Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan semakan kita apakah ibadah haji dan umrah yg kita lakukan dalam musim haji yg lalu itu untuk mengetahu sama ada haji kita menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau tidak. Kerana, jika pekerjaan haji kita menepati as-Sunnah sebagaimana yg ditetapkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka ibadah haji kita itu sah dan berkemungkinan besar mendapat kejayaan sebagai haji mabrur.
Jika kita sudah bermukim di Mekah, maka kita boleh melafazkan niat haji di hotel kita tanpa perlu ke Miqat seperti Tan'im atau Ja'ranah atau Zulkhulaifah atau Bir Ali. Demikianlah yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat.
Wukuf di Arafah
Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat ketika mengerjakan Haji Wada' dahulu, beliau bertolak dari Mekah pergi bermukim di Mina terlebih dahulu, pada 8 Zulhijjah. Di Mina beliau dan para sahabat bermukim mengerjakan Solat Zohor, Solat 'Asar, Solat Maghrib, dan Solat Isya' tamam (i.e. tanpa dijamak ataupun di qasarkan) dan disolatkan pada waktunya. Pada pagi 9 Zulhijjah beliau bertolak dari Mina ke Arafah waktu pagi supaya sampai ke Arafah sebelum tergelincir matahari, yakni masuk waktu Zohor.
Waktu Wukuf itu adalah bermula ketika tergelincir matahari, yakni masuk Waktu Zohor, dan tamat apabila masuk waktu Maghrib. Di Arafah Rasulallah (s.a.w) menjamak dan mengqasarkan Solat Zohor dan Solat 'Asar dalam waktu Zohor (i.e. jama' takdim). Kemudian duduk memperbanyakkan doa, zikir, bertasbih dan memuji-muji Allah (a.w), kerana di Arafahlah tempat yg amat mustajab doa, yakni doa-doa dikabulkan oleh Allah (a.w). Antara doa yg dibaca oleh para sahabat adalah: 'Allahumma lakal hamdu kallazi taqulu wa-khairan mimma naqulu; Allahumma laka solati wa-nusuki wa-mahyaya wa-mamati, wa-ilaka maabi, wa-laka rabbi turathi; Allahumma inni a'uzubika min 'azabil-qabri, wa-waswasatis-sodri, wa-syatatal-amri; Allahumma inni a'uzubika min syarri ma tajiu bihi rihu' [Hadith at-Termidzi]
Kita bolehlah membaca doa-doa lain. Yg penting masa wukuf yg singkat itu - setelah masuk waktu Zohor dan sampai terbenam matahari itu - kita manfaatkan sepenuhnya dgn berdoa, berwirid, berzikir dan bertasbih dan membaca al-Quran dan sebagainya. Rugilah, jika kita menghabiskan waktu yg mustajab doa kerana dikabulkan segala permintaan kita. Disebukan di dalam hadith bahawa Allah (a.w) amat berbangga melihat hamba-hambaNya berkumpul di Arafah meminta-minta sesuatu darinya, sehingga Allah (a.w) memanggil para malaikat supaya menyaksikan hamba-hambaNya berpanas di Araf mengagungkannya.
Setelah tamat waktu Wukuf, iaitu apakala terbenam matahari, atau masuk waktu Solat Maghrib, Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat keluar dari Arafah menuju ke Muzdalifah. Di Muzdalidfah Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat menjamak dan mengqasarkan Solat Maghrib dan Solat Isya'. [Nota: Penulis diberitahu dalam musim haji baru-baru ini, kebanayakn pakej haji menyuruh para jema'ah bersolat Maghrib dan Solat Isya' secara jamak tamam (i.e. tanpa diqasarkan) di Arafah sebelum bertolak ke Muzdalifah. Jelaslah perlakuan tersebut lari dari ketetapan as-Sunnah.]

Mabit (i.e. menginap) di Muzdalifah
Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat keluar dari Arafah ketika telah terbenam matahari, yakni masuk waktu Maghrib. Apabila sampai ke Muzdalifah, Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat mengerjakan Solat Maghrib dan Solat Isya' secara jamak dan qasar , yakni menjamakkan dan mengqasarkan kedua-dua solat dalam waktu Isya' (i.e. jama' takhir). Di Muzdalifah Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat mengutip batu-batu kecil (atau krikil) untuk melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah nanti. Setelah menyiapkan batu-batu untuk digunakan semasa melontar jamrah kelak, Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat tidur di Muzdalifah. Apabila masuk waktu Subuh, Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat bersolat Subuh di Arafah. Setelah selesai Solat Subuh, sebelum terbit matahri, Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat keluar meninggalkan Arafah pergi ke Mina untuk bermukim di Mina dan melontar Jamrah Aqabah pada waktu Duha, 10 Zulhijjah.
