Monday, October 14, 2013

Amalan Utama bulan Zulhijjah

Assalamualaikum, 
Saudara hari ini adalah hari yang orang iman itu pasti mengerjakan suatu puasa sunat yang amat afdhal dari segi ganjaran akhirat seorang yang Islam, iaitu Puasa Hari Arafah. Sesiapa yang berpuasa sehari hari ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah (a.w), maka dosa-dosanya setahun yang lalu dan dosa-dosanya setahun akan datang diampunkan Allah (a.w). Tapi, dengan syarat dia tidaklah dengan sengaja pada tahun depan - selepas Aidil Adha melakukan dosa dengan sengaja! Ingatlah seorang yang tebal imannya dan tinggi ketaqwaannya pasti melalukan dosa - yang tidak disengajakan olehnya - sehari minima sebanyak 2,500 jenis dosa (dosa kecil) (al-Hadith). Itu orang yang tinggi ketaqwaannya dan terbaik imannya. Kita tidak memiliki ketaqwaan dan keimanan yang mantap sedemikian itu. Maka pastilah dika melakukan dosa yang jauh lebih banyak. Maka dengan Puasa Arafah itu dosa-dosa yang terkumpul setahun lalu - 2,500 x 365 hari dan dosa-dosa yang akan dikumpulkan pula tahun depan menjelang 9 Zulhijjah 1436 sejumlah minima 2,500 x 365 hari akan terhakis pula! Alangkah untungnya orang yang berpuasa hari ini!
Saudara, esok adalah Hari Raya Haji atau Aidil Adha atau Hari Raya Kurban. Amalan menyembelih kurban itu mendatangkan pahala yang amat banyak kepada orang yang mengamalkannya, dengan syarat dia berkurban semata-mata kerana mencari keridhaan Allah (a.w) dan bersyukur dia terhadap rezki yang diterimanya sehingga kini. Banyaknya pahala yang diperolehi itu adalah sebanyak bulu yang tumbuh di badan haiwan kurban tersebut - bulu kasar dicampur bulu halusnya. Kita telahpun diberitahu dalam hadith sebelum ini, pahala kurban itu sampai kepada Allah (a.w) sebelumpun darah haiwan kurban itu jatuh ke bumi. Cepat sekali pahalanya kita terima yang disetor atau tersimpan di sisi Allah (a.w), yang akan kita terima di akhirat kelak! Kita juga tahu bahawa amalan menyembelih kurban itu memberikan dari segi kualiti pahala yang melebihi pahala orang yang berjihad. Pahala yang diperolehi oleh orang yang berkurban itu hanya dilebihi atau diatasi oleh pahala seorang yang keluar berjihad fi sabilillah bersama-membawa semua hartanya dan hartanya habis dibelanjakan, dan hanya myatnya kembali ke kampung halamannya sahaja. Jikalah begitu banyaknya pahala yang diperolehi, mengapakah tak ramai orang yang akui dirinya Islam menyembelih kurban? Pastilah antara sebabnya ramainya orang Islam yang terkeliru apabila menjadi ijtihad para ulama' arus perdana bahawa seekor unta itu hanya boleh dikongsikan oleh 10 orang, seekor lembu/sapi dikongsi oleh hanya 7 orang dan seekor kambing oleh seorang! Maka, orang iman yang ingin berkurban tetapi tidak berwang, atau perlu menyimpan wang lama baru boleh mengerjakannya, menyulitkan amalan terebut berleluasa di kalangan umat Islam di Malaysia. Walhal, tiada ketetapan al-Quran ataupun as-Sunnah yang menghadkan atau tidak membolehkan perkongsian yang lebih! Atau, mungkinkah ramai orang Islam yang kikir atau bakhil atau kedekut, tak sanggup mengeluarkan wang demi agamanya? Demi akhiratnya?
Saudara, orang yang kikir atau kedekut atau bakhil itu diancam siksaan yang berat oleh Allah (a.w) di dalam al-Quran. Malah semua orang akan ditanya sebelum melangkah dari kuburnya untuk berhimpun di padang makhsyar setelah kiamat kelak tentang, antara lain, hartanya (i.e. kekayaannya atau wang ringgitnya) bagaimana didapati, digunakan untuk apa, bagaimana dihabiskan dll). Tambahan pula Allah (a.w) memberitahu bahawa janganlah orang iman itu fikirkan yang kebakhilan itu baik bagi kebajikan akhiratnya, malah buruk dan bahaya baginya di akhirat kelak - Ayat 9, Surah al-Munafiqun, Ayat 11, Surah Sof, dll.
Saudara, hari ini begitu ramai pula orang yang berada di Malaysia menyebelih kurban di negara-negara luar seperti di Viet Nam, di negeri-negeri Afrika, di Myanmar, di Kemboja dan seumpamanya. Kononnya mendapat pahala dan keberkatan yang lebih! Walhal tiada ketetapan Islam sedemikian. Di negara sendiri begitu ramai orang Islam dan begitu banyak kampung di daerah-daerah pendalaman yang penduduk Islamnya jarang-jarang dapat makan daging dan dalam keadaan dhaif. Adakah berkurban di negara-negara asing itu mendapat lebih banyak pahala dari negara sendiri? Yang lebih afdhal adalah kebajikan orang yang lebih hampir dengan kita - jiran tetangga, jiran kampung, jiran mukim, jiran daerah dan jiran senegara. Tidak ada pahala yang lebih diperolehi kerana mengerjakan kurban di negara asing. Yang mungkin ada dikurbankan di Malaysia bila terlebih dagingnya dihantarkan kepada masyarakat atau negara Islam yang lain.

Jazakallah khairah

No comments:

Post a Comment