz 'amma ta'lam, wa-antal a'azzul akram. Allahumma atina fid dunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina 'azabannar' berulang-ulang juga. Kemudian selepas sampai ke lampur hijau yg kedua berhenti membaca kalimah tersebut dan meneruskan bacaan Talbiah sambil berjalan lagi. dan, apabila sampaika ke kawasan kaki bukit di Bukit Marwah kita baca semula kalimah-kalimah 'A'uzubillahi minas syaitanir raji, Bismillahir rahmanir Rahim; Innas sofa wal-marwata min sya'airillah'. Ketika sudah sampai ke kaki Bukit Marwah, kita berdiri mengadap Ka'bah dan membaca doa yg kita baca di atas Bukit Sofa tadi. Selesailah pusingan pertama Sa'i kita). Setelah beristilam (yakni, baca Bismillah, Allahu Akbar'), kitapun berjalan pula menuju Bukit Sofa (i.e. pusingan ke-2nya Sa'i kita). Dan, setelah sampai ke Bukit Sofa kita berdoa di kaki bukit, kemudian meneruskan pula berjalan ke Bukit Marwah - untuk pusingan ketiga dan seterusnya.
Demikianlah, kita ulangi sampai cukup 7 kali perjalanan atau pusingan - Sofa ke Marwah, Marwah ke Sofa, Sofa ke Marwah dan seterusnya sehingga tamat di Bukit Marwah, 7 kali perjalanan atau pusingan. Setiap perjalan sejauh hampir 500 meter.
Saudara, bagi orang yg mengerjakan umrah, setelah tamat 7 pusingan itu mereka bertahlul, yakni memotong rambut mereka menandakan sudah berTahlul, dan gugurlah pantang larang atau larangan berikhram kesemuanya. Bagi, orang yg mengerjakan haji pula pantang larang berikhram gugur kesemuanya, kecuali tiga (bersabit hubungan suami isteri) selepas melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, dan hanya selepas Tawaf Ifadah gugurlah kesemuanya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment