Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan penelitian kita - berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah - tentang tajuk yang penting ini iaitu berjema'ah dalam Islam. Dalam post-post yang lalu kita telah tahu selain berpandukan as-Sunnah, berjema'ah itu adalah pra-syarat kedua sahnya keIslaman seseorang yang akui dirinya Islam, dan dia mengerjakan amalan dan badah semata-mata kerana ingin mendapat syugra Allah (a.w) di akhirat kelk.
Kita juga tahu bahawa 'berjema'ah' dalam Islam itu bukanlah informal atau terpakai dalam keadaan dan situasi tertentu sahaja, seperti bersolat solat fardu, dengan berjema'ah! Kaedah berjema'ah itu lebih formal dari bersolat secara berjema'ah. Sememangnya, umat Islam arus perdana keliru apakala mereka melihat konsep dan hakikat 'berjema'ah' itu dalam konteks solat berjema'ah atau dalam konteks umum dan perkumpulan umat secara umum atau secara simbolik sahaja bahawa kesemua umat Islam itu dikira 'jema'ah umat Islam'. Maka dengan itu majoriti umat Islam hari ini tidak faham hakikat berjema'ah itu sebenarnya.
Berjema'ah dalam Islam (Sambung)
Berjemaah itu adalah suatu sistem yang formal wujud semenjak zaman dahulu lagi, hanyalah yang memimpin jema'ah itu adalah para rasul atau nabi yang diutus Allah (a.w) kepada umat-umat mereka zaman mereka. Zaman awal Islam - selama 23 tahun, jema'ah umat Islam dipimpin oleh Rasulallah (s.a.w). Kemudian tatkala wafat Rasulallah (s.a.w) pengkebumian Rasulallah (s.a.w) dilewatkan beberapa ketika untuk membolehkan umat Islam ketika itu mengisi kekosongan kepimpinan (=keimaman), berikutan wafatnya Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) hanya dikebumikan tatkala Abu Bakar as-Siddiq (r.a) selesai diangkat sebagai khalifah (i.e. pemimpin pengganti) atas cadangan Omar b Khattab (r.a). Ini berlaku kerana tanpa seorang 'Imam' atau pemimpin yang diangkat secara formal sebagai Imam', kesemua umat Islam tidak halal hidup mereka, dan mereka tidak diakui Islam, dan segala amal dan ibadah mereka tidak diterima Allah (a.w). Begitu penting dan utamanya wujud seorang Imam yang hidup bagi memimpin jema'ah umat Islam. Jelasnya, berjema'ah itu mempunyai implikasi yang besar kepada halalnya hidup seorang Islam dan sahnya keIslaman seseorang Islam itu. Walaupun, Allah (a.w) hanya menyebut perkara berjema'ah ini dalam satu ayat al-Quran sahaja - Ayat 103, Surah ali-Imran, sebagaimana Allah (a.w) menyebut tentang kepimpinan jema'ah umat Islam dalam satu ayat juga - Ayat 57, Surah an-Nisa', namun penjelasan mengenai hakikat berjema' itu diperincikan dengan panjang lebar dalam as-Sunnah. [Nota: Kalimah 'Imam' atau 'Amir' atau khalifah sering digunakan dalam as-Sunnah merujuk kepada orang yang diangkat oleh jema'ah umat Islam sebagai pemimpin jema'ah.]
Saudara, ada beberapa ciri mutlak dalam berjema'ah itu berdasarkan ketetapan as-Sunnah; iaitu, pertama ada institusi atau organisasi jemaah yang khusus yang dianggotai oleh semua orang Iman; kedua, jema'ah itu mengamalkan syariat Islam berpedomankan hanyalah Kitab Allah (a.w), al-Quran, dan hikmah atau as-Sunnah. Ketiga, ada ikrar atau ikat janji yang formal juga - dinamakan 'bai'at' - yang dilafazkan oleh rukyah (=umat Islam), sebagai sumpah taat setia kepada Imam atau Amir (= pemimpin umat Islam yang beriman). Terdapat 4 ayat al-Quran tentang 'bai'at' ini dan kalimah atau deklarasinya adalah 'sami'na wa-ato'na' (dalam al-Quran), kemudian Rasulallah (s.a.w) atas perjanjian antara Rasullah (s.a.w) dan rukyah itu disebutkan dalam al-Quran 'sami'na wa-ato'na' (Yang bermaksud: Aku dengarkan (nasihat, ketetapan, perintah dan ijtihad Imam), yang kemudiannya diperkemaskan lagi dengan kalimah bai'at 'sami'na, wa-ato'na mastata'na', (yang bermaksud: Aku taat dan aku dengarkan perintah dan ketetapan serta panduan as-Sunnah atau ijtihad sekuat mampuku). Rasulallah (s.a.w), atas dasar wahyu memberikan ruhsah kepada umatnya dengan melaksanakan segala suruhan Allah (a.w) sekuat mampu, tetapi setiap tegahan atau larangan dijauhi tanpa diremehkan sama sekali.
Saudara, ketika Abu Bakar as-Siddiq (r.a) telah diangkat sebagai khalifah - atas cadangan (i.e. usulan) Omar ibni Khattab (r.a) untuk memimpin jema'ah Islam,dan disaksikan oleh umat Islam ketika itu, maka keIslaman mereka telah sah semula dan halal semula hidup mereka, barulah jasad Rasulallah (s.a.w) disemadikan. Abu Bakar as-Siddik (r.a) dipilih kerana dialah orang yang pertama, selain Khadijah (r.ah), memeluk Islam. Abu Bakar (r.a) memeluk Islam apabila didakwahkan oleh Rasulallah (s.a.w) tanpa ragu-ragu terhadap syiar agama Allah (a.w) - maka digelar 'as-Siddiq'. Beliau menjadi sahabat akrab Nabi (s.a.w), bersma-sma di Gua Hira, berhijrah ke Madinah. Begitu jugalah Khadijah (r.a), yang mengorbankan kekayaannya untuk membela dan melestarikan agama Allah (a.w) membantu Rasulallah (s.a.w) mengembangkan Islam.
Saudara, dalam post yang lalu kita juga tahu bahawa berjema'ah itu satu perintah mutlak Allah (a.w), dan Allah (a.w) ridha hambaNya yang Islam berjema'ah dalam Islam. Allah (a.w) juga menghalalkan kehidupan mereka di bumiNya dengan berjema'ah dan mempunyai imam yang memimpin mereka. Justru itu, jika Islam tetapi tak berjema'ah, maka tidak halal hidup orang itu dan tidak sah Islamnya. Dan, pentingnya pula, amalan dan ibadah yang dikerjakan mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) diterima Allah (a.w), jika tidak kesemua amalan dan ibadah tidak diterima Allah (a.w).
Amalan tak diterima jika tak berjema’ah
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut memberitahu bahawa kesemua amalan dan ibadah dalam Islam tidak diterima kalau seseorang itu tidak berjema'ah.

Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu wa-in akhta-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yabtaghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu wa-akhta-a fal-falyatabauwak maq’adathu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas ‘amalannya benar (= sesuai atau secocok dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru (atau tersilap) maka Allah (a.w) mengampuninya; dan barangsiapa yang ber’amal dalam firqah (= tidak berjema’ah) lantas ‘amalannya benar maka Allah (a.w) tidak menerima darinya (amalannya) dan jika keliru (atau tersilap beramal atau silap amalannya) maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka (i.e. masuk neraka)) – Hadith at-Tobrani.
Saudara, kita telahpun faham melalui post-post yang lalu bahawa segala amalan dan ibadah yang berlainan dari apa yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e as-Sunnah) tidak diterima Allah (a.w). Hadith ini memberitahu kalaupun amalan dan ibadah yang kita kerjakan menepati sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w), kalau tak berjema'ah, kekal tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah.

Tidak berjema’ah pasti masuk neraka
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa umat Islam tidak akan sesat kalaulah mereka berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dan mereka akan ditolong Allah (a.w) supaya tidak sesat mencari syurga kalau mereka berjema'ah. Sebaliknya, kalau tidak berjema'ah pasti terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yajma’u ummati’ au ‘ummata muhammadin ‘ala dolalatin wa-yadullahi ma’al jama’ati waman syazza syazza ilan-nari.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mengumpulkan umatku’ atau (dalam satu riwayat, dirujuk sebagai) (tidak akan mengumpulkan) ‘umat Muhammad’ atas kesesatan dan tangan (yakni, pertolongan) Allah (a.w) beserta dengan jema’ah dan barangsiapa memencilkan diri (atau bersendirian atau menyendiri, yakni berada di luar jema’ah atau tidak berjema’ah) maka memencilkan dirinya menuju ke neraka.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan
Demikianlah penting dan kritikal hakikat berjema'ah itu.

Bukan Islam kalau tak berjema’ah
Saudara, Omar b Khattab (r.a), dalam hadith berikut merumuskan hakikat perintah berjema'ah itu berdasarkan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘La Islama illa bi-jama’atin wa-la jama’ata illa bi-imaratin wa-la imarata illa bi-to’atin faman sauwadahu qaumuhu ‘ala fiqhi kana hayatan lahu wa-lahum, wa-man sauwadahu qaumuhu ‘ala ghairi fiqhin kana halakan lahu wa-lahum.’ (Yang bermaksud: Tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka menjadi imam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rukyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan-pertimbangan selain kefaqihan (tentang syariat Islam sedemikian) ada baginya (imam) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Darami]
Ketetapan dalam hadith ini wajib dijadikan panduan oleh semua yang Islam. Hadith ini menyebutkan beberapa prinsip atau ketetapan utama mengenai Islam: Pertama, tidak Islam seseorang yang mengakui dirinya Islam itu jika tanpa berjemaah atau berada dalam Jemaah Islam; Kedua, tidak dikira berjemaah jika tiada ‘imam’, yakni orang yang memimpin dan mengetuai Jemaah itu; Ketiga, tidak dikatakan ada ‘imam’, yakni kepimpinan dalam Jemaah Islam jika pemimpin tidak ditaati oleh rukyah (anggota jemaahnya); dan keempat, jika jema’ah umat Islam mengangkat sebagai pemimpin orang yang faqih (=faham urusan agama Islam) maka selamatlah imam dan selamatlah rukyahnya (di dunia dan di akhirat); dan jika diangkat oleh mereka seorang atas pertimbangan selain kafqihan (= kefaham) tuntutan syariat Islam, maka celaka dan kemusnahanlah bagi imam dan rukyah (di dunia dan di akhirat). Dalam banyak hadith pula Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ketetapan Imam itu wajib ditaati selagi dia tidak perintahkan sesuatu yang bersifat 'maksiat', yakni sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment