Monday, December 27, 2010

Perintah yg Sering dikelirukan oleh Orang Islam

Assalamualaikum,
Saudara, ramai orang baca al-Quran dan ramai juga orang yg mengajarkan al-Quran dan tidak sedikit pula para ulama' yg berceramah atau mengadakan Kuliyah Subuh atau Kuliyah Maghrib membaca dan mentafsirkan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w), yakni al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, malangnya begitu ramai di antara mereka yg keliru dan tidak faham apa yg dia sendiri cuba tafsirkan. Antara yg sering dikelirukan atau yg kurang difahami adalah perintah pada Ayat 103, Surah ali-Imran berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' (yg maksudnya: Dan, berpeganglah dengan tali (yakni, ugama Allah (a.w), iaitu ugama Islam) dengan berjema'ah dan janganlah kamu berpecahbelah 9dalam berugama) ...) [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Majoriti para ulama' mentafsirkan bahawa kalimah 'jami'an' itu bermaksud 'keseluruhannya', yakni masuklah Islam sepenuhnya dan ambillah ketetapan Islam itu sepenuhnya, jangan ambil separu atau sebahagian dan tinggalkan separuh atau sebahagian.Tafsiran sedemikian itu adalah tidak betul, malah mengelirukan. Di dalam al-Quran disebutkan secara khusus bahawa masuklah ke dalam Islam atau ambillah segala sesuatu mengenai Islam itu sepenuhnya. Tidak boleh ambil separuh dan tinggalkan separuh! Justeru itu, tidak ada sandaran al-Quran atau as-Sunnah bahawa kita boleh ambil sedikit dan tinggalkan sedeikit, semata-mata ada yg kita setuju atau sesuati pada kita dan ada yg tidak sesuai pada kita. Maka, yg tidak sesuai kita tinggalkan.
Kalimah 'wa-la taffarqu' itu juga saling ditafsirkan secara longgar, walhal, ketetapan itu merujuk kpd larangan jangan menubuhkan fahaman-fahaman berasingan dalam Islam termasuklah, fahaman yg berteraskan fahaman kemazhaban atau mazhab. Kerana di dalam Islam tiada mazhab. Jika fahaman kemazhaban dijadikan ketetapan dalam Islam, dan kerana fahaman kemazhaban itu timbul 150 atau 200 tahun setelah wafatnya Rasulallah (s.a.w), maka ia bersifat bid'ah, kerana tiada asas dan sandarn nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah bahawa fahaman kemazhaban adalah satu dari dimensi syariat Islam atau sebahagian aqidah Islam atau satu daripada dimensi syariat Islam!
Saudara, tafsiran yg betul adalah: kalimah 'jami'an' itu bermaksud 'berjema'ah'. Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam as-Sunnah bahawa beliau diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya opperintahkan umatnya anuti Islam secara berjema'ah. Maka dngan itulah juga beliau menyebut apabila umat Islam berpecah di akhir zaman menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, 72 walaupun Islam masuk neraka, dan hanya satu golongan mendapat syurga, golongan itu adalah yg anuti Islam secara berjema'ah. Saudara, ugama Allah (a.w) semenjak zaman nenek moyang kita - Nabi Nuh, Nabi Ibrahim sampai ke zaman Musa, Isa adalah ugama yg dijema'ahkan. Ada kepimpinan. Apabila ada para rasul dan para nabi, pemimpin jema'ah Islam adalah rasul atau nabi tersebut. Rasulallah (s.a.w), semasa hayatnya, adalah pemimpin jema'ah Islam. Selepas kewafatan beliau, umat Islam melantik Abu Bakar as-Siddiq (r.a) sebagai pemimpin. Apabila wafat Abu Bakar, Omar b al-Khattab (r.) pula diangkat menjadi pemimpin. Begitulah sampai zaman Ali b Abi Thalib (r.a). Selepas kewafatan Ali, umat Islam berpecah tetapi masih dalam bentuk berjema'ah dgn pemimpin masing-masing, walhal pemimpin agung jema'ah Islam masa itu adalah dalam bentuk keluarga yg bertempat di Iraq, pada zaman Mu'awiyah, contohnya. Selepas ketiadaan Ali (r.a) kepimpinan jema'ah Islam menjadi kepimpinan yg berbentuk feudal. Umat Islam sudah ramai dan berpecah dalam beberapa jema'ah tertentu, namun kekal sebagai jema'ah masing-masing di merata lokasi.
Di Malaysia, walaupun Malaysia diiktiraf dunia sebagai sebuah negara Islam yg progresif, sebenarnya bukanlah sebuah negara Islam yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, kerana begitu banyak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg tidak dijadikan ketetapan syariah ataupun asas pentadbiran jema'ah Islam di Malaysia. Yg paling obvious adalah hukum hudud tidak dilaksanakan di Malaysia. Jika kita benar-benar Islam dua perkara paling utama: pertama, ketetapan al-Quran itu diterima sepenuhnya dan dilaksanakan dalam mentadbiruruskan jema'ah umat Islam di Malaysia, kerana itulah perintah Allah (a.w). Kedua, ketetapan as-Sunnah itu juga dijadikan perundangan induk yg menentukan segala bentuk hukum hakam yg hendak dilaksanakan dalam Islam.
Saudara, pada hikikatnya dalam Islam Perlembagaan Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah, sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' dan juga ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan juga Ayat 7, Surah al-Haysr. Kemudian, sesuai dgn ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa', barulah wujud perundangan amali yg ditetapkan oleh 'ulil amri' atau pemerintah atau pemimpin atau kerajaan. Namun, perundangan yg dimaktubkan oleh 'ulil amri', sejajar dgn ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa' itu, tidak boleh mengatasi atau supercede ketetapan Perlembagaan Islam, yakni al-Quran dan as-Sunnah. Inilah hakikat yg wajib kita fahami. Maka dgn itu, jika terdapat ketetapan 'ulil amri' (yakni, perundangan pemerintah) yg bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka undang-undang atau peraturan atau ketetapan 'ulil amri'' itu gugur atau terbatal dgn sendirnya. Itulah maksud Ayat 59, Surah an-Nisa' tersebut. Sehubungan itulah, sewajarnya dalam Islam jabatan ugama Islam atau apapun organisasi yg mentadbiruruskan jema'ah Islam tidak boleh melarang atau menyekat pengajaran ilmu al-Quran dan as-Sunnah atau pelaksanaan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dgn mengadakan perundangan tertentu yg menghadkan atau membatasi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Malah sesiapa atau mana-mana pihak yg membatasi atau menghalang pelaksanaan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dalam al-Quran dan as-Sunnah, pada hakikatnya menolak perintah atau ingkarkan perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Maka terbatallah keimanannya dan terkeluarlah dia dari Islam. Kerana di dalam al-Quran dan as-Sunnah jelas disebutkan bahawa sesiapa yg tidak menerima, walaupun sedikit dari, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah belum Islam secara hakiki.
Semoga, kita yg berkedudukan mentadbiruruskan umat Islam di Malaysia ini berhati-hati, kerana aqidah kita tercemar apabila kita  menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasul.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment