Assalamualaikum,
Saudara, semenjak blog ini diwujudkan, terdapat orang yg suka berhujjah menidakkan sesuatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg dikemukakan dalam postnya.hari ini ramai orang Islam yg suka membaca dan meneliti kitab-kitab karangan manusia atau mendengar cakap-cakap atau petua dari orang-orang yg diiktiraf atau dianggap alim dalam Islam, walaupun ilmu mereka tidak sebanyak dan seluas mana. Tapi, kerana telah diikitiraf masyarakat sebagai ulama' segala kata-kata mereka dinobatkan sebagai ketetapan Islam. Ramai orang yg dengan ilmu yg sedikit suka berhujjah secara batil apabila diberitahu sesuartu yg baru kpd mereka - baru kerana belum sampai ilmu mereka mengenai perkara yg dikemukan. Dalam hadith berikit, kita muatkan sebagai peringatan kpd mereka supaya mereka tidak terjerumus lebih jauh dan tidak menyimpang dan tergelincir lebih jauh dari landasan Islam dan syariatnya yg haq. Demi memikirkan kebajikan mereka bukan untuk menunjukkan penulis blog ini orang yg alim atau pintar.
Blog ini memuatkan cebisan ilmu yg haq, yg dipeolehi melalui pengajian secara berguru dari guru yg luas ilmunya dan tinggi kefahamannya kerana mereka juga mengaji dari gurunya yg luas dan mendalam ilmunya mngenai al-Quran dan as-Sunnah.
mengambil kpd perbidalan Barat sebagai prinsip yg mudah difahami oleh masyarakat Melayu, terutama mereka yg berpendidikan, al-Quran dan as-Sunnah itu adalah dalam suatu aspek 'two sides of the same coin' dan 'coin' itu adalah Islam dan syariatnya. Tanpa as-Sunnah, sukar dilaksanakan ketetapan al-Quran. As-Sunnah bukanlah ciptaan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai manusia biasa.As-Sunnah adalah perintah Allah (a.w) yg disampaikan melalui wahyu (sila rujuk Surah Toha). Al-Quran adalah Kalam (atau, Kitab ciptaan) Allah (a.w) dan as-Sunnah adalah wahyu Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) untuk menyempurnakan Islam dan syariatnya dari segi bentuk-bentuk dan kaedah serta cara melaksanakan syariat Islam itu secara praktikalnya.
Keutamaan al-Quran dan as-Sunnah
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan semua kalam (i.e. kitab-kitab) sebagaimana keutamaan Allah (a.w) mengalahkan makhluknya.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran]
Orang yg Meremehkan Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah
Dalam hadith berikut, lebih jelas lagi disebutkan betapa utamanya al-Quran dan as-Sunnah itu berbanding apa-apa yg terdapat dalam mana-mana kitab karangan manusia dan dalam apa-apa yg dikatakan atau difatwakan oleh manusia, berbanding dgn ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Maka dengan itu, seseorang yg telahpun tahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - sama ada dari apa yg dia diajarkan atau yg dia diberitahu oleh orang yg tau - kemudian dia diberitahu oleh seseorang lain dimensi yg berbeza tentang ketetapan yg sama dalam al-Quran dan as-Sunnah, dia terima ketetapan manusia yg memberitahunya dan menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah seolah-olah pendapat atau ketetapan manusia itu lebih utama, maka dia tergolong dari orang yg disebutkan dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yg telah diberi sesuatu yg lebih utama daripadanya (i.e. al-Quran) yg telah diberikan kepadanya, maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yg diremehkan oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan sesuatu yg telah diagungkan oleh Allah (a.w).’ [Hadith at-Tobrani]
Seseorang yg tahu atau diberitahu tentang sesuatu ketetapan mengenai Islam dan syariatnya (termasuk segala sesuatu mengenainya seperti bentuk-bentuk ibadah dan amalan serta kaedah dan cara beribadah dan beramal mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), kemudian dia mendengar cakap-cakap atau penjelasan orang lain yg berbeza dari apa yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, dan dia menerimanya dan menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia tergolong dari kalangan orang yg disebutkan dalam hadith di atas itu. Dia menolak al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah pasti dia menempah tempat dineraka semasa hidupnya!
Kerana, dia telah diberitahu oleh Allah (a.w) dan RasulNya, tapi dia mencari alternatif yg lain, seolah-olah alternatif yg lain itu lebih baik dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka dia meremehkan atau menomborduakan al-Quran dan as-Sunnah dan menomborsatukan apa yg manusia kata dan tetapkan. Dia telah menagagungkan atau mengutamakan atau menomborsatukan manusia dan menomborduakan Allah (a.w) dan RasulNya. Dia jelas menolak al-Quran dan as-Sunnah. Dia tidak lagi Islam. Contoh: Apakala Allah (a.w) perintahkan nobatkanlah ketetapan al-Qran dan as-Sunnah, dia tidak setuju dan sebaliknya nobatkan ketetapan manusia atau segolongan manusia, maka kafirlah dia secara otomatis tanpa dia sedari! Contoh lain: Apabila Rasulallah (s.a.w) sebutkan bid'ah itu membatalkkan segala amalan dan ibadah dan menjerumuskan manusia ke neraka kerana terkeluar dari Islam tanpa disedarinya, dia kekal menyetujukan pendirian orang yg dia anggap berkata benar apakala menyebut tentang wujudna 'bid'ah hasanah', maka dia menomborduakan ketetapan as-Sunnah. Kerana, antara ketetapan as-Sunnah mengenai isu bid'ah adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man amila amalan laisa amruna, fahua raddun' (yg maksudnya: sesiapa yg beramal dgn suatu amalan yg bukan perkara atau ketetapan aku (i.e. Rasulallah (s.a.w)) maka amalan atau ibadahnya ditolak) [Hafith Bukhari dan Muslim], adalah ketetapan yg jelas menidakkan wujudnya 'bid'ah hasanah' itu.
Saudara, janganlah kita mengikuti seseorang secara membuta tuli tanpa menyemak ilmu mereka yg bercakap. ramai orang kelihatan 'alim, tapi kekal jahil tentang Islam dan syariatnya apabila dinilai dalam konteks ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Apabila kita ikuti mereka, kita membatalkan Islam kita atau ibadah dan amalan kita, dan mendapat dosa, kita juga mengirim dosa kpdnya. Dan, di akhirat kelak kita akan berbalah dgn mereka di depan Allah (a.w) apabila kebatilannya diserlahkan di depan atau dalam neraka, dan mereka tidak dapat menolong kita dan diapun tak dapat menolong dirinya sendiri. Oleh itu, berwaspadalah menerima apa-apa pendapat dan pandangan manusia kecualilah kita telah semak dan pasti bahawa dia bercakap bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah yg jelas.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment