Tuesday, December 28, 2010

Berita Menarik Hari ini-Lantikan SUK Selangor

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita pasti terbaca tentang kontroversi perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor apabila perbezaan fikiran katanya dalam lapuran tersebut antara tiga personaliti utama dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan pusat ataupun negeri, antara Sultan Selangor (katanya), kerajaan negeri Selangor (yg dibawah Pakatan Rakyat dan diketuai oleh TS Khalid), MB Selangor dan KSN yg menyampaikan keputusan JPA tentang perlantikan sedemikian. Kontroversi itu timbul kerana calun yg diputuskan, katanya, adalah Dato' Mohd Khusrin Munawi (54 tahun), sekarang Pengarah JAIS yg kontroversial. [Mungkin, perlantikan ini juga ada kaitan dgn usaha melemahkan kerajaan pembangkang di Selangor]
Khusrin adalah pegawai PTD yg ditempatkan untuk mentadbiruruskan JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor. Spt biasa dan tradisinya PTD dilantik mengepalai jabatan ugama Islam negeri kerana dikatakan orang-orang dalam jabatan sedemikian kurang ilmu dalam pentadbiran. Orang yg dilantik sebagai Pengarah JAIS tak perlu alim atau berilmu dalam perkara ugama, kerana itu adalah bidang tanggungjawab orang-orang di JAIS yg terdiri dari lulusan universiti dan kolej dalam bidang pengajian Islam.
Tapi, Khusrin nampaknya, adalah seorang selebriti, sebagaimana Dato' Mansor Ramli, sebelum beliau, suka bertindak mencari kesilapan atau kesalahan orang Islam, terutama orang Melayu, di Selangor. Maka kesemua pengarah JAIS dan organisasi seumpamanya suka mencari kesilapan atau kemaksiatan atau dosa orang yg melakukan pelbagai 'jenayah ugama' yg melibatkan pengajaran dan pengajian bersabitan ugama. Maka keluarlah berita tangkap sana dan sini, atau intip orang buat maksiat sana dan sini, dan cakap-cakap yg fitnah tentang ajaran sesat dan menyeleweng dan sebagainya, tanpa selidik terlebih dahulu. Timbullah fatwa orang-orang sedemikian, bahawa orang Melayu Islam di Selangor wajib berpegang kpd mazhab as-Syafie. Ilmu mengenai Islam, khususnya ilmu al-Quran dan as-Sunnah atau al-Hadith, tidak boleh diajar dan dikembangkan di Selangor kecuali dgn terlebih dahulu mendapat persetujuan JAIS dan dianugerahkan 'taulih', seolah-olah JAIS faham tentang Islam (berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah).
JAIS, sebagaimana badan-badan ugama kerajaan sering menyebut betapa wajibnya umat Islam di Malaysia mengikuti hanya fahaman Mazhab as-Syafie. fahaman mazhab lain, terutama fahaman Wahhabi, kata mereka tidak dibenarkan, kerana tidak sejajar dgn pegangan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'! Tapi, anihnya apakah orang-orang JAIS terutamanya Khusrin faham apakah pegangan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' yg haq itu? Kalau dia rajin mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari sumber yg haq, dia  dan orang bawahnya pasti tahu siapa sebenarnya 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Kalau tak rajin mengaji, dia boleh baca blog ini tentang perkara tersebut. Sudah dijelaskan. Tapi, spt biasa dalam perkara aqidah dan Islam, orang yg memimpin Islam dan umat Islam, masih belum faham dan faqih tentang Islam. Kalau orang yg belajar di Azhar, Madinah, Jordan, Syria dan juga UIAM dalam bidang ugama pun tak faham, apatah lagi orang macam Husrin yg berkelulusan, rasanya, selain bidang pengajian Islam. Mohd Khusrin adalah lulusan UKM dlm bidang ekonomi. 
Omar b Khattab (r.a) memberi panduan kpd kita bahawa sesiapa yg ingin diberikan suatu jawatan dalam Islam (ie. mentadbirkan umat Islam), wajiblah dia dahulu belajar dan faham tentang tugas dan tanggungjawab jawatan terebut bedasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau tidak, kita letakkan 'square peg' dalam 'round hole', tak jadi beres. Begitulah selalunya dalam lantikan jawatan utama di mana-mana organisasi. Mungkin Khusrin pakai kopiah (sering dlm gamnbar akhbar begitu) atau songkok, nampak orang ugama, tapi belum tentu dia faham tentang Islam.[Namun, sudah menjadi lumrah dunia di Malaysia, kalau dikenali orang dan popular, tak perlu kepandaian dalam pentadbiran untuk mentadbir. Malah Rasulallah (s.a.w) dah beritahu di akhir zaman ini, orang yg jahil dijadikan pemimpin umat Islam. Maka dia memberi ketetapan (atau, fatwa) yg batil, maka dia sesat dan menyesatkan pula orang lain.]
Kalau dia faham, pastilah dia menyelidik dahulu apa yg diajarkan oleh orang yg memiliki ilmu yg mendalam dan luas tentang Islam, terutama mereka yg faham ilmu as-Sunnah, spt Dr Mohd Asri dan Dr Abdullah yg sering ditangkap atau digegeri oleh mereka. Tentu mereka tau bahawa Allah (a.w) dan RasulNya mewajibkan orang yg berilmu - spt ustaz-ustaz dan ustazah di JAIS dan MAIS - megajarkan ilmunya sekerap mungkin dan kepada sebanyak mungkin orang Islam. Kerana Allah (a.w) menjanjikan neraka pada orang yg berilmu yg enggan menyampaikan ilmunya. Allah (a.w) melaknat orang yg menghalang kerja-kerja mengilmukan umat Islam dgn ilmu yg haq (i.e. al-Quran dan as-Sunnah). Tidak perlu tauliiah kerana Allah (a.w) dan RasulNya telah memberikan tauliah terbuka kpd mereka yg berilmu. Tambahan pula, memaksa umat Islam berpegang kpd mazhab dan meninggalkan as-Sunnah adalah suatu dosa yg amat besar. Orang yg enggan menyampaikan ilmu sama dgn orang yg menyembunyikan ilmu, balasannya tidak mencium bau syurga. Orang yg suka mencari rahsia buruk atau keburukan orang pula dan mendedahkannya dilaknat oleh Islam, kerana umat Islam tidak wajar sama sekali menyingkap pekung saudara Islam yg lain. Kalau diketahui mereka bersalah (dalam konteks al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dinasihati dan diilmukan, bukan dimalukan atau diaibkan. Surah al-Hujurat menyebut tentang perkara ini. Tak mungkin Khusrin dan JAIS tak terbaca atau tak faham!
Kini Khusrin dianggap layak oleh JPA dan KSN sebagai SUK Selangor. Adakah dia yg wajar dilantik? Kalau dalam perkara pentadbiran ugamapun dia jahil, apakah dia pintar dalam mentadbirkan negeri Selangor yg dikepalai oleh seorang MB yg bijak dalam ilmu pentadbiran dan ahli MMK yg dulu berpengalaman luas sebagai PTD dan lain-lain lagi. Wallahu 'alam. Yg pasti satu lagi perkara duri dlm daging bagi Khalid.
Eloklah, orang yg memimpin umat islam di Malaysia mengamati nasihat Omar b Khattab (r.a) berikut:
Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Tafaqqahu qabla 'an tasauwadu' [Maksudnya: Mencarilah kefahaman ugama sebelum kamu diserahkan (dan menerima) tanggungjawab (atau jawatan) sebagai pemimpin (umat Islam, (dalam kes ini rakyat Selangor sebagi SUK).' [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu] 
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu ketetapan khalifah yg 4 - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum - adalah sebahagian daripada as-Sunnah yg wajib dipatuhi oleh orang iman.]
Mudah-mudahan, orang yg akan mengaggantikan beliau akan berbuat sedemikian sebelum mengambil jawatan Pengarah JAIS. Malah, ugama adalah dimensi penting masyarakat Islam di Selangor, maka Dato' Khusrin, kalau kekal jadi SUK, eloklah menyediakan dirinya untuk faham tentang agama dan urusan pentadbiran negeri Selangor. Kerana Allah (a.w) membenci orang yg pintar dalam ilmu dunia tetapi jahil atau bodoh dalam ilmu akhiratnya! [Rujuk post yg lalu]

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. Askm Sdr penulis blog ini. Kemungkinan anda seorang dari PTD jika dilihat cara sdr berhujah seolah2 sdr kenal benar dgn individu yg dipersoalkan.

    Saya menyokong kebanyakan hujah anda terutama kurang pahamannya seseorang itu dalam ilmu agama. Saya tak nak menyentuh peribadi seseorang tapi bila JAIS membuat kenyataan dengan bangganya tentang banyaknya golongan ajaran2 sesat di Selangor, ia dengan tak secara lansung perbuatannya itu saperti orang meludah ke langit. Pernahkah mereka terpikir tentang punca timbulnya banyaknya "ajaran2 sesat" itu. Satu perkara lagi, kami orang biasa ini hendaklah diberitahu garis-pandu utk senang kami mengenali apa itu "ajaran sesat". Adakah kerana mereka tidak perpandukan ajaran Imam Syafie ( di Malaysia )maka mereka yang mengikut mazhab2 lain itu "sesat". Atau mereka mestilah mengikuti ajaran ahlu sunnah al Jemaah ( 4 mazhab )saja yg diiktiraf sebagai Islam yg haq. Siapa sebenarnya Ahlu Sunnah Al Jemaah itu. Dalam satu seminar bulan dakwah tak lama, Ahlu Sunnah Al Jemaah bolihlah ditakrifkan sebagai sesaorang yang mengamalkan ibadah dan cara hidup yg bersandarkan ilmu quran & hadith. Jadi, ini tak bermakna ianya bukanlah eksklusif utk 4 mazhab itu sahaja tetapi termasuk golongan yg benar2 bersandarkan quran & hadith. Sebenarnya mazhab ini sungguh mengelirukan pd orang Islam dan telah menjadi punca menyebabkan orang2 Islam berpecah-belah dan sanggup bunuh membunuh satu sama lain. Saya lebih mirip kepada golongan yg bersandarkan semata2 kepada Quran & Hadith dan berjemaah, benar2 berpegang kepada "tali" Allah yang diperentah olih Allah SWT.

    Merujuk kpd tangkapan JAIS di Kajang baru2 ini atas golongan yg bersolat jumaat di tempat yg tak diiktiraf sebagai mesjid olih jabatan agama. Sebagaimana yg dilapurkan olih media mengatakan mereka adalah golongan ajaran sesat. Tapi ada yg berpendapat, mengikut lapuran media, solatnya sah tapi tempatnya saja yg tak diiktiraf. Olih itu, di manakah yg dikatakan ajaran SESAT? Ini JAIS kenalah memberi penjelasan dengan mengeluarkan satu garis pandu tentang ajaran sesat supaya orang awam tidaklah mudah terpengaruh selain dari ajaran yg bersandarkan quran & hadith.

    ReplyDelete
  2. Askm, saya nak tambah sikit komen. Kepada semua terutama sekali mereka yg memegang jawatan sebagai pegawai jabatan2 agama saperti JAIS.

    SIAPA KITA INI?

    Pada pendapat saya yg kerdil ini, kita telah dicipta olih Allah SWT utk mengambil 3 tugas, sebagai:-

    1) HAMBA - Sebagai seorang hamba, kita tiada pilihan melainkan utk patuh & ta'at kepada perentahNya dan jauhkan dari laranganNya tanpa ragu2.

    2) KHALIFAH - Sebagai seorang pemimpin, sekecil2nya kita telah dipertanggungjawapkan utk memimpin dirinya dan ahli2 keluarganya jauh dari api neraka kelak. Apatah lagi tanggungjawap sebagai ketua organasasi, syarikat dan negara.

    3) PEJUANG AGAMA - Sebagai seorang iman dan yg bertaqwa kepada Allah SWT, hendaklah memahami, menyebar, membina, mengembang dan mempertahankan kesucian agama Islam.

    Sudahkah kita menjalankan tugas2 di atas seikhlas2nya dan terbaik kerana ALLAH? Tepuk dada tanyalah selera. Olih itu, janganlah cepat menghukum seseorang itu dengan sewenang2nya atas hanya ada kuasa sahaja tapi kurang atau tiada mempunyai ilmunya, dah tentu ilmu wajib yg perlu dipelajari olih kita semua.

    ReplyDelete