Wednesday, October 30, 2013

Peringatan: Dalam Islam jangan nombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam zaman maya ini, orang Islam sendiri terikut-ikut dengan amalan arus perdana mansuia sejagat - mencari lmu melalui pusat-pusat pengajian akademik ala-Barat (spt universiti, kolej dll) atau membaca kitab dan buku karangan orang yang dikatakan 'ulama' dan ilmuwan yang memiliki iajazah dan sijil yang formal (spt Ph B, Sarjana dan BA), dan melayri internet untuk dapatkan ilmu mengenai Islam. Walhal, dalam Islam itu sumber imu yang ditamakan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah al-Quran dan as-Sunnah, dan sistem serta kaedah mendapatkan ilmu tersebut sudah ditetapkan iaitu belajar secara berdepan dengan guru yang faham yang juga menerika ilmunya mengikut kaedah yang sama - mangkul, musnad dan muttasil. Jika tidak cara itu maka kita menombor-duaan al-Quran dan as-Sunnah dan menombor satukan kitab atau tulisan atau karangan mansuia, Maka kita terjebak ke dalam mereka yang disebutkan dalam hadith-hadith berikut:

Keutamaan al-Quran dan as-Sunnah Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan semua kalam (i.e. kitab-kitab karangan manusia) sebagaimana keutamaan Allah (a.w) mengalahkan makhluknya.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran]
[Nota: Dalam hadith Allah (a.w) memberitahu bahawa manusia itu wajib utamakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan panduan beragama. janganlah direndahkan taraf al-Quran dan as-Sunnah dan ditinggikan atau dimuliakan kitab-kitab karangan manusia. Hadith ini menghukumkan bahawa sesiapa yang mengutamakan sebagai panduan ilmu dan panduan hidupnya kepada kitab-kitab atau buku-buku atau risalah karangan manusia – ulama’ sekalipun – dan tidak mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah, dalam perkara agama dan ilmu mengenai agama, telah menyalahi ketetapan ini. Mereka telah menombor-duakan apa yang sewajibnya dinombor-satukan, kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Al-Quran itu kalimah Allah (a.w), petunjuk kepada jalan lurus ke syurga, yang diwahyukan kepada Muhammad (s.a.w) atau di sampaikan oleh malaikat Jibril (a.s). As-Sunnah atau al-Hikmah itu adalah juga wahyu dari Allah (a.w), sama ada melalui ilham atau mimpi yang benar ataupun melalui pengajaran secara berdepan oleh Jibril (a.s) yang bertemu dengan Rasulallah (s.a.w) dari masa ke semasa membawakan, memangqulkan atau mengajarkan ayat-ayat al-Quran dan menunjukkan praktikal sesuatu amalan, maka as-Sunnah juga adalah sebaik-baik panduan manusia. Maka dengan itulah sebagai seorang Islam wajib atasnya menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum melihat ketetapan manusia mengenai sesuatu. Ilmu yang sempurna tentang Islam dan perincian syariat dan tuntutannya adalah as-Sunnah atau al-Hadith. Justeru itu, tiada siapa yang lebih sempurna ilmunya mengenai Islam kecuailah Rasulallah (s.a.w). Maka dngan itu ketetapan as-Sunnah sewajarnyalah mengalahkan ketetapan atau buah fikiran manusia, bukan sebaliknya.
Malah dalam perkara Islam dan syariatnya, umat Islam itu diwajibkan taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan taakan ‘ulil amri’ (i.e. orang yang diangkat umat/jema’ah umat Islam sebagai pemimpin dan ulama’). Namun, ketaatan terhadap ‘ulil amri’ (= imam/kepimpinan dan para ulama’) itu tidak mutlak. Keraa Allah (a.w) memerintahkan umat Islam bahawa jika wujud perselisihan faham atau pertelingkahan dalam sesuatu perkara berkaitan dengan ketetapan atau perintah atau ijtihad ‘ulil amri’, maka umat Islam, termasuk ‘ulil amri’, hendaklah kembali kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebelum melakukan sesuatu untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian yang pasti – Ayat 59, Surah an-Nisa’. Justeru itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketetapan atau perintah keImaman (=Imam) itu wajib didengarkan dan wajib juga dipatuhi selagi perintah atau suruhan atau ijtihad Imam itu tidak bersifat maksiat (=sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith). Maka dengan itu umat Islam tidak sekali-kali boleh menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara Islam sama ada dari segi aqidah dan muamalah dan apa juga menyentuh kehidupan orang iman.]
Jangan Meremehkan Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah 
 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu serta faham isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yang telah diberikan sesuatu (kitab ciptaan manusia) yang lebih utama daripadanya (i.e. lebih utama dari al-Quran dan as-Sunnah) yang telah diberikan kepadanya (yakni, al-Quran dan as-Sunnah), maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yang diremehkan (atau, diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan (atau merendahkan) sesuatu yang telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yang terbaik dan sebaik-baik panduan dan petunjuk (i.e. hidayah), maka wajib bagi manusia, terutama yang Islam itu, berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara agama, termasuk dalam perkara menyentuh bentuk ibadah dan cara serta kaedah mengamalnya yang ditetapkan oleh Islam. Sebaik-baik petunjuk (atau hidayah) itu adalah hidayah Rasulallah (s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)). Justru itu petunjuk yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah hidayah atau petunjuk yang terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat dari neraka). Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah model atau contoh atau idola yang sewajibnya bagi orang Islam. Hadith berikut menjelaskan hakikat ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau ugama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara (ibadat) itu adalah pembaharuan kepada pekara (ibadat). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (ibadah) itu adalah bid’ah. Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith ini bersambung](Hadith Ibnu Majah).
Jelaslah adalah tidak wajar bagi seorang Islam yang beriman itu, mengutamakan kitab-kitab atau buku-buku atau apa jua media ilmu mengatasi atau mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah. Orang yang mengutamakan panduan kitab atau buku karangan manusia, meningalkan atau mengabaikan al-Quran dan al-Hadith adalah tergolong daripada orang yang merendahkan apa yang diagungkan oleh Allah (a.w), dan mengagungkan kalam manusia, meremehkan kalam Allah (a.w), i.e. al-Quran, dan wahyu Allah (a.w), i.e. as-Sunnah.
Contoh orang yang meremehkan al-Quran dan as-Sunnah adalah orang yang menyakini wujudnya 'bid’ah hasanah’ dan meragui as-Sunnah. Kerana Rasulallah (s.a.w) melarang umatnya dari mengamalkan pembaharuan dalam perkara agama = bid’ah, namun mereka berkeras mengatakan wujudnya ‘bid’ah hasanah’ (bid’ah yang baik), walhal Rasulallah (s.a.w) menghukumi bahawa kesemua atau setiap satu bid’ah adalah kesesatan, kesesatan menjerumuskan pengamalkan ke dalam neraka. Tapi mereka berkeras. Jelaslah mereka telah menolak ketetapan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wama arsalna min rasulin illa liyuto’a bi-iznillahi.’ (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) utuskan seorang Rasul kecuali supaya ditaati dengan izin Allah (a.w)…’) [Ayat 64, Surah an-Nisa’]. Dan, di dalam ayat al-Quran berikut pula:
Firman Allah (a.w): ‘Man (-ai) yuti’ir rasula faqad ata’allaha ....’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w) maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah (a.w)…) [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Firman Allah (a.w) di atas itu adalah nas dan dalil yang menunjukkan bahawa wajib bagi orang Islam itu berpandukan as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w). Perintah tersebut diperkuatkan lagi di dalam firman Allah (a.w) dalam ayat al-Quran berikut, bahawa Rasulallah (s.a.w) itu diutuskan oleh Allah (a.w) untuk ditaati atau dipatuhi. Justeru itu, counter factualnya adalah, jika kita tidak taatkan Raulallah (s.a.w) sudah pastilah dia tidak taatkan Allah (a.w). Kita yang Islam tidak ada pilihan hanyalah: pertama, taatkan Allah (a.w), dan kedua, taatkan Rasulallah (s.a.w). Tidak boleh, apabila telah diperintah atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w), kita membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu, kemudian kita mendengar pula suruhan dan pendapat manusia, maka kita tolak perintah dan suruhan atau ketetapan Rasulallah (s.a.w)! Jika kita berbuat sedemikian, sudah pasti kita orang yang ‘fasiq’, yakni engkar. Engkarkan Rasulallah (s.a.w) bererti kita engkarkan Allah (a.w). Engkarkan Allah (a.w), mengikut firman Allah (a.w), kita pasti masuk ke neraka.]
Saudara, insya Allah dalam post yang akan datang kita akan lihat beberapa ketetapan Allah (a.w) mengenai isu yang sama dan isu-siu seumpamanya dalam Surat Toha, semoga kita diperingatkan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment