Assalamualaikum,
Saudara kita telah selesai membuat 'post mortem' tentang ibadah haji dan umrah, bagi mereka yg ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Bagi kita yg berada di tanah air ada juga bekalan pahala yg besar jikalah kita kerjakan beberapa ibadah dan amalan sunat. Insya Allah kita teliti di bawah ini perkara ini.
Puasa (Sunat) Hari Arafah
Bagi mereka yg mengerjakan haji, mereka akan pergi ke Arafah pada 8 atau pagi 9 Zulhijjah untuk Wukuf di Arafah. [Nota: waktu Wukuf itu masuk waktunya setelag tergelincir matahari, yakni masuk waktu Zohor, dan tamat ketika tenggelam matahari, yakni masuk waktu Maghrib.]
Bagi kita yg tidak mengerjakan haji, kita disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah, iaitu hari orang haji wukuf. Kita diberi ganjaran pahala yg menghapuskan dosa-dosa kita (kecuali dosa besar) setahun.
Berkorban pada 10 hingga 13 Zulhijjah
Antara amalan sunat yg amat tinggi ganjaran pahalanya adalah menyembelih kurban pada Aidil Adha, bagi orang yg mengerjakan haji, dan pada 10 hingga 13 Zulhijjah bagi orang yg tidak mnegerjakan haji. Tiada pahala yg lebih baik dari menyembelih korban, kerana pahalanya melebihi orang yg pergi berperang fi sabilillah, kecualilah orang yg berjihad (dulu zaman Rasulallah (s.a.w)) itu berjihad kemudian kembali dgn nama sahaja, yakni terkurban dia di medan perang.
Jika kita ingin berkurban maka kita diwajibkan tidak memotong kuku, menggunting rambut atau memotong bulu-bulu di tubuh antara 1 hingga waktu kita semebelih ternakan kurban tersebut.
Berpuasa Sehari atau Dua Hari Asyura
Pada 15 dan 16 Disember yg lalu, iaitu bersamaan dgn 9 dan 10 Muharram, kita disunatkan berpuasa sehari atau dua hari, puasa sunat. Jika kita kerjakan kita mendapat ganjaran pahala yg menghapuskan dosa-dosa kita setahun yg lalu.
Sudahkah saudara lakukan amal-amalan sunat tersebut?
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment