Assalamualaikum,
Saudara, orang yg mencari ilmu untuk belajar ilmu (yakni, ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu diberi ganjaran pahala yg banyak serta disukai Allah (a.w), kerana usahanya belajar ilmu itu terlepaslah dia dari dosa, kerana menuntut ilmu tersebut satu kewajipan sebagai seorang Islam.
Keuntungan Belajar Ilmu
Kita lihat apa sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hdith dari Kathir b Qais berkata: 'Adapun aku duduk di sisi abi Darda' di sebuah masjid di Damsyik, maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: 'Wahai Aba Darda'! Datang aku kepadamu dari Madinah, Madinah tempat Rasulallah (s.a.w), kerana suatu hadith yg sampai padaku sesungguhnya engkau menceritakan hadith itu dari Nabi (s.a.w).' Maka berkata (Abu Darda'): 'Maka apa-apa yg datang engkau untuk berdagang?' Berkata (lelaki tersebut): 'Tidak.' Berkata (aba Darda'): 'Dan, tidak datang engkau (kepadaku) kerana selain (tujuan)?.' Bekata (lelaki tersebut): 'Tidak.' Berkata (aba Darda'): 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa berjalan suatu jalan kerana mencari ilmu (yakni, ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya berncari jalan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan sayap mereka kerana rida dengan orang yg mencari ilmu, dan sesungguhnya kerana mencari ilmu itu meminta ampun baginya (kpd Allah (a.w) baginya) barangsiapa yg ada di langit (yakni, malaikat) dan (barangsiapa yg ada di bumi), sehinggakan ikan di airpun (meminta keampunan kpd Allah (a.w) baginya). Dan, sesungguhnya kefadhalan (yakni, keutamaan) orang yg mencari ilmu itu atas hamba-hmba Allah (a.w) yg lain seumpama pekadhalan (yakni, kelebihan) bulan mengalahkan bintang-bintang di langit. Sesungguhnya orang yg berilmu (yakni, ulama') itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, sesungguhnya yg diwariskan oleh mereka adalah ilmu. Maka sesiapa yg mengambil ilmu (yakni, belajar ilmu), maka mengambil dia sebahagian dan sempurna (keimanannya).' [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Mungkin ramai diantara kita yg Islam tidak tahu atau belum tahu tentang begitu beruntungnya kita jika kita berusaha mencari dan mempelajari ilmu. Mungkin kita tidak yakin dgn hadith, maka kita ketemui, sebagaimana para ulama' menemui hadith-hadith, kurang yakin dia atau tidak diajarkan atau diberitahu olehnya kpd orang lain. kalaulah para ulama' dan pentadbir jabatan ugama Islam sedar betapa untungnya mereka jika mereka belajar ilmu dan menyampaukan ilmu atau memudahkan orang lain yg berilmu mengajakan ilmu, pastilah tidak berlaku pelbagai karenah dalam masyarakat Islam hari ini, spt sekatan belajar dan mengajar ilmu!
Saudara, Hadith di atas menyebutkan orang yg berusaha mencari ilmu berjalan ke tempat ilmu, mendapat ganjaran pahala yg amat banyak: pertama, para malaikat menghormati mereka dgn melabuhkan sayap mereka sebagai tanda penghormatan; kedua, para malaikat berdoa memohon Allah (a.w) mengampunkan dosa-dosa mereka (Nota: para malaikat adalah mahluk yg tiada dosa dan sentiasa taatkan Allah (a.w), serta berada amat hampir dgn Allah (a.w), do'a mereka pasti dikabulkan Allah (a.w)); ketiga, makluk di bumipun memohon keampunan kpd Allah (a.w) akan dosa-dosa mereka. Dikatakan dalam hadith ini sehinggakan ikan dilautanpun berdoa kpd Allah (a.w) memohon Allah (a.w) ampunkan dosa-dosa mereka yg berusaha mencari dan belajar ilmu. Tambahan pula, apabila belajar ilmu maka terlepaslah dari ketetapan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra', iaitu: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: janganlah kamu kerjakan sesuatu tanpa terlebih dahulu kamu tahu ilmu mengenainya), yakni amalan dan ibadah tanpa sandaran ilmu tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, hari ini orang Melayu, sebagaimana orang Islam lain, sanggup membelanjakan begitu banyak wang untuk mencari ilmu dunia - menghantar anak-anak ke universiti ivy league dan sebagainya, kerana ingin kesenanagan dunia apakala sudah mendapat ijazah yg baik. Namun, mereka tidak membelajakan sedikit wang untuk mencari ilmu akhirat! Malah orang yg kerana ilmu dunianya mendapat kedudkan yg tinggi, gaji yg lumayan dan sebagainya, tidak sanggup melapangkan masa belajar ilmu akhirat. maka orang ini dimurkai Allah (a.w), sebagaimana yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith yg telah kita teliti iaitu: 'Allah (a.w) murka pd orang yg bijak dalam ilmu dunia tetapi jahil dalam ilmu akhirat'. Allah (a.w) benci dan mencela orang-orang yg sedemikian. Jika Allah (a.w) murka, maka bagaimanakah kita boleh mendapat kerahmatanNya!
Mudah-mudahan kita mulai hari ini berusaha berjinak-jinak dgn ilmu akhirat. Tanpa ilmu akhirat bagaimana mungkin kita boleh beribadah dan beramal menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Rugilah kita kerana mengerjakan ibadah yg tidak sejajar dgn apa yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), sia-sia saja amalan dan ibadah kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment