Saturday, December 18, 2010

Islam yg Benar itu Minoriti bukan Majoriti ...

Assalamualaikum,
saudara dalam post ini kita cerita tentang hakikat yg amat fundamental untuk menjadi pedoman hidup dan amalan kita. Kita tahu dan bagi mereka yg pergi meunaikan haji mereka telah temui begitu berbagainya orang Islam - berbagai bangsa, warna kulit, bentuk fisikal tubuh dan kulit,  peradaban, dan cara mengerjakan ibadah. ini tidak hairan. Kerana, Islam itu untuk semua manusia.
Tetapi, yg penting bagi mereka yg observant, kita temui pelbagai bentuk dan kaedah serta cara mengerjakan ibadah. dalam ibadah solat kita dapati begitu banyaknya cara dan kaedah yg berbeza. Apakah cara dan kaedah dan bentuk-bentuk ibadah dan amalan dalam Islam itu berbeza mengikut lokasi, keturunan atau bangsa atau zaman? Tidak. Islam itu satu dan bentuk-bentuk ibadah dan amalan serta kaedah dan cara mengerjakan ibadah dan amalan itu adalah sama, tidak berbeza. Kalau adapun perbezaan hanyalah sedikit sahaja. Contoh: apabila mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul Ikhram dalam solat, hanya ada dua cara, iaitu sama ada diangkat kedua tangan dgn jari-jari terbuka lurus ke atas diangkat supaya jarai-jari bersetentangan dgn kedua cuping telinga atau bersetentangan dgn dua bahu. Itu saja dua cara dan kaedah yg betul mengikut ketetapan as-Sunnah. Tapi, kita dapati begitu banyaknya perbezaan. Semuanya yg mengamalkn cara yg berbeza berkata ada sandaran nas dan dalilnya. Sebenarnya tidak ada. Yg ada hanya dua kaedah itu sahaja. Demikianlah juga dalam rukun-rukun fe'li (perlakuan) dan rukun qauli (ucapan dan bacaan) dalam solat. Apatah lagi dalam amalan yg lain pula.
Tidak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa semasa ketiadaan beliau, yakni setelah beliau wafat, umat Islam tidak lagi berpandukan dengan al-Quran dan as-Sunnah secara mutlak tetapi mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tetapi dicampuradukkan dgn lain-lain panduan pula. Maka tercemarlah Islam dan ibadah serta cara mengerjakannya. Tidak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) menyebut umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 golongan, walaupun Islam, gagal mendapat syurga, bukan kerana tidak mengerjakan ibadah dan amalan, tetapi kerana mengerjakan ibadah dan amalan yg sama sekali tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hanya satu daripada 73 golongan umat Islam yg berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yg mengikuti jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah rasyidin al-mahdiyin dan mereka menganuti Islam secara berjema'ah.
Dalam blog ini kita sering rujuk kpd dua pra-syarat ini, kerana ianya amat fundamental dan penting. Ibadah dan amalan yg salah niatnya dan tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dari segi praktikalnya, tidak diterima Allah (a.w). Ibadah atau amalan sedemikian itu adalah yg dikerjakan oleh 72 golongan yg disebutkan itu.
Kerana kejahilan dan kuatnya pengaruh tradisi dan budaya dan kuatnya pengaruh para ulama' yg tidak berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah secara 100%, maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa daripada 1,000 orang yg akui dirinya Islam, mengerjakan ibadah dan amalah yg disyariatkan dalam Islam, tetapi hanya seorang daripada 1,000 itu yg berjaya mendapat syurga. Anih bukan. Daripada 1,000 orang Islam hanya 1/1000 yg berjaya masuk syurga? Kalau begitu tidak hairanlah apabila kita perhatikan cara dan kaedah manusia Islam mengerjakan ibadah haji dan segala bentuk amalan yg dikerjakan dalam musim haji, yg dikerjakan di Masjid Haram atau di Masjid Nabawai atau di mana saja, yg tergolong dalam 1,000 teresbut. Hanya seorang atau 1/1000 orang dari 1,000 yg mengerjakan haji itu mengerjakan haji yg sah yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Janganlah kita tergolong dalam golongan yg majoriti - 72/73 golongan atau 999/1,000 orang yg gagal mendapat syurga walaupun berpenat lelah beribadah dan beramal. Jadilah kita golongan yg minoriti, iaitu 1/73 golongan atau 1/1,000 orang yg berjaya mendapat syurga. Bagaimana? Mudah. Bagaimana?
Belajarlah al-Quran dan as-Sunnah daripada mereka yg faham atau faqih tentang Islam dan syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Kita lihat beberapa potongan hadith menyebut tentang wajibnya kita belajar ilmu dan memahami Islam dan syariatnya itu, supaya kita betul-betul beramal dan beribadah dengan betul menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana dengan cara sedemikian kita pasti segala amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w).
Ilmu dalam Islam 
Untuk mempastikan kita mengerjakan ibadah dan amalan, termasuk ibadah haji dan umrah, yg diterima Allah (a.w) kita wajib berpandukan ilmu. Dan, dalam Islam ilmu yg dapat meletakkan kita pada kebenaran di sisi Allah (a.w) adalah seperti yg dijelaskan dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ilmu yg wajib dipelajari itu ada tiga, dan apa-apa yg selainnya (yakni, lain-lain ilmu itu) baik (untuk dunia): (yang wajib dipelajari) iaitu (pertama) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran); (kedua) sunnah yg tegak (yakni, as-sunnah atau al-Hadith); dan (ketiga) hukum faraid yg adil.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
Saudara, yg paling utama kita jadikan panduan adalah segala sesuatu amalan dan ibadah - bentuknya, cara dan kaedahnya - hendaklah menepati al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika berlainan, tidak diterima Allah (a.w).
Al-Quran dan as-Sunnah Berganding 
Semua orang Islam faham, atau sekurang-kurangnya diberitahu oleh para ulama' dan ilmuwan, bahawa orang Islam wajib mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, terdapat juga orang Islam yg tidak meletakkan as-Sunnah atau al-Hadith setaraf dgn al-Quran. hadith berikut menjelaskan bahawa as-Sunnah itu adalah sama pentingnya dgn al-Quran dalam usaha memandu hidup dan ibadah serta amalan yg sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Rasulallah (s.a.w) membawakan dua panduan yg selari tentang Islam, iaitu as-Sunnah dan al-Quran. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud] 
Rasulallah (s.a.w) menjanjikan kita kebenaran dalam memacu hidup sebagai orang Islam dan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) demi mencari syurga, dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (mencari siratul mustaqim, yakni jalan mendapatkan syurga) apabila kamu berpegang teguh dengannya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) [Hadith Imam Malik dalam Mu’ato’ dalam Kitab Jami’] 
Malah, Allah (a.w) memerintahkan kita yg Islam supaya belajar ilmu dan faham dengan sandaran ilmu apabila mengerjakan semua bentuk ibadah dan amalan dan dalam menjalani kehidupan sebagai orang Islam yg beriman, dalam firman Allah (a.w) berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Dan, janganlah kamu kerjakan (atau ikuti atau amalkan) sesuatu apa-apa yang kamu tiada ilmu mengenainya (i.e. apa-apa yg dikerjakan seumpama amalan dan ibadah); sesungguhnya pendengaran kamu (i.e. telinga), dan penglihatan kamu (i.e. mata) dan hati kamu kesemuanya atas kamu akan ditanya/disoal (yakni, kamu dipertanggungjawabkan tentang apa yg kamu kerjakan atau amalkan dan ibadahkan) (ketika di akhirat kelak).’ [Ayat 36, Surah al-Isra’] 
Kita tidak boleh beramal dan beribadah tanpa ilmu dan secara taklid atau mengikuti kata sifolan dan sifolan, walaupun sifolan itu orang yg dilihat 'seemingly' alim. Di akhirat kita akan ditanya, dari mana atau panduan apakah kita gunakan dalam beribadah dan beramal.
Orang Alim dan Orang Faqih (faham) 
Dalam hadith berikut, kebaikan dunia dan kesejahteraan akhirat bergantung kpd ilmu dan kefahaman tentang Islam dan syariatnya dan tentang perincian apakah ibadah dan amalan yg benar dan bagaimana kaedah dan cara mengibadahkan atau mengamalkannya. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yg Allah (a.w) inginkan kebaikan baginya (di akhirat), maka Allah (a.w) akan memberi kefahaman kepadanya (tentang) perkara ugamanya dan sungguh-sungguh ilmu itu hanya didapati dengan belajar atau mengaji.’ [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu] 
Semua ibadah dan amalan hendaklah didasarkan kpd ilmu dan kefahaman melalui dan mengenai ilmu tersebut. Kita hanya faham ilmu jika kita belajar. Dan, kita hendaklah belajar dari orang yg berilmu dan faham tentang ilmu yg diajarkannya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman ugama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yg faham) dan sesungguhnya orang yg takutkan Allah (a.w) itu adalah hamba-hambaNya yg berilmu.’ [Hadith at-Tobrani] 
Hadith di atas menyebutkan bahawa ilmu itu diperolehi bukan kerana membaca kitab-kitab atau buku-buku karangan atau CD yg disediakan oleh orang yg mengakui diri mereka pandai tanpa bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu hanya didapati melalui mengaji atau belajar al-Quran dan as-Sunnah. Kefahaman tentang Islam dan syariatnya - dan segala sesuatu yg melibatkan Islam dan syariatnya - hanya didapati dengan mengaji dan mencari kefahaman. Semua ibadah dan amalan yg tersilap dikerjakan tanpa ilmu dan tanpa diberi kefahaman mengenai setiap sesuatu ibadah dan amalan itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu sebagaimana juga Allah (a.w) memberitahu, hanya orang yg berilmu sahaja yg takutkan Allah (a.w). Apabila mereka takutkan Allah (a.w) mereka faham bahawa as-Sunnah itu sama pentingnya dalam Islam dengan al-Quran bagi orang Islam. Mereka wajib ikuti as-Sunnah bukan mazhab atau ajakan orang-orang yg jahil tentang ugama Islam pada hakikatnya.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment