Thursday, December 30, 2010

Keimanan dan Ketaqwaan Seseorang dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin ramai diantara kita yg Islam tidak perasan betapa mudahnya mendapat syurga dan betapa mudahnya pula terjerumus ke dalam neraka, terutama di kalangan mereka yg diberi kuasa di dunia untuk mentadbirurus umat Islam atau jema'ah umat Islam. 
Ugama Islam itu mudah, tetapi yg menyulitkan umat Islam adalah orang yg mengutamakan ketetapan manusia berbanding dgn ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Malahan kepimpinan Islam tidak perlu lakukan apa-apapun, mencukupi mereka mempastikan bahawa mereka faham Islam dan syariatnya dgn memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan kemudian mempastikan jema'ah umat Islam juga diilmukan supaya faham Islam dan syariatnya. kalau kita teliti dan memahami al-Quran dan as-Sunnah, mudah tak perlupun membuat qiasan dan ijtihad dalam mengamalkan Islam. Oleh kerana para pemimpin umat Islam (termasuk penasihat mereka dari kalangan ulama' dan ilmuwan) kurang faham, malah jahil pula, maka rosaklah Islam dan umat Islam dan pincanglah jema'ah Islam, dan ramailah pula orang Islam tidak berjaya mendapat syurga dan mudah terjerumus ke dalam neraka. Salah satu sebab mengapa daripada 1,000 yg Islam, hanya seorang sahaja yg berjaya mendapat syurga, adalah karenah kepimpinan umat Islam sendiri. Dgn itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman akan wujud para pemimpin umat Islam yg jahil tentang Islam, tetapi kerana mereka berkuasa, mereka mengeluarkan fatwa (atau ketetapan atau perintah) yg batil, maka mereka sendiri sesat dan mereka juga menyesatkan orang lain. Justeru itulah, 999 drp 1,000 orang Islam itu gagal dapat syurga, maka merengkok ke dalam neraka!
Saudara, segala sesuatu yg wajib atau diwajibkan atas kita kerjakan (i.e. amalkan dan ibadahkan atau tinggalkan) itu adalah kerana melaksanakan tuntutan Allah (a.w) dalam firmanNya: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illan liya'buduni' (yg bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, mengerjakan ibadah dan amalan) kpdKu). [Ayat 56, Surah az-Zariat]. Oleh itu, sesiapa yg tidak mematuhi ketetapan firman Allah (a.w) maka dia tergolong dalam golongan mereka yg pasti dicampakkan ke dalam neraka kelak. Inilah ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa', yg berbunyi: 'Wa-man(-ai) yaksillaha war-rasulu, wa-yataddadu hududahu yudhilhu nara' (yg bermaksud: Dan, barangsiapa yg menentang Allah (a.w) dan (menentang) RasulNya dan melanggar had-had ketetapan Allah (a.w) dan Rasul, dimasukkan ke dalam neraka). [Ayat 14, Surah an-Nisa']
Kita dikira menentang Allah (a.w) apakala diperintah kita tidak akur dan ikuti atau patuhi. Contoh: Kita disuruh berugama Islam secara berjema'ah, kita tidak lakukan. Kita disuruh jangan mengadu dumba atau memfitnah. Pendeknya mentaati Allah (a.w) itu adalah mengikuti ketetapan al-Quran. Mentaati Rasulallah (s.a.w) itu adalah mengikuti dan akur dgn ketetapan as-Sunnah. Melanggar batas-batas atau had yg ditetapkan itu merangkumi segala sesuatu yg ditegah dan dilarang kita lakukan. Kita disuruh solat lima waktu kita tak buat. Kita disuruh mengerjakan haji setelah mampu kita abaikan. Kita dilarang membunuh, minum arak, berzina, mencuri, merompak apa carapun, memakan harta anak yatim, dll kita lakukan. Maka kesemua ini contoh-contoh kita melanggar ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu. Kita juga melanggar ketetapan ayat ini apabila kita tidak patuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, yakni tak ambil dan ikuti ketetapan as-Sunnah. Contoh: kita amalkan sesuatu yg bercorak bid'ah.
Sebaliknya, Allah (a.w) beritahu kita jalan pintas ke syurga, iaitu Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Wa-man (-ai) yutiillaha war-rasulu yudhilhu jannatin' (yg bermaksud: Barangsiapa yg mentaati Allah (a.w) (yakni, akur dgn ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, akur dgn ketetapan as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga.)[Ayat 13, Surah an-Nisa'] Itulah jalan pintas ke syurga. Kita tidak disuruh patuhi perintah manusia, kecuali perintah Imam atau Amir atau kepimpinan jema'ah umat Islam. Kerana, pada Ayat 59, Surah an-Nisa' Allah (a.w) berfirman: 'Ya aiyuhallazina amanu atiu'llah wa-atiur-rasula wa-ulil amri minkum' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman, taatkanlah Allah (a.w) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) dan (taatkanlah) 'ulil amri' (yakni, orang yg memimpin jema'ah Islam) di kalangan kamu' [Ayat 59, Surah an-Nisa']. Tapi, ada qualification (ada batasnya), iaitu kita taati kepimpinan Islam selagi dia tidak menyruh kita melakukan sesuatu yg maksiat. Apa yg berupa maksiat? Yg dikatakan maksiat dalam konteks Islam itu adalah melakukan sesuatu yg ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Yakni, sesuatu perintah atau suruhan atau gesaan pemimpin yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh: Allah kata sampaikan ilmu. Rasulallah (s.a.w) pun kata sampaikan ilmu walaupun hanyalah sekadar satu ayat al-Quran atau al-hadith, tapi kita larang orang menyampaikan ilmu. Itu adalah perintah maksiat dalam Islam.
Saudara, seterusnya Allah (a.w) menyambung firmannya pada ayat tersebut, iaitu: 'Fain tanaza'tum fi syai-in faruddu ilallahi war-rasuli in kuntum tu'minuna billahi wal-yaumil akhiri' (yang bermaksud: jika kamu berselisihan pendapat atau pandangan atau kefahaman mengenai sesuatu dalam (dan tentang sesuatu dalam) Islam, hendaklah kamu merujuk kembali kpd Allah (a.w) (i.e. rujuk balik al-Quran) dan merujuk kembali  kpd Rasulallah (s.a.w) (i.e. rujuk balik kpd ketetapan as-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman dgn Allah (a.w) dan hari akhirat',dan bahawasanya 'zalika khairun wa-ahsanu takwila.' (yg bermaksud: yg demikian itu adalah keputusan terbaik dan sebaik-baik keputusan (atau penyelesaian) [Ayat 59, Surah an-Nisa']. Kita tidak disuruh merujuk kpd 'ulil amri' (yakni, pemimpin) semula. 
Saudara, orang yg beriman itu adalah orang-orang yg mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat (dan menginfaq sebahagian hartanya fi sabilillah) dan menunaikan fardu haji dan umrah. Jelasnya, sesiapa yg tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat dan menginfaq dan tidak naik haji, bukan orang yg digolongkan sebagai orang beriman.
Dalam firman Allah (a.w) itu jelas beberapa perkara: pertama, orang iman wajib ikuti ketetapan al-Quran; kedua, orang iman itu wajib ikuti as-Sunnah; ketiga, orang iman itu berjema'ah dan dia mentaati kepimpinan jema'ahnya; dan keempat, orang iman itu yakin dgn Allah (a.w) sebagai tuhan mereka yg esa dan yakin dia adanya hari kiamat, iaitu hari pembalasan; kelima, dia menerima hanya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah apakala timbul perselisihan atau perbezaan pentakrifan dan kefahaman mengenai segala sesuatu dalam Islam; dan keenam, ketetapan muktamad yg mengatasi segala ketetapan 'ulil amri' adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, kepimpinan jema'ah Islam tidak boleh memerintahkan jema'ah Islam supaya lakukan atau tidak lakukan sesuatu sekirangnya al-Quran dan as-Sunnah suruh lakukan atau tegah lakukan sesuatu. Contoh: kalau Islam kata sampaikan ilmu maka wajib sampaikan ilmu dan tidak boleh mengadakan sebarang larangan atau batasan atau rintangan atau gegeran (yakni, membuat peraturan atau mengambil tindakan yg menyulitkan) terhadap orang yg ingin sampaikan ilmu.
Rengkasnya, Islam tidak memberi lesen kpd pemimpin untuk menolak atau menidakkan atau membatasi atau mengatasi (legal term: supercede) ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan, post ini mengingatkan kita semula, terutama mereka yg diberi kuasa mentadbiruruskan umat Islam, pentingnya kita faham isi al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi, kita hanya faham jika kita mengaji al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa ilmu, tak mungkin kita faham dan, lebih penting lagi, kita ingatkan diri kita sendiri, tidak mungkin kita mendapat syurga dan sudah pasti kita masuk neraka, walaupun Allah (a.w) permudahkan kita mencari jalan dan menyediakan diri untuk mendapatkan syurga. Kalau kita mengaji al-Quran dan as-Sunnah kita akan dapati begitu mudahnya dan begitu banyaknya jalan untuk mendapatkan syurga, berbanding dgn jalan yg menjerumuskan kita ke dalam neraka.

Jazakallahu khairah




No comments:

Post a Comment