Tuesday, October 8, 2013

Haji dan Umrah: Bagaimana ...? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang topik atau tajuk ini selanjutnya. Dalam post yang lalu kita telah sebutkan bahawa apakala telah diniatkan untuk mengerjakan umrah atu haji dan telahpun memakai ikhram, maka berkuat-kuasalah pantang larang berikhram itu sehinggalah selesai umrah atau haji. Dalam post sebelum ini kita diberitahu bahawa kifarah melanggar satu pantang larang berikhram adalah berpuasa 3 hari atau memberi makan 6 orang orang miskin atau menyembelih seekor kibas/kambing. Jenis denda ifarahnya bergantung kepada 'kesalahan' atau 'pelanggaran' dalam ikram tersebut. Yang paling ringan adalah pusa 3 hari atau memberi makan 6 orang miskin. Yang berat sedikit adalah menyembelih atau bersedekah seekor kambing. Yang paling berat adalah menyembelih sekor unta bagi suami dan isteri yang melakukan hubungan kelamin ketika masih berikhram, i.e. belum selesai umrah atau hajinya.

Ibadah Umrah

Saudara, ibadah umrah dan ibadah haji adalah berbeza. Umrah itu mudah dan cepat boleh selesai. Umrah itu melibatkan rukun dan pekerjaan berikut selepas memasang ikhram dan berniat dan meafazkankan niatnya di miqat. Pertama, memakai ikhram dan berniat di miqat; kedua, mengerjakan Tawaf mengelilingi Ka'abah tujuh pusingan; ketiga, soat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim; keempat, sa'i berjalan dari Bukit Sofa ke Bukit Marwah dan kembali semula ke Bukit Sofa, dan akhirnya 7 kali pusingan itu tamat di Bukat Marwah; dan kelima, berTahlul atau bercukur setelah selesai Sa'i 7 pusingan itu. Selesai pekerjaan sedemikian maka dapatlah satu umrah. Setelah tahlul maka gugurlah pantang larang ikhram.

Ibadah Haji

Saudara, ibadah haji itu lebih sulit dan mempunyai rukun yang lebih banyak dan berbagai. Haji itu melibatkan Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) mengelilingi Baitulllah/Ka'abah setelah melontar jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, Sa'i antara Bukit Sofa dan Marwah, Wukuf di Arafah, Mabit (berhenti sebentar) di Muzdalifah; bermalam di Mina untuk melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, dan ketiga-tiga jamrah -Ula, Wusta dan Aqabah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (hari-hari Tasyrik). Ada dua tahlul, iaitu Tahlul Awal setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhihhah, dan Tahlul Thani/Akhir setelah selesai melontar ketiga-kita jamrah pada 13 Zulhijjah, atau pada 12 Zulhijjah bagi orang yang melalukan Nafar Awal. Nafar Awal itu adalah perbuatan meninggalkan bumi Mina sebelum masuk waktu Asar pada 12 Zulhijjah setelah dua hari melontar ketiga-tiga jamrah, mengerjakan Tawaf Ifadah dan Sai. Orang yang Nafar Awal ini meontar ketiga-tiga jamrah hanyalah dua hari sahaja.dia berTahlul Thani lebih awal, maka selesai pantang larang ikhram awal sehari.
Saudara, dalam dua ibadah itu, Tawaf dan Sa'i adalah rukun yang sama untuk kedua-duanya. Cuba kita teliti perlakuan Tawaf itu, supaya kita lebih faham.

Tawaf Mengelilingi Kaabah (Wajib dan Rukun Haji dan Umrah)

Saudara, tawaf itu mengililingi Ka’abah sebanyak tujuh (7) kali bermula dari sudut Rukun (Sudut) Hajar Aswad berjalan mengeliligi Ka'abah/Baitullah 'counter clockwise' (kanan ke kiri) sampai kembali ke Rukun Hajar Aswad, iaitu dikira satu pusingan. Ketika hendak memulakan Tawaf, pusingan pertama, memandang ke Arah Hajar Aswad, menciumnya atau mengusapnya atau kalau tak boleh, beristilam (melambaikan tangan kanan) sambil menyebut kalimah ‘Bismillahi, Allahu Akbar’, kemudian mengucup tangan, dan teruskan berjalan. Bagi orang yang mengerjakan Tawaf Kudum (= Tawaf Selamat Datang) pusingan keliling yang pertama hingga ketiga, hendaklah berlari-lari anak sampai ke Sudut/Rukun Yamani, sambil membaca sebanyak mungkin Tasbih ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’ kemudian baca ‘wala haula wala quata illa billahi' apabila dari Rukun Yamani (i.e. Sudut ketiga), mengusap Rukun Yamani tersebut atau beristilam dengan menyebut semula kalimah 'Bismillah, Allahu Akbar' pula, kemudian teruskan berjalan kaki sampai ke Rukun Hajar Aswad kembali. Sampai ke Rukun Hajar Aswad berjalan kaki seperti biasa, sambil membaca doa ‘Allahumma inni as-alukal ‘afwa wal-afiata fid dunya wal-akhirati. Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina ‘azabannar’ sebanyak mungkin pula. Ketika sampai ke Rukun Hajar Aswad kita mengucupnya atau mengusapnya atau beristilam sambil menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar', dan memulakan pusingan ke-2nya pula. Demikianlah sehingga selesai 7 pusingan. Kelilingi Ka’abah sebanyak tujuh kali. Dan, ketika sampai ke Rukun Hajar Aswad maka usaplah Rukun itu (atau, beristilam, yakni melambaikan tangan kanan ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’.
Setelah selesai Tawaf mengelilingi Baitullah/Ka'abah 7 pusingan, kita beredar menuju ke belakang bertentangan dengan Makam Ibrahim sambil membaca: 'A’uzubillahi minasy-syaitanir rajim, Bismillahi rahmanir rahim'. Baca pula ‘Wattakhizu min maqamii ibrahima musallah' (Yang bermaksud: Dan jadikanlah Makam Ibrahim tempat kamu bersolat) - Sebahagian Ayat 125, Surah al-Baqarah. Kemudian kita carilah suatu tempat yang lapang bersetentangan dengan Multazam dan di belakang Makam Ibrahim untuk solat sunat dua rakaat. 
 Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a): ‘Apabila Tawaf beliau berlari-lari anak pada tiga pusingan yang mula dan berjalan biasa pada empat pusingan yang kemudiannyal demikianlah juga beliau mengerjakan Sai iaitu pada tempat-tempat tertentu (iaitu di kawasan lampu hijau sekarang ini) antara Safa dan Marwah (berlari anak-anak).’ [Hadith Muslim]
Begitulah dilakukan semasa mengelilingi Kaabah tujuh kali. Apabila sampai ke dua rukun iaitu Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad mengusapnya atau, jika tidak dapat, beristilam, yakni, melambai kepadanya sebagai isyarat sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Aku tidak pernah melalui sudut Yamani dan Hajar Aswad kecuali memberi isyarat dengan tangan (yakni, beristilam) semasa Tawaf pada waktu lapang atau sempit, sejak aku melihat Rasulallah (s.a.w) berbuat sedemikian.’ [Hadith Muslim]
Hadith di atas menyebutkan perlakuan Rasulallah (s.a.w), jika tidak dapat mengusap kedua-dua Rukun tersebut (Rukun Hajar Aswad dan Rukun Yamani), beliau mengisyarat, yakni beristilam ke arahnya.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) semasa haji wada’, tawaf di atas unta dan beliau memberi isyarat kepada Hajar Aswad dengan tongkatnya.’ [Hadith Muslim]
Saudara, hadith di atas itu memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) Tawaf di atas unta, kerana beliau mengerjakan Haji Qiran. Haji Qiran mengerjakan haji dengan berkenderaan - menaiki unta. Aisyah (r.a) mengerjaka Haji Ifrad  iaitu mengerjakan haji kemudian setelah selesai baru mengerjakan umrah. Para sahabat mengerjakan Haji Tamattuk pula, iaitu mengerjakan umrah dahulu, kemudian baru mengerjakan haji.

Selepas selesai Tawaf tujuh kali keliling Kaabah maka berjalan ke belakang Makam Ibrahim untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat dan berdoa setelah selesai solat. Setiap set Tawaf itu adalah mengandungi Tawaf mengelilingi Ka’bah 7 pusingan dan bersolat dua rakaat solat sunat di belakang Makam Ibrahim.  
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) nescaya apa-apa berjalan dia (selepas Tawaf) menuju ke Makam Ibrahim membaca dia: ‘Wattakhizu mim maqamii ibrahima musalla ...’ (Yang bermaksud: Jadikanlah dari (yakni, pada) Makam Ibrahim tempat bersolat ...) [Ayat 125, Surah al-Baqarah], maka bersolat dia dua rakaat maka membaca dia al-Fatihah dari Kitab (al-Quran), dan ‘Qul ya aiyuhalla kafirun’ dan ‘Qula huallahu ahad’ kemudian berjalan ke rukun Hajar Aswad ... kemudian keluar menuju Bukit Safa (untuk mengerjakan Sai).] [Hadith an-Nasa’i]
Saudara, Tawaf mengelilingi Ka'abah/Baitullah itu adalah syariat agama Allah (a.w) semenjak Adam (a.s) diturunkan/dikeluarkan dari syurga untuk tingga di dunia. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Buraidah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lamma ahbatallahu Adama ilal-ardhi tofa bilbaiti usubun’an wa-solla hiza-al-baiti rak’ataini, thumma qala: ‘Allahumma anta ta’lamu sirri wa-‘alaniati faqbil ma’zirati wa-ta’lamu hajjati fa-‘atini sukli wa-ta’lamu ma ‘indi faghfirli zunubi asaluka imanan yubahi qalbi wa-yaqinan sodiqan hatta ‘alama annahu innahu la yusibuni illa ma katabat li wa-raddini biqada-ika.’) (Yang bermaksud: Ketika apa-apa menurunkan Allah (a.w) Nabi Adam (a.s) ke bumi Tawaf dia di baitullah (Kaabah) tujuh pusingan dan solat dia lurus dekat Baitullah dua rakaat, kemudian berkata (yakni, berdoa): Ya Allah ya Tuhanku! Engkau tahu rahsiaku (yakni, sesuatu yang samar atau disembunyikan) dan (Engkau tahu) apa-apa yang aku zahirkan (sebutkan), semoga menerima Engkau keperluanku maka memberikanlah Engkau kepadaku permintaanku dan tahu Engkau apa-apa di sisiku (yakni, dosa-dosa yang ada padanya) maka mengampunilah dosa-dosaku; aku minta kepada Engkau keimananku (yakni, ketinggian iman) aku minta pengertian (kefahaman tentang agamaMu dalam) hatiku dan semoga memberi Engkau keyakinan yang benar hingga tahu aku (bahawa) tidak mengenai (yakni, mendapat) aku (sesuatu) kecuali apa-apa yang telah dituliskan (yakni, qada’kan) Engkau untukku dengan beberapa qadar Engkau’. Maka diwahyukan Allah (a.w) keatasnya (jawapanNya): ’Ya Adamu innaka da’autani biduain fastajabtu laka fihi walan yadghuni bihi ahadun min zurriatikan illa istajabtu lahu wa-ghafartu lahu zanbihi wa-farrajtu hammahu wa-ghammahu wat-tajartu lahu min warai kulli tajiri wa-atathud-dinya raghimatan, wain kana la yuriduha.’ (Yang bermaksud: Wahai Adam! Sesungguhnya engkau telah berdoa padaKu maka telah aku kabulkan bagi kamu di dalamnya (yakni, doa engkau), dan tidak akan berdoa kepadaKu dengan ini doa seseorang dari kalangan keturunanmu (yakni, cucu cicit keturunan Adam, yakni kita semua) kecuali Aku kabulkan baginya dan Aku mengampuni baginya dosa-dosanya dan Aku mengeluarkan dia dari kesusahan (yakni, cita-cita dan hasrat) dia dan (mengeluarkan) musibah dia dan jualbelinya dan di belakangnya tiap-tiap jualbeli (yakni, kebolehan dan kejayaan berniaga) dan datang pada orang dunianya hina (yakni, Allah (a.w) membuka dunia untuk manusia) (dunianya tidak penting pada Allah (a.w)), dan jikapun ada (walaupun) tidak siapa berkehendakkan pada dunia (Allah (a.w) tetap memberinya dan tidak mengira siapa yang diberikanNya).] [Hadith at-Tobrani dalam Kitab al-Usita wabnis Asakar.]
Saudara, bagi jema'ah haji, Tawaf (i.e. Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji) hanya dikerjakan seteah selesai melontar ketiga-tiga jamrah. Begitu juga Sa'i Haji dibuat selepas Tawaf Ifadah itu, kerana ibadah haji didahulukan dengan Wukuf di Arafah, kemudian mabit di Muzdalifah, dan kemudian bermalam di Mina untuk melontar jamrah. Walau bagaimanapun, apabila mengerjakan Tawaf untuk haji ataupun umrah, ataupun Tawaf Sunat, bacalah doa yang mustajab ini, insya Allah, Allah makbulkan doa tersebut kepada kita selaku anak cucu Adam (a.s) sebagaimana di firmankan dalam hadith ini. Apabila kita berdoa dengan kalimah-kalimah doa tersebut, Allah (a.w) perkenankan banyak perkara; iaitu, pertama,  mengampuni dosa-dosa kita; kedua, dibebaskan dari sebarang kesusahan dan kesulitan yang dihadapi; ketiga, dihapuskan musibah yang terkena kepada diri kita; keempat, ditingkatkan ilmu jualbeli dan diberinya kejayaan dalam perniagaan; dan akhirnya, kelima, jika diminta kejayaan dunia diberikan oleh Allah (a.w).

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment