Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti secara rengkas isu atau tajuk ini dalam konteks tiga potong ayat al-Quran yg merupakan firman Allah (a.w) yg haq. Kita lhat satu lagi ketetapan yg terkandung dalam firman Allah (a.w) berikut pula:
Di dalam Ayat 48, Surah al-Maidah ini sekali diperjelaskan oleh Allah (a.w) bahawa kepimpinan Islam itu wajib memertabatkan sistem perundangan Islam, yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, ramai orang yang berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Jika begitu, Malaysia sewajarnya memertabatkan sistem perundangan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak kepimpinan adalah terhukum sebagaimana ditetapkan dalam firman Allah (a.w) yang kita rujuk di atas. Yang jelasnya, segolongan besar umat Malaysia adalah berugama Islam, tetapi bukanlah di bawah pentadbiran Islam dalam erti kata sebenarnya. Malaysia adalah Negara yang menginstitusikan sebahagian daripada syariat Islam, tetapi tidak dari segi perundangan atau hukum-hakam Islam. Malah , Malaysia tidak mentadbirkan umat Islam sebagai sebuah Jemaah as-Sunnah. Kerana, selain al-Quran dan as-Sunnah menjadi panduan, ada amalan dan perlakuan yang sama sekali bertentangan dengan as-Sunnah. Di dalam Bab 14, Kitab ini kita telah lihat beberapa aspek perbezaan amalan umat Islam di Malaysia berbanding dengan ketetapan as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): 'Wa anzalna ilaikal-kitaba bilhaqqi musaddiqal-lima baina yadaihi minal kitabi wa-muhaiminan ‘alaihi, fahkum bainahum bima anzal Allahu, … (hingga akhir ayat) … bima kuntum fihi takh talifuna.' [Maksud: Dan telah Kami turunkan atas kamu (Muhammad (s.a.w)) kitab (al-Quran) dengan haq (kebenaran), membenarkan apa-apa yang terdahulu dari kitab-kitab (iaitu Taurat, Injil dll), dan mengawasi (menjaga) atasnya, maka menghukumlah di kalangan mereka dengan apa-apa (menurut) yang diturunkan Allah (a.w)(kepadamu), dan jangan menurut hawa nafsu (kemahuan) mereka sehingga meninggalkan kebenaran (yakni, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) yang telah diturunkan padamu. Bagi tiap-tiap ummah Aku (Allah (a.w)) telah memberikan syariat (ketetapan mengenai ugama Allah (a.w)) dan jalan (untuk mendapatkan keridaan Allah (a.w) (yakni, syurga). Dan andainya Allah (a.w) berkehendakkan dapat menjadikan kamu sekelian semuanya bersatu (yakni, satu umat yakni Islam semuanya, pasti boleh), tetapi Allah (a.w) akan menguji kamu terhadap apa yang diturunkanNya kepadamu (yakni, keimanan kamu dan ketaatan kamu). Kerana itu, berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan. Kepada Allah (a.w) kamu akan semuanya kembali, maka Allah (a.w) akan menerangkan semuanya apa-apa yang kamu perselisihkan (mengenai segala sesuatu di akhirat kelak)] [Ayat 48, Surah al-Maidah]
Yang penting diberi penekanan dalam Bab 15 Kitab ini menyentuh ayat ini adalah, jemaah Islam wajib mengggunakan hukum hakam Islam] yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Pemerintah dan institusi serta organisasi dalam pemerintahan Islam wajib menjalankan hukum hakam yang terdapat dalam syariat Islam – al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, semua hukuman tidak boleh mengikut pendapat atau kemahuan mana-mana pihak. Umat Islam telah diberikan syariat yang khusus dan diberikan petunjuk jalan ke arah mendapat keredhaan Allah (a.w), maka hendaklah berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jangan berselisihan dan berpecah menubuhkan perkumpulan berasingan dalam Islam. Kelak di akhirat kelak Allah (a.w) memberitahu mereka yang berselisihan itu kesilapan mereka, dan balasanNya terhadap perselisihan atau kesilapan mereka itu.
Firman ini juga merangkumi peringatan Allah (a.w) kepada orang Islam sendiri. Kerana begitu banyak perselisihan di kalangan umat Islam sendiri – adanya kumpulan sunnah dan adanya kumpulan syiah. Kemudian ada pula amalan kemazhaban. Kadang-kala ketetapan mazhab membatalkan ketetapan as-Sunnah dan al-Quran. Atau, pandangan mazhab mengubah as-Sunnah. Atau, ketetapan mazhab mengatasi ketetapan as-Sunnah. Di Malaysia mazhab as-Shafie adalah norma Islam bagi orang Melayu. Sesiapa yang tidak mengikuti ajaran mazhab as-Shafie dianggap tidak sah Islam mereka. Maka dengan itulah timbul amalan bahawa pengajaran syariat Islam dan peluang memegang apa-apa jawatan bersifat keugamaan perlu ditauliahkan oleh kerajaan. Tidak ditauliahkan jika mereka yang bukan berpegang kepada mazhab as-Shafie. Amalan ini adalah bertentangan dengan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yang memiliki secebis ilmu mengenai Islam hendaklah menyampaikannya kepada orang Islam lainnya. Tiada siapapun yang dibenarkan menyorokkan ilmu atau melarang dan menyulitkan orang lain mengajar dan menyebarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya. [Nota: Semua hukum hakam Islam adalah apa yang ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith), bukan terhad kepada hukum had atau hudud semata-mata, seperti hukum rejam, hukum bunuh, hukum potong tangan, tetapi termasuklah lain-lainnya, seperti balasan kepada mereka yang membunuh orang lain, hukum keluar Islam (atau murtad) dan sebagainya. Di dalam al-Quran Allah (a.w) perintahkan sesiapa yang memiliki ilmu, walaupun sekadar satu ayat al-Quran hendaklah disampaikannya dan tidak boleh disembunyaikannya. begitu juga, Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya untuk sampaikan ilmu walaupun hanya sepotong hadith. malangnya hari ini di Malaysia, hanya mereka yang ditaulaihkan sahaja dibenarkan menyampaikan ilmu. Bukankah tidak itu menyalahai ketetapan al-Quran dan as-Sunnah?]
Jazakallahu khairah