Assalamualaikum
Saudara, alhamdulillah kita telah singkap serba sedikit tentang kepimpinan atau siapa yg wajar memimpin umat Islam. Dalam beberapa post yg akan datang ini kita lihat pula tajuk di atas dgn melihat apakah ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran. Mudah-mudahan dgn sedikit ilmu ini kita akan lebih faham tentang Islam dan syariatnya supaya menjadikan kita lebih terpandu dalam Islam.
Umat Islam itu diwajibkan menganuti dan mengamalkan syariat Islam swecara berjemaah dan berada dalam satu jemaah, iaitu jemaah as-Sunnah. Dalam menjalani kehidupan mereka di dunia, mereka berpandukan dalam semua perkara dan dimensi hidup, terutama dalam beramal dan beribadah, kepada al-Quran dan as-Sunnah semata-mata. Mereka tidak menerima panduan lain, termasuk panduan para ulama’ sekiranya panduan ulama’ bertentangan dengan atau berlainan daripada as-Sunnah.
Dalam blog ini, kita sering ulangi ketetapan Islam bahawa umat Islam sewajibnya berada dalam jemaah as-Sunnah, di bawah pemerintahan dan kepimpinan Islam dan menjalankan hukum-hakam Islam sebagaimana pada zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dahulu. Kita boleh buat satu analogi. Mereka menjadikan al-Quran sebagai Perlembagaan Hidup Jemaah atau Umat Islam dan as-Sunnah sebagai ketetapan badan Perundangan Tertinggi Jemaah atau Umat Islam.
Menyentuh tentang dimensi perundangan ini, satu lagi golongan manusia yang dianggap fasiq dan kafir dan malah munafiq, adalah mereka yang tidak melaksanakan hukum Allah (a.w) di dunia. Para pemimpin Jemaah atau Ummah Islam yang tidak menjalankan atau melaksanakan hukum Allah (a.w) yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, mengikut firman Allah (a.w) berikut, adalah kafir. Orang Islam yang menjadikan atau mengangkat orang kafir (bukan Islam) menjadi pemimpin Jemaah ummah Islam juga jatuh kafir. Ketetapan ini diulangi Allah (a.w) dalam tiga Ayat atau firmanNya, iaitu Ayat 44, Ayat 45, dan Ayat 47, Surah al-Maidah. Begitu kuatnya kemurkaan Allah (a.w) terhadap kepimpinan Islam yang tidak memertabatkan hukum-hakam Islam dalam sesebuah Negara Islam atau dalam mengurus sesuatu jemaah umat Islam.
Firman Allah (a.w): 'Waman lam yahkum bima anzalallahu faulaika humul kafiruna' [Maksud: Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa-apa yang diturunkan Allah (a.w) (dalam KitabNya, yakni al-Quran), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.][Ayat 44, Surah al-Maidah]
Ketetapan Allah (a.w) di dalam ayat di atas itu tidak diberi perhatian oleh orang Islam, termasuk pemimpin umat Islam. Ketetapan itu amat berat. Kerana tidak meletakkan hukum dan ketetapan Allah (a.w) sebagai landasan hukum umat Islam, lebih-lebih lagi Negara Islam, jatuh kafir, wal iyazubillah.
Firman Allah (a.w): 'Faman lam yahkum bima anzalallau faulaika humuz-zalimuna' [Maksud: Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa-apa yang diturunkan Allah (a.w) (dalam KitabNya, yakni al-Quran dan dalam wahyuNya, yakni as-Sunnah) maka mereka itulah orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri (yakni, orang-orang yang sudah tahu ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) kemudian mengingkarinya, maka mereka tergolong sebagai orang menzalimi diri sendiri, kerana itu layak disiksa dalam neraka)][Ayat 45, Surah al-Maidah]
Ayat di atas memberitahu kita bahawa sesiapa yang tidak menghukum di kalangan umat atau jemaah Islam hukum Allah (a.w), maka mereka ‘menzalimi diri sendiri’, kerana ingkarkan Allah (a.w) dan tidak menerima ketetapan Allah (a.w). Mereka ‘menzalimi diri sendiri’ kerana apabila telah tahu ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tetapi melanggarnya atau mengingkarinya adalah perbuatan yang menzalimi diri sendiri. Kerana itu akan di azab di neraka yang memusnahkan diri sendiri. [Nota: Dalam Islam orang yang dilabel Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) wajib masuk neraka, kecualilah dia bertaubat dan Allah (a.w) terima taubatnya.]
Firman Allah (a.w): 'Waman lam yahkum bima anzalallahu faulaika ika humul fasiquna.' [Maksud: Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa-apa yang diturunkan Allah (a.w) (dalam KitabNya, yakni al-Quran dan dalam wahyuNya, yakni as-Sunnah) maka mereka itulah orang-orang yang fasiq (yakni, ingkar atau tidak mahu menerima ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya)] [Ayat 47, Surah al-Maidah]
Saudara, kita telah petik tiga rangkap firman Allah (a.w) dalam al-Quran (Surah al-Maidah) tentang hukum Islam serta ketetapan Allah (a.w) supaya kita menghukum jema'ah Islam dgn berpandukan ketetapan Allah (dan Rasulallah (s.a.w)) dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Menyentuh tentang as-Sunnah, seorang Islam yg kebetulan bekas wakil rakyat dan penyokong kuat kerajaan berpendapat bahawa kita di Malaysia tidak wajar kembali kpd sistem pemerintahan dan pelaksanaan hukum-hakam Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Dunia sekarang, katanya, sudah berbeza jauh dan banyak yg tiada zaman itu kini ada zaman kini. Sebenarnya beliau bukan seorang sahaja yg berpendapat sedemikian. Ramai lagi orang Islam - semua peringkat umur dan pelbagai kedudukan atau status sosial mempunyai pandangan yg sama.
Pandangan sedemikian itu amat bahaya. Bahaya kpd keimanan dan keIslamannya. Kerana, ketetapan Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa', Ayat 7, Surah al-Hasyr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' jelas memberikan ketetapan yg mutlak, jikalah kita inginkan kejayaan akhirat. Mengapa? Pertama, selain hakikat di atas itu, kita diberitahu bahawa Islam dan syariatnya sudah disempurnakan Allah (a.w) (Ayat 3, Surah ali-Imran) dan ugama Islam itu adalah ugama untuk semua manusia (Ayat 107, Surah al-Anbiak) - tanpa mengira warna kulit dan tanpa mengiran dimana mereka berada dan juga tanpa mengiran zaman mana mereka hidup. Pandangan sedemikian seolah-olah kita berpandangan bahawa ilmu Allah (a.w) itu cetek, kerana Allah (a.w) tidak tahu apa rupa dan corak masyarakat manusia 1,000 atau 10,000 tahun akan datang! Ini pastilah suatu kesilapan yg amat serius. Kerana Allah (a.w) menyebut bahawa tiada siapa boleh menandingi atau mengetahu ilmu Allah (a.w) itu. Jika ditulis ilmu Allah (a.w) dgn menggunakan air lautan sebagai dakwat danpohon-pohon dunia ditebang dan dijadikan pen atau pena, digandakan tujuh kali ganda lagi, tidak mungkin tertulis ilmu Allah (a.w) itu (Ayat 109, Surah al-Kahfi). Dan, Allah (a.w) itu adalah yg 'auwalu' (yg terawal) dan Dia juga 'al-akhiru' (yg terakhir) wujud di dunia ini! Masakan Allah (a.w) tidak tahu apa yg akan berlaku dan apakah masyarakat yg akan wujud pada zaman selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w) dan para khalifah sampai ke saat kiamat akan terjadi!
Oleh kerana Islam dan syariatnya telahpun disempurnakan oleh Allah (a.w) maka sudah pastilah segala sesuatu di dalam al-Quran (dan juga as-Sunnah) itu adalah terpakai untuk semua umat dan semua zaman.
Jazakallahu khairh
As.w.w ana lebih setuju dan sangat setuju dengan pendapat anda mengartikan Al-qur'an tidak tendesius tapi dengan hati bersih ingin meraih kejayaan dunia dan ahirat dengan rido Allah swt
ReplyDeleteSaaat ini banyak manusia menafsirkan Al-qur'an tujuanya ingin menghindar dari aturan Allah bahkan para ahli tafsir yg seharusnya menyampaikan ilmunya sebagai penerang umat malah menjerumuskan ke jurang api neraka..
ReplyDelete