Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post- semenjak masuknya bulan Zulhijjah - kita telah tumpukan perhatian kita kepada dua ibadh utama dalam bulan tersebut, iaitu ibadah Haji dan Umrah. Kita dibritahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa seseorang yang telahpun mampu mengerjakan ibadah haji, tetapi dia melambat-ambatkannya, maka jika ditakdirkan sampai ajalnya, mati dia, maka matinya seumpama matinya seorang Nesrani atau Yahudi - maksudnya mati kafir, wal iya zubillah. Oleh itu bagi orang-orang muda, terutama golingan yang suatu masa dulu disebut 'tyuppies', eloklah segerakan mengerjakan haji. kalau dia terhalang kerana peraturan pemerintah? Maka, dia terlepas dari hukum tersebut, dan orang yang menghalang-halangi mereke dengan pelbagai peraturan menaggung dosanya! Hari ini begitu ramai anak mudah tokoh korporat yang dibayar gaji yang amat lumayan ketika umur masih muda sekitar pertengahan 30han atau awal 40han, diberi upah melebihi RM 50.0k atau RM 70.0k sebulan. Mereka ini sudah lebih dari layak. Yang melayakkan bukanlah keimanan dan ketaqwaan mereka tetapi kedudukan kewangan dan ekonomi mereka. Kerana, setiap yang akui dirinya Islam wajib beriman dan wajib berusaha meningkatkan ketaqwaan, dan wajib menombor-satukan akhiratnya bukan dunianya.Yang utama adalah ibadah Haji, kemudian barulah ibadah Umrah, kerana ibadah umrah itu hanyalah sunat manakala ibadah haji itu wajib.
Saudara, kita juga telah diberitahu bahawa sesiapa yang diberikan kesihatan dan kekuatan fisikal oleh Allah (a.w) - kerana mudanya dan semangatnya, dan lebih-lebih lagi, ketaqwaannya, dia bolehlah mengerjakan Haji Masian, i.e. haji dibuat dengan berjalan kaki dari Mekah ke Arafah (untuk Wukuf), ke Muzdalifah (untuk mabit), ke Mina (bermalam 3 hari) dan kembali semula ke Mekah (untuk Tawaf Ifadah dan Sa'i) - suatu perjalannan yang kelihatan jauh tetapi sebenarnya dekat kerana ribuan jema'ah haji yang faham Islam dan syariatnya akan mengerjakan Haji Masian, maka tak terasa letih malah meraai keseronokan yang banyak ketika melakukannya.
Saudara, kita juga telah tahu - berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - bagaimana mengerjakan haji dn umrah itu. Ibadah Umrah melibatkan proses: pertama, mandi hadas besar sebelum memakai ikhram dan ke Miqat untuk melafazkan niat umrah: 'Labbaika, Allahumma umrata'; kedua, bertolak ke Masjidil Haram - sambil membaca Talbiah sehingga nampak Ka'abah - untuk mengerjakan Tawaf (mengelilingi Ka'abah atau Baitullah, 7 pusingan) dan Sa'i (berjalan dari Bukit Sofa ke bukit Marwah, kemudian ke Bukit Sofa, dan berulang-ulang sehingga 7 kali, berakhir di Bukit Marwah, ketiga, bertahlul (menggondolkan kepala atau menguntng rambut). Selesai ibadah umrah.
Saudara, Kita juga telah tahu, bagaimana mengerjakan ibdah haji. Ibadah Haji itu dimulakan dengan: pertama, mandi hadas besar ketika hendak berikhram di Miqat dan melafazkan niat di Miqat: 'Labbaika, Allahuma Hajjan' - setelah melafazkan niat membaca Talbiah dalam apa-apa perjalanan; kedua, bertolak ke Arafah pada 9 Zulhijjah - sambil membaca Talbiah - untuk Wukuf supaya sampai ke Arafah sebelum masuk waktu Wukuf (ketika tergelincir matahari - masuk waktu Zohor) dan duduk di sana sampai terbenam matahari -masuk waktu Maghrib), kemudian; ketiga, keluar dari Arafah pada waktu Maghrib ke Muzdalifah untuk Mabit di sana, dan mencari dan mengumpulkan batu-batu kecil - 70 biji semuanya - untuk melontar jamrah esoknya dan untuk lontaran 3 hari Tasyrik; keempat, keluar dari Muzdalifah sebelum terbit matahari (i.e. berakhirnya waktu Subuh) ke Mina untuk bermalam di Mina selama 3 hari; kelima, ketika di Mina melontar Jamrah Aqabah waktunya bermula ketika tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) tamat apabila terbenam matahari (i.e. masuk waktu Maghrib); keenam, menggondolkan kepala ata menggunting rambut, untuk Tahlul Awal, boleh menanggalkan kain Ikhram, luput 10 pantang larang berikhram, tapi 3 masih kekal; ketujuh, bagi mereka yang ingin menyegerakan selesai ibadah hajinya, mereka akan kembali ke Mekah, mengerjakan Tawaf Ifadah (=Tawaf Haji) dan Sa'i haji, kemudian kebali semula ke Mina, untuk bermalam dua malam lagi; kedelapan, di Mina pada 11 dan 12 dan 13 Zulhijjah - yakni hari Tasyrik - melontar ketiga-tiga jamrah (Ula, Wusta dan Aqabah), ketika setelah tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) dan sebelum terbita matahari esoknya (i.e.tamat waktu Subuh esok harinya); kesembilan setelah selesai melontar bagi mereka yang belum mengerjakan Tawaf Ifadah dan Sa'i haji, kembali ke Mekah untuk Tawaf dan Sa'i; dan bagi yang telah selesai Tawaf dan Sa'i, bertahlul (=menggondolkan kepala/bercukur), maka habislah selesai pantang larang berikhram yang baki 3 larangan itu (i.e. bercumbu-cumbuan, mukaddimah persetubuhan dan bersetubuh) itu. Maka selesai proses Ibadah Hajinya, dan kalau diniatkan kerana niat yang disebutkan pada Ayat 57, Surah al-Isra' dan dikerjakan dengan penuh murni (setiap rukun qalbinya, rukun qaulinya dan rukun fe'linya) (i.e. tidak dicampuri atau dicemari oleh perkara-perkara yang tiada dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), dijaga sebaik mungkin keburukan pancainderanya, pantang larang ketika berikhram, dan dengan penuh ketaqwaan, maka mereka mendapat haji yang diterima Allah (a.w) - Haji Mabrur. Rasulallah (s.a.w) memberitahu balasan atau ganjaran Haji Mabur itu adalah syrga yang pasti.
Saudara, dengan itulah dalam semua bentuk dan jenis amalan dan ibadah dalam Islam dan syariatnya amat penting kita belajar ilmunya supaya dengan ilmu itu kita pasti apa yang kita amal dan ibadahkan menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan menepati sebagaimana yang dicontohkan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), sejajar dengan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah kamu mengerjakan ibadah (Haji dan umrah) kamu sekelian). Semua amalan dan ibadah dalam Islam hendaklah didasari dengan ilmu - firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' dan hendaklah mencontohi perbuatan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7, Surah al-Hasyr, Ayat 31, Surah ali-Imran, Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 64, Surah an-Nisa', dan Ayat 21, Surah al-Ahzab, dll lagi. Ilmu yang diwajibkan umat Islam belajar dan jadikan panduan hidup orang iman dan panduan amalan dan ibadah adalah al-Quran dan as-Sunnah (Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbalaha wa-sunnati nabiyi (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tnggalka kepada kamu sekeian dua perkara yang jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya pasti kamu sekelian tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah) - Hadith al-Hakim dll). Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam zamannya ketika berkhutbah dengan panjang lebar di Arafah ketika mengerjakan Haji Wada' adalah sesiapa yang tetap patuh dan akur dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti tak sesat mencari syurga. Justeru itu, Haji Mabrur hanya diperolehi jika kita kerjakan ibadah haji memahamai sepenuhnya 'Khuzu 'anni manasikum' itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment