Wednesday, October 30, 2013

Peringatan: Jangan jadi orang yang ... (Samb)

Assalaualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telah tahu bahawa dalam perkara Islam - terutama memahami aqidah dan syariatnya serta tuntutnnya - janganlah kita utamakan kitab-kitab atau buku-buku ataupu perisian dalam laman web. Kita wajib mengaji ilmu mengenai Islam itu melalui sumbernya dan panduannya yang haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita diperingatkan janganlah remehkan al-Quran dan as-Sunnah, kerana majoriti umat Islam belajar mengenai agamanya dari warisan turun temurun nenek moyang mereka atau melalui suber-sumber selain al-Quran dan as-Sunnah. Malah terdapat pula orang yang lmunya tidak sebanyak mana pula tetapi diberi kuasa membuat dasar dan ketetapan yang menghalang penyampaian ilmu yang haq dari al-Quran dan as-Sunnah, melalui pelbagai sekatan.
Saudara, menyambung kembali penelitian kita mengenai tajuk di atas itu, kita lihat firman Allah (a.w) dalam Surah Toha.

Buta di Akhirat- Ketetapan Allah (a.w) dalam Surah Toha

Firman Allah (a.w): ‘Maka jika datang kepadamu dariKu (Allah) petunjuk (atau hidayah), maka barangsiapa mengikuti hidayah itu tidak akan sesat dan tidak merasa susah (di akhirat, maksudnya mendapat syurga terselamat dari neraka) - Ayat 123, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Dan barangsiapa berpaling dari (i.e. tidak mahu terima) peringatanKu (Allah) maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sulit (ketika di dunia dan di akhirat) dan Kami (Allah) akan bangkitkan dia di hari kiamat (dalam keadaan) buta - Ayat 124, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Berkata dia (yang dibangkitkan buta): ‘Wahai Tuhan kami! Mengapa kami dibangkitkan dalam keadaan buta, dan sungguh-sungguh adapun kami dulu (semasa di dunia) boleh melihat?’ - Ayat 125, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Berfirman Allah (a.w): ‘Demikianlah bagi kamu (balasan)! Didatangkan kepada kamu tanda-tanda (i.e. bukti dari Allah (a.w) sebagai panduan, peringatan – kerjakan apa yang disuruh dan jauhi yang ditegah dan ambil pengajaran dari kisah-kisah al-Quran dan as-Sunnah), kamu tidak pedulikan (i.e. tak ambil kisah), dan demikianlah hari ini kamu tidak dipedulikan - Ayat 126, Surah Toha
Firman Allah (a.w): Dan demikianlah balasan orang yang melupakan (yakni, lupakan) Allah (a.w) dan tidak beriman dengan (i.e. tak terima) ayat-ayat Kami (Allah) (i.e. tidak menerima kesemua atau sebahagian al-Quran dan as-Sunnah), dan bagi mereka azab akhirat yang tersangat (siksanya) dan kekal.’ - Ayat 127, Surah Toha.
[Nota: ‘Beriman’ bermaksud mempercayai/yakin dengan kebenaran al-Quran dan as-Sunnah dan segala sesuatu di dalamnya,  termasuk meyakini bahawa kesemua cerita yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah benar telah berlaku dan akan berlaku. Bermula dengan kehidupan Adam (a.s), lelaki pertama, dan Hawa (a.s), wanita pertama, diturunkan ke dunia kerana kesalahan mereka melanggar perintah/ketetaan Allah (a.w) supaya jangan hampiri pokok khuldi (pokok kekal) dalam syurga itu, maka Allah (a.w) menurunkan mereka ke dunia, kerana tidak lagi layak tinggal/menetap dalam syurga.Justru itu, ketika Adam (a.w) diturunkan ke dunia, belia dan anak serta cucu cicitnya diberitahu bahawa dari masa ke semasa Allah (a.w) akan utuskan orang-orang yang akan memberi petunjuk dan memimbing mereka ke arah mengamalkan agama Allah (a.w) (i.e. Islam). Sesiapa yang ikuti ajakan para rasul dan nabi tersebut, pasti akan dapat kembali ke syurga, dan sesiapa yang tak mahu - tidak Islam dan orang Islam yang tak terima sebahagian ketetapan Islam - akan masuk neraka, tak dapat syurga. Inilah mesej dalam ayat berikut.
Dalam Ayat 123, Surah Toha ini, Allah (a.w) memberitahu generasi manusia kemudiannya bahawa Allah (a.w) akan menghantarkan (i.e. melantik) utusan (i.e. para rasul dan nabi) untuk memberi peringatan kepada manusia tentang tanggungjawab mereka terhadap Allah (a.w) dan supaya tidak terpengaruh oleh pujukan syaitan. Bersekali dengan utusan tersebut, diturunkan juga Kitab-kitab Allah (a.w) (spt Zabur, Suhuf, Taurat, Injil dan al-Quran) manusia yang ingin mengikuti bimbingan dan pimpinan para utusan, maka mereka mendapat hidayah. Kalau mereka ikuti peringatan para Rasul tersebut, maka mereka mendapat hidayah (i.e. petunjuk) dan mereka tidak akan sesat dalam beragama - menetapi perintah dan larangan Allah (a.w). Maka mereka tidak sesat dan berjaya mendapat kesejahteraan akhirat – syurga.
Sebaliknya, Allah (a.w) memperingatkan manusia pada Ayat 124, sesiapa yang diberi peringatan, tetapi berpaling, yakni tak mahu terima atau menolaknya (termasuklah sesiapa yang diberitahu bahawa syariat Islam yang haq itu adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah dan berjema’ah), maka Allah (a.w) akan menjadikan kehidupannya di dunia sempit (yakni, sentiasa merasa tak cukup dan fakir di dunia, tidak tenteram dan tidak merasa tenang, senang atau bahagia), dan di akhirat dibangkitkan dalam keadaan buta. Di dunia tak mahu melihat (bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah) atau menerima kebenaran yang diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (atau diberitahu oleh orang-orang yang menyampaikan risalah agama Allah), maka di akhirat tak patut dapat melihat kebenaran dan realiti akhirat. Ahli syurga tidak cacat. Maka dengan itu orang yang sedemikian itu (dibangkitkan di akhirat berkeadaan buta) adalah ahli neraka. Oleh kerana mereka lupakan perintah dan suruhan Allah (a.w) (dan RasulNya), maka di akhirat mereka pula tidak diendahkan – mereka dilupakan oleh Allah (a.w). Mereka adalah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.]

Al-Quran itu Pedoman dan Kerahmatan

Saudara, Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa 'siratul mustaqim' yang kita pinta 17 kali sehari itu adalah al-Quran (dan as-Sunnah).
Firman Allah (a.w): ‘Haza basoiru linnasi wa-hudan wa-rahmatun (-ul) li-qaumi yuqinuna.’ (Yang bermaksud: Ini (al-Quran) pemandangan/pedoman bagi manusia dan petunjuk dan kerahmatan bagi kaum yang yakin dia (i.e. beriman dan bertaqwa tentang akhirat) – Ayat 20, Surah al-Jathiyah 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment