Assalamualaikum,
dalam post-post sebelum ini kita telah teliti beberapa ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tentang haiwan yang boleh atau sah dijadikan haiwan untuk kurban. Di masa-masa yang lalu ada pihak-pihak yang membuat ijtihad bahawa lembu-lembu yang dimpot dari negara luar boleh dijadikan haiwan kurab. Benar. Namun wajib berhati-hati kerana pada kebiasaannya haiwan yang dibela di negara-negara luar itu seringkali ditindik telinganya atau dilobangi telinganya sebelah sebagai tanda hawan itu milik siapa atau dari daerah mana atau , kalau jantan, jenis bakanya dengan dibubuh tag. Haiwan sedemikian itu tidak sah dijadikan haiwan kurban. Inilah ketetapan hadith berikut:
Syarat Telinga
Diriwayatkan hadith dari Ali (r.a) berkata: ‘Diperintahkan kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w): ‘An nastasyrifal-‘aina wal-uzunaina, wa-lanudhahi bi-‘aura-a wa-la muqabalatin, wa-la mudabarati, wa-la kharqah-a, wa-la syarqa-a.’ (Yang bermaksud: Bahawa meneliti kami pada mata dan telinga (haiwan kurban), dan tidak menyembelih kami (sebagai haiwan kurban) yang buta sebelah matanya dan tidak koyak/sobek telinga depannya dan koyak/sobek telinga belakangnya, dan tidak berlubang telinganya, dan tidak terbelah telinganya jadi dua.’ Berkata Zuhairun: ‘Maka berkata aku (Zuhair) kepada Abi Ishak menceritakan: ‘Apakah menyebutkan Syari’ b Nu’man hairan tentang putus telinga/tanduknya.’ Berkata (Abi Ishak): ‘Tidak.’ Berkata aku (Zuhair): ‘Fa-ma muqabalatu’? Berkata (Abi Ishak): ‘Yuqta-u taraful-uzunu’ (Yang bermaksud: putus hujung telinganya). Berkata aku (Zuhair): ’Fa-ma mudabaratu?’ (Yang bermaksud: putus telinga belakang?) Berkata (Abi Ishak): ‘Yuqta-‘u min muakharil-uzuni’ (Yang bermaksud: putusan telinga bahagian belakangnya.) Berkata aku (Zuhair): ‘Fa-mas-syarqahu?’ (Yang bermaksud: koyak telinga jadi dua). Berkata (Abi Ishak): ‘Tusyaqqul-uzunu’ (Yang bermaksud: dikoyakkan telinganya terbelah dua). Berkata aku (Zuhair): ‘Fa-ma al-kharqahu?’ (Yang bermaksud: berlobang telinganya?) Berkata Abi Ishak: ‘Tuhraqu uzunuha lis-samati’ (Yang bermaksud: dilubangi telinganya sebagai tanda). – Hadith Abu Daud, dalam Kitab Haiwan Kurban
[Nota: Wajib ambil perhatian ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai isu kecacatan telinga. Ternakan yang dilobangkan telinganya dan dilekatkan kad atau sesuatu tanda sebagai tanda menunjukkan hak milik seseorang atau diimpot dari suau Negara atau ditanda sebagai baka, juga tidak dibolehkan dijadikan ternakan kurban.]
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment