Saturday, December 18, 2010

Ibadah Haji: Post Mortem (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas supaya kita dapat buat penilaian sendiri berdasarkan ketetapan Allah (a.w), yakni al-Quran, dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) yakni as-Sunnah, apakah ibadah haji dan umrah kita baru-baru ini telah diterima Allah (a.w) dan kita adalah calun atau telahpun mendapat umrah yg masykura dan haji yg mabrura. Kerana, tiada gunanya umrah dan haji jika tidak diterima Allah (a.w) dan kita gagal mendapat kemabruran haji kita.
Yg wajib kita ambil perhatian dan ingatan serta jadikan panduan adalah semua ibadah dan amalan yg diterima Allah (a.w) hendaklah menepati dua dimensi atau syarat: pertama, dari segi niat; dan kedua, dari segi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Niat Haji dan Umrah
Di dalam kebanyakan ibadah dan amalan, niat hanyalah gerakhati tidak perlu dilafazkan atau disebutkan supaya kedengaran. Dalam ibadah haji niat hendaklah disebutkan dengan jelas semasa memakai atau setelah memakai ikhram. Lafaznya adalah:

(1) Lafaz Niat Haji – ‘Labbaika Allahumma Hajjan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah haji)

(2) Lafaz Niat Umrah – ‘Labbaika Allahumma Umratan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah umrah)

(3) Lafaz niat Haji Ifrad – ‘Labbaika, Allahuma Hajjan wa-Umratan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah (a.w) ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah haji bersekali dengan umrah)

(4) Lafaz Niat Haji/Umrah untuk sipulan – ‘Labbaika, Allahumma hajjan/umratan ‘an Sifolan’ (Aku datang kepadaMu, ya Allah (a.w) ya Tuhanku mengerjakan Haji/Umrah bagi pihak Sifolan).

Sila perhatikan bahawa lafaz niat yang diberikan oleh as-Sunnah ini berlainan dari lafaz niat yang diajarkan oleh tok-tok guru (termasuk Mutawif Tabung Haji). Lafaz niat haji dan umrah yang diajarkan oleh ustaz-ustaz arus perdana itu tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah.

Apabila kita teliti as-Sunnah, kita dapati itulah lafaz niat haji dan umrah yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Selain iktikad atau niat dalaman yg menepati Ayat 36, Surah al-Isra', yg telahpun kita teliti dalam post yg lalu, lafaz yg disebutkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) pada para sahabat zamannya, dan lafaz niat yg diamalkan oleh para khalifah, para tabi'in dan pengikut para tabi'in adalah seperti di atas itu. Jika lafaz niat kita berlainan, maka ianya bercanggahan dgn apa yg diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).

Diriwayatkan hadith dari Anas (b malik) (r.a) berkata: 'Aku mendengar Nabi (s.a.w) berkata( i.e. bersabda atau membaca): 'Labbaika biumratin wa-hajjatin' [Maksud: Datang aku kepada Engkau Ya Allah (a.w) ya Tuhanku kerana mengerjakan umrah dan mengerjakan haji.] [Hadith at-Termidzi, Kitab haji]

Itulah lafaz niat Rasulallah (s.a.w) semasa beliau mengerjakan Haji Wada'. Saudara mungkin pernah diberitahu oleh ustaz atau tok-tok guru yg tahu tentang sejarah hidup Rasulallah (s.a.w) bahawa Nabi (s.a.w) hanya mengerjakan haji sekali, yg dinamakan Haji Wada', kerana 81 hari selepas itu beliau wafat. Nabi (s.a.w) mengerjakan umrah sebanyak 4 kali, kesemuanya dibulan Zulkaedah, sebelum tibanya bulan Zulhijjah, untuk mengerjakan haji, tetapi dihalangi oleh kaum musyrikin Mekah. hanya selepas penaklukan Mekah (i.e. hari Fath, kemenangan Islam menakluki Mekah) bliau berjaya menunaikan haji. Ketika itulah beliau berkhutbah di tanah Namirah bersebelahan Arafah, iaitu khutbah wada', yg beliau menyebutkan bahawa ibadah haji itu diwajibkan atas semua orang Islam sampai akhir zaman sekali sahaja. Beliau juga telah memaklumkan beberapa perkara termasuklah bahawa syariat ugama Islam itu telah disempurnakan apabila ketika itu kerana turunnya Ayat al-Quran, Ayat 3, Surah al-Maidah: '... al-yauma akmaltu lakum dinakum wa-atmamtu 'alaikum nikmati wa-raditu lakuml-Islama dinan; ...' [Maksud: Pada hari ini Aku (Allah (a.w) sempurnakan bagi kamu ugama kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)tamamkan (sempurnakan) atas kamu sekelian nikmatKu (i.e. nikmat ugama Islam yg membawa cahaya ke arah kejayaan dunia dan akhirat) dan Aku (Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian Islam sebagai ugama kamu sekelian.] [Ayat 3, Surah al-Maidah]. Apabila mendengar khutbah itu Abu bakar as-Siddiq (r.a) menangis kerana beliau tahu dgn turunnya ayat tersebut, tidak akan ada tambahan kpd al-Quran kerana syariat ugama Islam itu telah disempurnakan Dan, justeru itu juga hayat Rasulallah (s.a.w) akan tamat dan nyawanya akan diambil Allah (a.w). Omar ibni Khattab (r.a) pula gembira kerana beliau telah menunggu lama bilakah akan sempurna syariat ugama Islam. Dgn turunnya ayat tersebut jelaslah syariat ugama Islam, termasuklah bentuk-bentuk pengabdian, perintah dan larangan Allah (a.w) serta cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah telah sempurna untuk menjadi ugama umat manusia yg inginkan kejayaan dunia dan akhirat.

Jelasnya, antara perkara yg termasuk dalam sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu anni manasikakum' [yg maksudnya: Kamu sekelian ambillah dariku peraturan, yakni kaedah dan cara kamu mengerjakan haji (dam umrah) kamu sekelian.], termasuklah lafaz niat ketika mengenakan atau sesudah memakai kain ikhram.

Jika itulah lafaz niat khusus haji dan/umrah, maka sejajar dgn perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Hasyr dan Ayat 80, Surah an-Nisa', lafaz niat kita hendaklah sedemikian juga. Rasulallah (s.a.w) menggabungkan ibadah Haji dan Umrah pada sekali ikhram kerana beliau mengerjakan Haji Qiran (i.e. haji membawa hadiah atau dam khususm, seekor unta. Aisyah (r.ah) pula kerana jatuh haid ketika waktu hamir Wukuf, beliau mengerjakan haji Ifrad, yakni mengerjakan haji dahulu dan selepas haji barulah mengerjakan umrah. Ada para sahabat, terutama mereka yg tidak membawa unta hadiah, disuruh Rasulallah (s.a.w) bertahlul selepas umrah dan kemudian berniat semula untuk haji, iaitu Haji Tamattuk.

Dalam haji tersebut, Rasulallah (s.a.w) membawa 100 ekor unta. Beliau menyembelih (kerana kurban) pada 10 Zulhijjah, selepas menyempurnakan lontaran di jamrah Aqabah, sebanyak 63 ekor unta, dan selebihnya, 37 ekor unta, disembelih oleh Ali b Abu Thalib (r.a), menantu beliau. Nampaknya beliau telahpun secara tidak lamgsung memberitahu para sahabat bahawa beliau akan wafat dan usianya hanyalah 63 tahun.


Jazakallahu khairah


2 comments:

  1. Hajj is the perfection of faith and true surrender to the Almighty. It is a stage in which man can develop himself spiritually.
    Muslims of United Kingdom can choose our Cheap Hajj & Umrah Packages 2017.
    http://freddef.blogspot.com/2017/05/human-civilization.html

    ReplyDelete
  2. Assalam-O-Alaikum
    Allah has made it obligatory for all the Muslims to perform Hajj at-least once in their lifetime. As mentioned by Allah in the holy Quran “And pilgrimage to the House is a duty unto Allah for mankind, for him who can find a way thither” (Aal Imran 3:97).
    if you are from Muslim Community of UK and want to make your journey comfort towards MAKKAH for Umrah or Hajj then choose our
    Cheap Umrah Packages 2017.

    ReplyDelete