Melontar Jamrah Aqabah
Mengikut as-Sunnah, kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat keluar dari Muzdalifah untuk bermukim di Mina sebelum terbit matahari, yakni sebaik sahaja selesai Solat Subuh, pada pagi 10 Zulhijjah (Hari Nahar, i.e. hari penyembelihan atau kurban), mereka keluar dari Muzdalifah menuju Mina.
Tujuan berada di Mina adalah untuk bermukim di Mina, dimana mereka perlu melontar Jamrah Aqabah dgn 7 biji batu. Waktu melontar Jamrah Aqabah adalah bermula waktu Duha dan tamat waktu melontar ketika tergelincir matahari, yakni masuk waktu Zohor. Setiap kali membuat lontaran disebut 'Bismillah, Allahu Akbar', sambil melontar. Ketika melontar pastikan bahawa kita menghadap jamrah bilamana Mekah adalah di arah sebelah kiri kita dan Mina di arah sebelah kanan kita. Setelah selesai melontar, maka jema'ah haji boleh bertahlul - Tahlul Awal - menanggalkan pakaian ikhram dan mengenai pakaian biasa. Setelah bertahlul, gugurlah segala larangan berikhram kecuali tiga larangan yg berkaitan dgn hubungan suami isteri seperti bercumbu-cumbuan dan bersetubuh.
Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat bertahlul dgn menggondolkan kepala dan sekurang-kurangnya menggunting beberapa helai rambut. Adalah lebih baik menggondolkan kepala, kerana Rasulallah mendoakan para sahabat yg menggondolkan kepala tiga kali dan mendoakan para sahabat yg memotong rambut sekali sahaja.

Melontar Tiga Jamrah Tiga Hari Tasyrik
Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat bermukim di Mina mulai 10 hingga 13 Zulhijjah, bagi membolehkan mereka melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, yakni hari-hari tasyrik. Semasa bermukim di Mina itu mereka mengerjakan solat-solat fardu Zohor, 'Asar dan seterusnya samapi hari ketiga hari tasyrik secara tamam, yakni tidak dijamakkan dan tidak diqasarkan.
Waktu melontar, mengikut as-Sunnah, sebagaimana yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat, pada ketiga-tiga hari tasyrik itu adalah selepas tergelincir matahari dan sebelum terbit matahari keesokan harinya. Apabila melontar, hendaklah dimulakan dgn Jamrah Sughra (i.e. Ula), Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra (i.e. Aqabah), setiap satu dengan tujuh lontaran. Hendaklah dipastikan setiap lontaran itu mengenai jamrah dan batu masuk ke dalam tempat takungannya. Ketika melontar, setiap kali menyebut: 'Bismillah, Allahu Akbar' sahaja. Dan, hendaklah dipastikan ketika mengadap jamrah, Mekah di arah kiri kita manakala Mina di arah kanan kita. Selepas melontar Jamrah Ula dan Wusta, kita pergi ke tempat lapang di tepi jamrah untuk berdoa.
Demikianlah perlakuan mengikut peraturan haji ketika wukuf, ketika di Muzdalifah dan ketika di Mina.
Soalnya: Apakah yg kita lakukan semasa mengerjakan haji dahulu itu menepati atau sejajar dgn apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w), atau sejajar dgn ketetapan as-Sunnah? Adakah sesuatu yg tersilap atau berlainan? Jika berlaianan adakah terbatal ibadah haji kita? Jika sejajar, adakah kemungkinan kita mendapat haji mabrur sejajar dgn sabda Rasulallah (s.a.w) dan ketetapan al-Quran, bahawa kita tidak melanggar patang larangnya?
Pengalaman menunjukkan ramai jema'ah kita yg tidur semasa di Arafah, tidak tidur ketika di Muzdalifah dan berbual-bual kosong ketika di Arafah dan di Muzdalifah dan mengerjakan solat tidak mengikuti as-Sunnah!
Tawaf Ifadah
Setelah melontar Jamrah Aqabah pada pagi 10 Zulhijjah, kita boleh kembali ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah - bagi mereka yg ingin segera Tahlul Akhir, gugur pantang larang berhaji/ikhram yg bakinya, iaitu hubungan suami isteri (termasuk bersetubuh). Selepas Tawaf Ifadah itu mereka kembali bermukim di Mina untuk lontaran ketiga-tiga jamrah pada tiga hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Apabila sudah mengerjakan Tawaf Ifadah, selesailah haji kita tetapi as-Sunnah masih menetapkan bahawa lontaran ketiga-tiga jamrah hendaklah dilakukan juga bagi menyempurnakan ibadah haji kita.
Tawaf Ifadah itu boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas lontaran di Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment