Wednesday, October 30, 2013

Kewajipan Anak terhadap kedua Ibubapanya

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini begitu kritikal keadaan persekitaran hubungan antara anak-anak dengan kedua ibubapanya. Terjadi wujudnya anak yang membunuh ibu atau bapanya atau ibu bapa membunuh anaknya. Terjadi anak dara tidak mentaati perintah dan suruhan ibu bapanya, termasuk dalam perkara pergaulan dll. Cuba kita lihat ketetapan Islam dalam perkara ini.

Berbakti Kepada Kedua Ibubapa 
 
Saudara, kita telahpun ketemui hadith ini dalam satu post sebelum ini. Namun hari ini kita ulangi sebagai memperingatkan kita, terutama yang masih ada kedua ibu bapanya di dunia, i.e. belum sampai ajal mereka. Maka bagi anak-anak yang dalam situasi sedemikian, i.e. kedua ibubapanya masih hidup, jangan lepaskan peluang, wajib diambil ingatan.
Saudara, seorang yang akui dirinya orang Islam (dan dia benar-benar beriman dan mengerjakan amalan dan ibadah yang ditetapkan Islam), pasti masuk syurga, jika dia: pertama, taatkan Allah (a.w) - ikuti akur dengan ketetapan al-Quran; kedua, taatkan Rasulallah (s.a.w) - ikuti atau akur dengan ketetapan as-Sunnah; ketiga, mentaati kepimpinan jema'ahnya (i.e. jemaah umat Islam yang formal); keempat, dia taatkan dan layani sebaik mungkin kedua ibubapanya; dan kelima, kalau seorang isteri taatkan suaminya. Keridhaan Allah (a.w) itu tertakluk (atau bergantung) kepada keridhaan kedua ibu bapa terhadap anak-anaknya. Kalau salah seorang tak ridha terhadap anaknya, walau bagaimana alimnya pun, sianak tidak akan masuk syurga!
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yang bermaksud: (Hilang hidung, yakni rompong) Amat rugilahi seorang lelaki (atau perempuan) yang (apabila) disebut nama aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku; dan amat rugilah lelaki (atau perempuan) yang masuk atasnya (yakni, datang) bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya); dan amat rugilah lelaki (atau perempuan) menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh kedua orang tuanya, yakni ibu bapanya) akandia ke dalam syurga.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
[Nota: Ada tiga perkara yang disebutkan dalam hadith ini. Pertama, ketika nama Rasulallah (s.a.w) disebut – sama ada hanya kalimah ‘Rasulallah ‘ atau ‘Nabi’ atau ‘Muhammad’, yang kita dengari secara langsung (bukan melalui media) hendaklah kita sambut dengan ucapan ‘Sallahu-‘alaihi was-sallam’. Jika tidak kita mendapat kerugian yang besar kerana tidak menghormati serta menyayangi Nabi (s.a.w). Malah kita tidak akur dengan perintah (wajib) Allah (a.w) yang menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w), dan Allah (a.w) perintahkan orang yang beriman itu supaya berselawat atas beliau (Ayat 56, Surah al-Ahzab). Kita wajib syukur kerana Rasulallah (s.a.w) yang membawakan agama Allah (a.w) kepada kita. Dialah yang mengajarkan syariat agama Allah (a.w) serta menunjukkan bagaimana hendak mengabdikan diri dengan benar kepada Allah (a.w). Mengabdikan diri bererti kerjakan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu kita, meninggalkan setiap larangan dan tegahan Allah (a.w) (dan tegahan/larangan Rasulallah (s.a.w)), tanpa pengecualian. ‘Sekuat mampu’ ertinya sedaya upaya lakukan, tapi kalau tak mampu setakat termampu.
Kedua, kita pasti rugi jika kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan ini, tidak berpuasa sebaik mungkin dengan penuh keimanan dan dengan menaruh sepenuh harapan agar kita memperolehi sebanyak mungkin pahala kerna mengerjakan ibadah yang diwajibkan itu serta mendapat pula ganjaran gandaan pahala maksimum dalam mengerjakan amalan dan ibadah sunnat yang lain, terutama amalan-amalan sunat dalam bulan Ramadhan. Kerana amalan sedemikian dalam bulan Ramadhan digandakan oleh Allah (a.w) jauh lebih banyak gandaannya dari gandaan pahala dalam bulan-bulan lain. Maka dengan itulah kita diberitahu bahawa puasa yang terbaik itu menghasilkan ganjaran pahala yang amat besar, iaitu diampunkan oleh Allah (a.w) segala dosa kita setahun yang lalu, dan kita seumpama dalam keadaan fitrah seolah-oleh sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirka oleh ibu kita. Amat rugilah kita kalau kita menemui Ramadhan, kita berpuasa, tapi kita dapat hanya kelaparan dan kehausan sematamata, takda pahala sedikitpun. Orang yang berpuasa dengan tanpa didasari oleh keimanan dan keinsafan yang tinggi, serta tidak tidak kerana mencari pahala terbanyak dari Allah (a.w), malah kekal terjerumus dalam neraka, tidak mendapat syurga. Hanya orang yang berpuasa dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala terbaik sahaja yang berjaya dibersihkan oleh Allah (a.w). Hanya dengan keimanan yang kental dan harapan yang ikhlas untuk mendapat keridaan Allah (a.w) akan menjadikan kita berjaya.
Ketiga, seorang anak, terutama anak lelaki, yang kedua ibu bapanya masih hidup, tidak mendapat syurga kerana tidak berbuat baik dan menjaga kedua ibubapanya sebaik mungkin, ketika mereka masih hidup. Berbuat baik dan melayani dengan baik kedua ibubapa itu diperintahkan oleh Allah (a.w) pada ayat-ayat berikut (semuanya perintah wajib):
(a) Ayat 83, Sura al-Baqarahanak-anak wajib berbuat baik kepada dan terhadap kedua ibubapa mereka;
(b) Ayat 23, Surah al-Isra’ sentiasa sopan, bersopan santun dan berlemah lembut ketika bercakap dengan kedua ibubapa;
(c) Ayat 24, Surah al-Isra’ merendah diri, menyayangi dan mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibubapa mereka;
(d) Ayat 8, Surah al-Ankabutberbuat baik kepada kedua ibubapa dan mentaati segala perintah dan suruhan mereka kecuali perintah yang maksiat;
(e) Ayat 15, Surah Luqmanberbuat baik kepada kedua-duanya dan mensyukuri mereka kerana telah melakukan segala sesuatu untuk kebajikan hidup kita semenjak dilahirkan;
(f) Ayat 15, Surah al-Ahqaf mentaati perintah dan suruhan kedua ibubapa;
(g) Ayat 16, Surah al-Ahqafmenghormati kedua ibubapa (melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan terhadap mereka.
Saudara, dalam al-Quran Ayat 19, Surah an-Naml Nabi Sulaiman (a.s), manusia paling hebat di dunia - superman yang sebenarnya - mempunyai kekayaan yang tidak dapat ditandingi oleh manusia mana zamanpun, berdoa kepada Allah (a.w) demi kebajikan terhadap kedua ibubapanya (bapanya Nabi Daud (a.s)), walhal bapanya adalah seorang Raja yang hebat pula zamannya.
Dalam as-Sunnah lebih banyak lagi perincian perilaku yang diwajibkan atas anak-anak terhadap kedua ibubapa mereka. [Nota: Nabi Daud (a,s) adalah raja yang hebat - tidak menggunakan wang negara untuk menyara dirinya dan keluarganya walaupun dia mempunyai 100 orang isteri, menyara dirinya dengan keringatnya sendiri membentuk/menganyam baju besi yang dijualnya untuk menyara hidup. Separuh dari hasil jualan kerja tangannya pula disedekahkan dan separuh digunakannya. Amalan harian Nabi Daud (a.s) terkenal dan disukai oleh Allah (a.w). Dia tidur separuh malam, berjaga beramal 1/3 malam dan tidur semula 1/6 malam, dan dia berpuasa selang sehari (Puasa Nabi Daud).]
Allah (a.w) memberitahu seseorang yang akui dirinya beriman, jika tidak mensyukuri orang lain yang membuat baik terhadapnya, dianggap tidak mensyukuri Allah (a.w). Kalau orang tersebut adalah kedua ibubapanya, maka Allah (a.w) tetapkan bahawa si anak itu tidak mensyukuriNya. Orang yang tidak mensyukuri kebaikan kedua ibubapanya dikira tidak beriman. Maka di akhirat tempatnya bukanlah syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak atas keridhaan kedua-dua ibubapa anak. Kalaupun si anak itu orang ‘alim dan ahli ibadah, tak berdosa terhadap Allah (a.w) pun', kalau kedua-dua ibu bapa atau salah seorang dari mereka tak ridha atau menaruh rasa tidak puas hati terhadap layanan anak-anaknya, maka Allah (a.w) tidak ridha terhadap si anak itu. Keridhaan Allah (a.w) itu terletak atas keridhaan kedua ibubapa kepada si anak. Tidak akan dapat syurga seorang anak yang kedua ibubapanya atau salah seorang ibubapanya tidak ridha terhadapnya.
Keridhaan Allah (a.w) adalah tiket atau paspot mendapatkan syurga. Kemurkaan Allah (a.w) itu adalah syarat mutlak menempatkan seseorang itu ke dalam neraka. Jika murka keduanya, atau salah seorang dari kedua-dua ibubapanya, maka Allah (a.w) juga akan murka. Jika Allah (a.w) murka pasti si anak tak dapat syurga. Justeru itu, bagi kita yang masih ada kedua ibu bapa hendaklah melayani serta melakukan segala sesuatu yang terbaik, yang menyukai hati mereka dan mereka ridha terhadap kita, supaya Allah (a.w) memasukkan kita, sebagai anak, ke dalam syurga. Mereka yang dilayan sedemikian itu akan merasa ridha dan melimpahkan kasih sayang mereka terhadap kita sebagai anak mereka, dan berdoa kepada Allah (a.w) agar kita, sebagai anak, dirahmati di dunia dan selamat di akhirat. Justeru itu, apabila kedua ibu bapa kita meridhai kita dan kerana keridhaan mereka itu, Allah (a.w) meridhai kita.
Di dalam al-Hadith, Rasulallah (s.a.w) menceritakan peristiwa Nabi Sulaiman (a.s) berjumpa dengan seorang iman di kalangan Bani Israil zaman Musa (a.s). Dia ternampak suatu binaan seumpama pintu gerbang di dalam laut. Maka disuruhnya jin Ifrit (jin yang paling alim zamannya) untuk timbulkan binaan tersebut. Jin tersebut tak dapat menimbulkannya. Disuruh orang alim zamannya timbulkan, maka dapat ditimbulkan. Kemudian tak boleh dibuka. Maka Nabi Sulaiman (a.s) berdoa kepada Allah (a.w) supaya dibuka pintunya. Ketika dibuka terlihat seorang pemuda sedang beribadah. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman (a.s) apakah sebabnya dia berada di dalam binaan tersebut. Diberitahu oleh pemuda itu bahawa suatu hari dia berenang maka tenggelam dan bila dia sedar di dapati dirinya berada dalam binaan tersebut. Nabi Sulaiman (a.s) hairan sekian lama pemuda itu masih hidup tapa bekalan. Apabila dibuka pintunya maka dilihat oleh Nabi Sulaiman (a.s) permandangan suatu taman yang amat mengkagumkan. Dalam taman itu terdapat pelbagai buah-buahan dan makanan. Pemuda itu makan apa saja yang dikehendaki oleh hatinya. Rupanya sebuah taman di antara sekian banyaknya taman-taman syurga. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman (a.s) apakah amalan pemuda itu ketika di dunia yang menyebabkan dia mendapat anugerah Allah (a.w) sedemikian itu. Maka diberitahu oleh pemuda itu bahawa tak banyak amalanpun, kecuali semasa kedua ibubapanya masih hidup, dia bekerja mencari sara hidup sehari-harian. Apa-apa yang diperolehinya diberinya 1/3 hasil kerjanya (yakni, pendapatannya) kepada ibubapanya, 1/3 lagi disedekahkannya kepada fakir miskin dan 1/3 bakinya digunakannya untuk menyara dirinya sendiri. Demikianlah dilakukannya sehinggalah meninggal kedua ibubapanya.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat begitu besarnya ganjaran Allah (a.w) terhadap anak yang sentiasa mengagungkan dan membela kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup. Pemuda ini diberikan nikmat syurga ketika dunia masih belum kiamat. Dan dia hidup dalam alam ghaib tersebut sehinggalah kiamat dunia, diberikan gajanran syurga, sebelum kiamat dunia!]. 

Jazakallahu khairah

1 comment: