Saturday, December 18, 2010

Ibadah Haji: Kefadhalan Haji Mabrur

Assalamualaikum,
Saudara, dalam musim haji lepas - malah ketika musim haji - kita dengar kalimah 'haji mabrur' disebut-sebut-sebut oleh semua orang dan diharap-harapkan oleh semua bakal haji. Dalam kita memmbuat post-portem ibadah haji kita itu, elok kita lihat apakah ketetapan as-Sunnah mengenainya.
Kita turunkan di bawah ini tiga potongan hadith mengenai perkara ini; pertama, hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Ditanya oleh seseorang akan Nabi (s.a.w): 'Apakah amalan yg afdhal atau utama?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Beriman dengan Allah (a.w) dan (beriman dengan) RasulNya.' Kemudian dikatakan (i.e. ditanya lagi): 'Kemudian apa?' bersabda nabi (s.a.w) (menjawab): 'Berjihad fi sabilillah (i.e. pada jalan Allah (a.w)).' Kemudian dikatakan (i.e. ditanya lagi): 'Kemudian apa pula?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Haji yg mabrur.' [Hadith Bukhari]
Kemudian kita lihat pula hadith berikut dari Aisyah (r.ah) bertanya kpd Rasulallah (s.a.w) tentang perkara tersebut:
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah), ummul mukminin (ibu kpd orang iman) bahawasanya dia berkata (i.e. bertanya): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Aku dengar jihah adalah amalan yg paling afdhal (atau utama). Apakah tidak berjihad aku?' Bersabda Rasulallah (s.a.w) menjawab: 'Tidak atau jangan! Akan tetapi jihad yg afdhal (dalam hadith lain, bagi kaum wanita) adalah haji mabrur.' [Hadith Bukhari]
Dalam hadith yg lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jihad bagi orang yg dhaif atau kaum perempuan dan kanak-kanak adalah mengerjakan haji dan umrah:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Jihad bagi orang-orang (lelaki) tua, bagi kanak-kanak, bagi orang-orang yg dhaif (kerana kekurangan dalam dirinya dan hartanya untuk berjihad) dan perempuan adalah mengerjakan haji dan umrah.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Manasik Haji]
Kita lihat pula hadith berikut pula, yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.ah):
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa naik haji semata-mata kerana Allah (a.w) (yakni, mengharapkan kerahmatanNya, yakni syurga, dan takutkan siksa dalam nerakaNya), maka tidak menjimak (isterinya) dan tidak melanggar pantang larang (ikhram haji) kembali dia di hari akhirat seumpama hari dia dilahirkan dari perut ibunya (i.e. keadaan fitrah) tanpa sebarang dosa).' [Hadith Bukhari, Kitab Haji]
Jelaslah, sesiapa yg memperolehi haji mabrur maka segala dosanya terampun dan dia dibangkitkan di akhirat seumpama dalam keadaan fitrah tanpa dosa. Maka justeru itulah dalam hadith lain dikatakan ganjaran haji mabrur yg setimpal adalah tidak lain hanya syurga. Begitulah hebatnya ganjaran pahala haji mabrur itu. Itulah menjadi impian semua bakal haji. Namun, yg dilupakan adalah apakah ketika mengerjaka haji itu seseorang itu menepati ketetapan syariat haji yg dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)? Jika tidak, ibadah itu tidak diterima. Maka, tiadalah dapat ganjaran haji mabrur itu.
Sebelum bersangkaan bahawa kita dapat haji mabrur hendaklah terlebih dahulu kita faham bahawa haji sebagaimana ibadah dan amal makruf yg lain hanya diterima Allah (a.w) jika ibadah atau amalan kita itu menepati dua syarat utama: pertama, niatnya betul; dan kedua, kaedah dan caranya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika salah satu syarat itu tidak dipenuhi, batallah haji atau tidak sahlah haji kita. Kalau tak sah, mana mungkin kita dapat haji mabrur. Maka dengan itulah dalam siri post bulan ini - bulan post Zulhijjah - kita semak ibadah haji kita berdasarkan ketetapan (atau nas dan dalil) al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita gagal, bolehlah diusahakan sekali lagi. Dan, janganlah kerjakan haji tanpa bekalan ilmu yg cukup tentang manasik atau peraturan atau tatacara mengerjakan haji dengan menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan dengan mendengar ceramah atau mengikuti sebarang kursus haji, kecualilah kursus haji itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan, post ini boleh difahami oleh pembaca dan dimanfaatkan sewajarnya. Kerana, ibadah haji adalah rukun terakhir dalam Rukun Islam, kemuncak kepada segala amalan dan ibadah, yg bergantung kepada kesepaduan lain-lain ibadah dan amalan, seperti solat-solat sunat, zikir dan doa, membaca al-Quran dan keperibadian serta tatakelakuan semasa mengerjakannya. Segala amalan dan ibadah yg dikerjakan di Masjidil Haram digandakan sebanyak 100,000 gandaan pahala. Jika tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah rugilah kita. malangnya, sesiapa yg berkesempatan ke Mekah pada musim haji, mereka akan nampak betapa ramainya orang yg rugi - solat yg bercanggah dgn ketetapan as-Sunnah, aurat yg tidak ditutup (teruitama di kalangan wanita), tidak membanyakkan masa berada di Masjidil Haram, atau ketika dalam masjid berbuat tentang dunia, tidak memperbanyakkan solat sunat, berzikir, berdoa, membaca al-Quran dan merenungkan amalan dan ibadah kita yg lampau atau bermain dgn telefon bimbit atau tidur dalam masjid, dan berbagai-bagai lagi perlakuan yg tidak wajar bagi orang yg inginkan haji mabrur!
Ka'bah terbentang luas di depan mata, tetapi bagi yg bertenaga tidak membuat Tawaf sunat sebanyak yg mungkin walhal, sesiapa yg mengerjakan 50 Tawaf Sunat - satu setu set tawaf adalah 7 pusingan dan solat sunat di belakang Makam Ibrahim - beroleh pahala seumpama mengerjakan satu haji bersama Rasulallah (s.a.w)! Alangkah ruginya kita...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment