Assalamualaikum,
Saudara, seseorang yang akui dirinya Islam wajib dia menyempatkan waktu bukan sahaja belajar ilmu supaya dia benar-benar faham tuntutan Islam dan bagaimana mengamalkannya, tetapi sewajibnya dia membuktikan kesyukurannya kerana diberi Allah (a.w) nikmat yang tidak ternilai. Berapakah nilai nyawa? Berapakah nilai nikmat diberi sistem yang boleh melancarkan pernafasan kita, semua panca indera kita berfungsi dengan baik? Namun, manusia itu sering melupakan nikmat yang diberikan Allah (a.w). Lebih teruk lagi, orang Islam yang tidakpun melapangkan masa membaca dan memahami ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, memandu dirinya dalam agama dengan panduan yang haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya menjadikan kitab-kitab karangan manusia dalam perkara agama.
Sadara, seseorang Islam yang mengutamakan pendapat dan fikiran manusia dan mengabaikan kitab al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah adalah tergolong dalam kalangan mereka yang disebutkan dalam hadith di bawah ini.
Keutamaan al-Quran dan as-Sunnah

Saudara, janganlah kita digam oleh Allah (a.w) bahawa kita utamakan manusia berbanding dengan ketetapan Allah (a.w). Sebagai seorang Islam yang akui beriman dengan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w), dan mengharapkan, apakala tamat usia, tidak disiksa dalam kubur dan terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Justeru itu, wajib bagi seseorang Islam itu menyediakan dirinya secara yang terbaik dan benar dalam beragama.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan semua kalam (i.e. kitab-kitab karangan manusia) sebagaimana keutamaan Allah (a.w) mengalahkan makhluknya.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran]
[Nota: Dalam hadith Allah (a.w) memberitahu bahawa manusia itu wajib utamakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan panduan beragama. janganlah direndahkan taraf al-Quran dan as-Sunnah dan ditinggikan atau dimuliakan kitab-kitab karangan manusia. Hadith ini menghukumkan bahawa sesiapa yang mengutamakan sebagai panduan ilmu dan panduan hidupnya kepada kitab-kitab atau buku-buku atau risalah karangan manusia – ulama’ sekalipun – dan tidak mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah, dalam perkara agama dan ilmu mengenai agama, telah menyalahi ketetapan ini. Mereka telah menombor-duakan apa yang sewajibnya dinombor-satukan, kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Al-Quran itu kalimah Allah (a.w), petunjuk kepada jalan lurus ke syurga, yang diwahyukan kepada Muhammad (s.a.w) atau di sampaikan oleh malaikat Jibril (a.s). As-Sunnah atau al-Hikmah itu adalah juga wahyu dari Allah (a.w), sama ada melalui ilham atau mimpi yang benar ataupun melalui pengajaran secara berdepan oleh Jibril (a.s) yang bertemu dengan Rasulallah (s.a.w) dari masa ke semasa membawakan, memangqulkan atau mengajarkan ayat-ayat al-Quran dan menunjukkan praktikal sesuatu amalan, maka as-Sunnah juga adalah sebaik-baik panduan manusia. Maka dengan itulah sebagai seorang Islam wajib atasnya menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah. Ilmu yang sempurna tentang Islam dan perincian syariat dan tuntutannya adalah as-Sunnah atau al-Hadith. Justeru itu, tiada siapa yang lebih sempurna ilmunya mengenai Islam kecuailah Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu ketetapan as-Sunnah sewajarnyalah mengalahkan ketetapan atau buah fikiran manusia, bukan sebaliknya. Ketetapan manusia melibatkan amalan dan ibadah tidak boleh dijadikan sandaran mengamalkannya kecualilah selari dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Malah dalam perkara Islam dan syariatnya, umat Islam itu diwajibkan taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan taakan ‘ulil amri’ (i.e. orang yang diangkat umat/jema’ah umat Islam sebagai pemimpin dan ulama’). Namun, ketaatan terhadap ‘ulil amri’ (= imam/kepimpinan dan para ulama’) itu tidak mutlak. Keraa Allah (a.w) memerintahkan umat Islam bahawa jika wujud perselisihan faham atau pertelingkahan dalam sesuatu perkara berkaitan dengan ketetapan atau perintah atau ijtihad ‘ulil amri’, maka umat Islam, termasuk ‘ulil amri’, hendaklah kembali kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebelum melakukan sesuatu untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian yang pasti – Ayat 59, Surah an-Nisa’. Justeru itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketetapan atau perintah keImaman (=Imam) itu wajib didengarkan dan wajib juga dipatuhi selagi perintah atau suruhan atau ijtihad Imam itu tidak bersifat maksiat (=sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith). Maka dengan itu umat Islam tidak sekali-kali boleh menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara Islam sama ada dari segi aqidah dan muamalah dan apa juga menyentuh kehidupan orang iman.]
No comments:
Post a Comment