Assalamualaikum,
saudara, kita telah sebutkan bahawa Allah (a.w) mensyaratkan bahawa tetamuNya, yakni orang yg datang untuk Umrah atau haji atau untuk tinggal sementara di Mekah, membuat Tawaf Qudum. Bagi mereka yg meniatkan ke Mekah untuk Haji dan Umrah, mereka dikehendaki mengerjakan Tawaf Qudum. bagi jema'ah haji mengerjakan Tawaf Qudum tidak melepaskan syarat mengerjakan Tawaf Ifadah (atau Tawaf haji), namu wajib mengerjakan tawaf Qudum. Kita telahpun teliti dalam post sebelum ini bagaimana hendak melaksanakan Tawaf Qudum itu.
Selanjutnya, kita lihat seterusnya manasik atau peraturan ibadah haji tersebut dgn rengkas dan sempurna. Selesai nanti kita akan teliti asas atau sandaran as-Sunnah mengenainya.
Persediaan Sebelum Berikhram dan Sebelum ke Miqat
Memulakan proses berhaji itu dengan mandi seumpama mandi hadas besar atau mandi junub di rumah tumpangan (Nota: mandi junub itu merangkumi dua proses, iaitu berrwudu’ dimulakan dengan membaca kalimah ‘Bismillah’) dan kemudian mandi meratakan air ke tubuh.) Mandi junub atau mandi hadath besar mengikut as-Sunnah merangkumi dua perkara dalam satu proses, iaitu pertama mengambil Wudu' dan kemudian, keduanya, meratakan air ke tubuh badan.
Kita wajib ingat, Tawaf memerlukan kita ada Wudu' yg sah. Wudu' yg sah itu merangkumi dua perkara yg disebutkan di atas. Raman umat Islam yg jahil tentang perkara ini, terutama tentang kaedah berWudu', malah tentang kaedah mandi Junub, maka batallah segala amalan yg bersandarkan atau mensyaratkan perlu ada Wudu'. Maka jika Wudu' tidak menepati kaedah yg ditetapkan dalam as-Sunnah, maka Wudu' itu tidak sah, maka akibatnya tidak sahlah Tawaf kita dan tidak sahlah badah umrah dan haji kita kerana kita wajib Tawaf untuk umrah atau untuk haji.
Ke Miqat dan Memakai Ikhram dan Melafazkan Niat
Pergi ke Miqat yang ditetapkan, iaitu di Bir Ali atau Ja’ranah atau Zukhulaifah, yakni miqat bagi orang yang bermestautin di Mekah. Jika kita telah berada di Mekah, sebelum bulan haji (i.e. sebelum 1 Syawal) lagi, kita hendak mengerjakan haji, maka kita telah dianggap pemastautin Mekah dan Miqat kita adalah seperti disebutkan. Jika kita orang luar datang untuk haji, tetapi mengerjakan Umrah dahulu, kerana belum tiba masanya, ketika melalui Ya Lam Lam kita wajib memasang niat untuk umrah dan berikhram. Kemudian, ketika tiba waktu haji, yakni pada 8 Zulhijjah sebelum bertolak ke Arafah untuk Wukuf, kita berikhram di tempat kediaman dan melafazkan niat di sana tanpa perlu ke Miqat yg disebutkan. Miqat kita adalah tempat tinggal kita. Ketika berada di Miqat, kita buat solat tahyat masjid dan kemudian solat sunat (ikhram) dan kemudian memakai ikhram dan melafazkan niat haji (Labbaika, Allahuma Hajjan) (atau niat umrah (Labbaika, Allahumma Umratan).
Bertolak ke Masjidil Haram untuk Tawaf dan Sa’i
Dari Miqat, berjalan ke Masjidil Haram sambil membaca Talbiah (Labbaikallahumma labaik, labbaikala syarikala kalabaik; innal hamda wan-nikmata, lakawal mulk, la syarika lak) berulang-ulang sehingga masuk Masjidil Haram dan berhenti membaca Talbiah ketika ternampak Ka’bah atau sampai ke Rukun Hajar Aswad. Mulakan Tawaf dengan mengelilingi Ka’bah tujuh kali, mulai dari Sudut (Rukun) Hajar Aswad, dengan mengucup atau mengusap atau beristilam kepada Hajar Aswad, dan kemudian, setelah selesai Tawaf, solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, kemudian pergi ke Bukit Sofa untuk mengerjakan Sa’i. Kaedah Tawaf itu adalah seperti yg disebutkan dalam post yg lalu. hanya ketika mengerjakan Tawaf Qudum kita perlu berlari-lari anak untuk pusingan pertama, ke-2 dan ke-3, dari Sudut (rukun) hajar Aswad ke Sudut (Ruun) Yamani sahaja. Bagi Tawaf selainnya, termasuk Tawaf haji (atau Tawaf Ifadah), kita tidak perlu berlari-lari anak.
[Nota: Jika mengerjakan Haji Tamattuk mengerjakan umrah dahulu kemudian berehat kemudian baru kerjakan Haji. Ketika masuk ke Masjidil Haram, hendaklah dengan langkah kaki kanan, dan membaca doa masuk masjid (yakni, Bismillah, Assalamu ‘ala Rasulillah, Allahummaghfirli zunubi waftahli abwaba ramatik). Apabila Nampak Ka’bah bacalah doa melihat Ka’bah (Allahumma zed baitaka, haza tasrifan, wa-takriman, wa-ta’ziman, wa-birran wa-mahabatan)]
Insya Allah dalam post yg akan datang kita akan teliti perincian Tawaf dan Sa'i tersebut dgn meneliti tasbih atau zikir atau bacaan kalimah-kalimah doa yg diperlukan ketika Tawaf dan Sa'i.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment