Friday, December 31, 2010

Siapa Boleh Jadi Peguam dan Hakim Syar'ie?

Assalamualaikum,
Saudara dalam post yg lalu kita telah tinjau sedikit perdebatan antara beberapa ilmuwan Islam dalam perbahasan tentang isu: Apakah boleh orang bukan Islam menjadi peguam dan hakim syar'ie untuk berhujjah dan memutuskan hukum melibatkan orang Islam dan ketetapan, khususnya, hukum Islam? 
Saudara, sebelum kita lanjutkan penelitian kita yg paling kita kita fahami adalah: Pertama, hanya dua kesudahan bagi manusia ketika kiamat dunia, iaitu satu golongan masuk syurga dan satu golongan masuk neraka; kedua, Allah (a.w) menetapkan dalam al-Quran bahawa sesiapa yg tidak beriman dgn Allah (a.w), semua manusia yg tidak akui Allah (a.w) tuhan mereka yg esa dan tidak mengakui Rasulallah (s.a.w) itu pesuruh Allah (a.w) dan mereka yg mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w), adalah kafir; ketiga, orang-orang yg kafir itu tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadahnya walau bagaimana baik sekalipun pada katamata manusia dan memannfaatkan manusia, yakni segala amalan baik tak dapat pahala; keempat, orang kafir pasti masuk neraka di akhirat kelak, kerana sesiapa yg menganuti ugama selain Islam, tidak diterima Allah (a.w); kelima, Allah (a.w) tidak akan menerima tebusan dari orang kafir segala kekayaan hartanya untuk menebus dirinya dari dicampakkan ke dalam neraka. 
Saudara, ketika kiamat dunia, orang yg kafir dan syirik [Nota: Yg syirik itu adalah orang Islam dan orang yg menduakan Allah (a.w) dan orang Islam yg meyakini adanya kuasa ketuhanan atau apa jua kuasa selain Allah (a.w) spt orang yg memakai tangkal, memakai rantai yg kononnya mencegah dari dihinggapi sesuatu bala atau yg boleh memberikan sesuatu kemanfaatan kpdnya dari segi apa juapun] akan dibangkitkan dan mereka akan terus berjalan ke neraka atau ditarik dgn diikat oleh malaikat untuk dihumbankan ke dalam neraka. Mereka tidak akan berhimpun di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan mereka. Kitab catatan Amalan hanyalah untuk orang yg Islam dan iman, maka mereka akan melalui mizan proses timbangan atau hisaban paha dan dosa untuk menentukan apakah mereka layak ke syurga atau masuk ke neraka dahulu untuk dibersihkan sebelum diberi peluang masuk syurga. Tidak ada syurga bagi orang kafir. Tidak ada syurga bagi orang munafiq. Dan, syurga hanyalah bagi mereka yg ada sebesar zarrah dalam hatinya keimanan bahawa Allah (a.w) itu tuhan mereka, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka dahulu untuk dibersihkan.
Dalam konteks latarbelakang ini, kita hendaklah buat ketetapan apakah orang kafir layak dan boleh menjadi peguam syar'ie untuk membela orang Islam dan urusan hukumkahakam Islam? Kalau seseorang itu kafir maka sudah pastilah dia tidak menerima Allah (a.w) sebagai tuhan mereka dan mereka tidak akui bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah utusan Allah (a.w). Orang kafir sedemikian mungkin memiliki ilmu yg luas dan mendalam tentang Islam dan ketetapan Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah - malah mereka lebih faham Islam atau mereka lebih 'alim' dari orang Islam yg alimpun, tetapi mereka tetap berjiwa kafir - orang yg menentang Allah (a.w) dan RasulNya. Allah (a.w) menyebutkan bahawa sesiapa yg tidak Islam dan tidak beriman adalah orang yg menentang Allah (a.w) dan RasulNya. Jika begitu, wajarkan mereka dilantik sebagai peguam syar'ie atau hakim syar'ie untuk menghukum umat Islam menggunakan hukum Allah (a.w) (al-Quran) dan hukum Rasulallah (as-Sunnah)? Mereka boleh dilantik untuk menghukum manusia dgn hukum manusia. Hukum Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mengatasi hukum manusia, kerana ketetapan Islam itu tidak luput apabila kiamat dunia!
Saudara fikirlah. Mungkin para ulama' dan ilmuwan yg terlibat dgn perdebatan ini tidak faham atau benar-benar jahil tentang Islam. Atau, mereka faham tetapi kerana maisya masing-masing, mereka ketepikan hakikat yg haq ini. Atau mereka berpandangan, semua ugama itu benar dan setaraf, yg membezakan hanyalah pendekatan mereka yg berbeza atau kaedah mentuhankan tuhan mereka sahaja yg berbeza. Sesiapa yg Islam berfikiran sedemikian pastilah dia menentang Allah (a.w) kerana Allah (a.w), dgn jelas, berfirman dalam al-Quran ugama Islam itu ugama yg terkeatas dari apa jua ugama yg dicipta manusia! Hakikatnya orang yg berpendapat menyamatarafkan Islam dgn ugama lain pastilah terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari, waliyazubillah min zalik!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment