Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi cara dan kaedah bagaimana mengerjakan haji atau umrah? Dalam post yang lalu kita telahpun tahu bahawa apabila hendak mengerjakan umrah atau haji, kita disuruh menyediakan dia pada hari kita hendak ke miqat mengenakan kain ikhram bagi lelaki dan telekong bagi perempuan. Dalam post yang lalu kita diberitahu: pertama, mandi hadas besar (= mandi junub) pada hari nak pakai ikhram atau nak umrah atau Wukuf; kedua, pergi ke miqat untuk melafazkan niat haji atau umrah Ketiga, di miqat kita berwudu' semula kalaulah wudu' ketika mandi hadas besar tadi terbatal. Setelah berwudu', kalau belum pakai ikram, maka pakailah ikhram, dan bersolatlah solat sunat ikhram dua rakaat; keempat, kemudian setelah berdoa, kita melafazkan niat umrah atau haji, iaitu: 'Labbaika, Allahumma umrata' atau 'Labaika, Allahumma hajjan'. Kemudian kita bertolak dari miqat ke Masjidil Haram, sambil membanyakkan bacaan Talbiah dalam perjalanan itu: 'Labbaikallahumma labaik 3x, labbaikala syarika kala baik, innal hamda wan-nikmata lakawalmu, la syarikalak.' Talbiah ini hendaklah dibaca sampai kita masuk ke Masjidil Haram dan terlihat Ka'abah.
Saudara, kita sambung lagi cara dan kaedah bagaimana mengerjakan haji atau umrah? Dalam post yang lalu kita telahpun tahu bahawa apabila hendak mengerjakan umrah atau haji, kita disuruh menyediakan dia pada hari kita hendak ke miqat mengenakan kain ikhram bagi lelaki dan telekong bagi perempuan. Dalam post yang lalu kita diberitahu: pertama, mandi hadas besar (= mandi junub) pada hari nak pakai ikhram atau nak umrah atau Wukuf; kedua, pergi ke miqat untuk melafazkan niat haji atau umrah Ketiga, di miqat kita berwudu' semula kalaulah wudu' ketika mandi hadas besar tadi terbatal. Setelah berwudu', kalau belum pakai ikram, maka pakailah ikhram, dan bersolatlah solat sunat ikhram dua rakaat; keempat, kemudian setelah berdoa, kita melafazkan niat umrah atau haji, iaitu: 'Labbaika, Allahumma umrata' atau 'Labaika, Allahumma hajjan'. Kemudian kita bertolak dari miqat ke Masjidil Haram, sambil membanyakkan bacaan Talbiah dalam perjalanan itu: 'Labbaikallahumma labaik 3x, labbaikala syarika kala baik, innal hamda wan-nikmata lakawalmu, la syarikalak.' Talbiah ini hendaklah dibaca sampai kita masuk ke Masjidil Haram dan terlihat Ka'abah.
Bila Berikhram dan Di mana Berikhram?
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) memakai ikhramnya selepas dia selesai bersolat dua rakaat solat sunat ikhram di miqat:
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) berniat ikhram di belakang (i.e. selepas) solat (dua rakaat). [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Dalam hadith berikut disebutkan juga bahawa Rasulallah (s.a.w) bersolat dua rakaat di miqat di Zulkhulaifah, diapun memakai ikhramnya, dan kemudian naik tunggangannya baru dia berniat/melafazkan niat.
Diriwayatkan hadith dari Hisyam b Urwat hadith dari bapanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada bersolat di masjid Zulkhulaifah dua rakaat maka ketika telah tetap dengannya di atas kenderaannya (yakni, duduk di atas tunggangannya) membaca niat berikhram. [Hadith Imam Malik dalam Muata’]
Dalam hadith berikut pula dijelaskan lebih jelas lagi oleh ibnu Abbas (r.a) perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara memakai ikhram dan melafazkan niat haji:
Diriwayatkan hadith dari Said bin Jubairin (r.a) berkata: ‘Berkata aku kepada Abdullah bin Abbas (r.a): ‘Wahai Ibnu Abbas! Saya hairan terhadap pelbagai ragamnya para sahabat Rasulallah (s.a.w) di dalam urusan (menerangkan perkara) ikhram Rasulallah (s.a.w) ketika beliau mewajibkannya.’ Berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Sesungguhnya aku nescaya lebih tahu dari kalangan manusia tentang (perkara) itu (yakni, urusan memakai ikhram). Sesungguhnya haji Rasulallah (s.a.w) itu hanya sekali. Kerana itu mereka berselisih faham. Rasulallah (s.a.w) keluar haji. Setelah mengerjakan solat dua rakaat di masjid Zulkhulaifah diwajibkan ikhram di tempat duduknya, lalu beliau memulakan ikhram hajinya setelah selesai solat dua rakaat itu. Terdengar beberapa kaum tentang hal itu dari beliau. Aku ingat benar dari beliau, kemudian beliau menaiki kenderaan. Setelah beliau menaiki kenderaan beliau berikhram. Hal itu diketahui oleh beberapa kaum pula. Itu terjadi, kerana orang datang berduyun-duyun tidak sekaligus (atau serentak). Mereka ada yang mendengar beliau ketika di atas unta lalu berikhram, maka mereka berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) berikhram ketika beliau berada di atas unta (yakni, kenderaan). Kemudian Rasulallah (s.a.w) melanjutkan perjalanannya. Setelah sampai ke atas bukit Baida’ beliau berikhram. Yang demikian itu diketahui oleh beberapa kaum, kerana itu mereka berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) hanyalah berikhram ketika berada di bukit Baida’. Demi Allah (a.w)! Beliau benar-benar telah mewajibkan berikhram di tempat solatnya, beliau telah memakai ikhram ketika menaiki unta dan telah berikhram ketika berada di bukit Baida’. Berkata Abi Said (r.a): ‘Barangsiapa berpegang kepada kata-kata Ibnu Abbas (r.a), dia menyatakan Rasulallah (s.a.w) berikhram di tempat solatnya (di miqat Zulkhulaifah) setelah selesai mengerjakan solat (sunat) dua rakaat.’ [Hadith Abu Daud]
Dalam hadith ini disebutkan juga beberapa kekeliruan dikalangan para sahabat dimana Rasulallah (s.a.w) memakai ikhramnya. Disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) memakai kain ikhramnya di miqat dan hanya dia membaca lafaz niatnya ketika setelah naik tunggangannya.
Membaca Talbiah
Saudara, apakal sudah melafazkan niat, bertolah ke Masijidil Haram untuk mengerjakan umrah atau ke Mekaha untuk bertolak ke Arafah untuk Wukuf sambil membaca Talbiah. Hadith berikut menerangkan apakah kalimah Talbiah itu. Talbiah ini dibaca sepanjang perjalanan dari Miqat menuju Masjidil Haram dan berhenti membacanya ketika telah kelihatan Ka'abah.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata bahawa Talbiah Rasulallah (s.a.w) adalah: ‘Labaika Allahumma labaik (3x), labaikala syarika laka labaik, innal hamda wan-ni’mata lakawal-mulk la syarika lak.’ (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu, Ya Allah (a.w)! Aku datang kepadaMu (3x) Tiada sekutu bagiMu, segala puji, nikmat dan kuasa itu milikMu sendiri, dan Engkaulah Raja tiada sekutu bagiMu) - Hadith Muslim, Kitab Haji
Dalam hadith berikut disebutkan bahawa hendaklah kita membaca Talbiah itu dengan suara yang kuat, tidaklah menjerit-jerit pula. Cukup kuat supaya di dengari oleh orang lain dan dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh mengharapkan keridhaan Allah (a.w), kerana kita dalam perjalanan untuk menerima jemputan Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ada tiga golongan tetamu Allah (a.w): pertama, orang yang berjihad dalam perang sabilillah; kedua, orang yang mengerjakan haji dan ketiga, orang yang mengerjakan umrah.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meninggikan suaranya ketika menaiki untanya (yakni, kenderaannya) berdiri dari masjid Zulkhulaifah semasa membaca Talbiah.’ [Hadith Muslim, Kitab Haji]
Hadith di bawah ini juga memberitahu secara rengkas bahawa Rasulallah (s.a.w) bersolat sunat ikhram di miqat (Zulkhulaifah), kemudian dia menaiki kenderaannya dan membaca Talbiah. Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) sebelum berangkat dari Zulkhulaifah bersolat dua rakaat, kemudian beliau berjalan mengenderai untanya sambil mengucapkan Talbiah.’ [Hadith Muslim]
Kifarah atau Dam (Denda) Melanggar Pantang Larang Berikhram
Saudara, apakala telah memakai ikhram dan melafazkan niat maka bermulalah pantang larang berikhram yang sepuluh, antara memakai bau-bauan, menutup muka atau kepala, mematahkan pokok dan memetik daun-laun, memburu atau membunuh binatang, menggugurkan rambut, dan bercakap bohong, mencaci, memaki hamun dan sebagainya, dan melalui percumbuan dengan isteri dan sebagainya.Kalau terjdi sesuatu yang ditegah itu, maka kifarahnya adalah disebutkan dalam hadith berikut. Kalau melakukan larangan berat ikhram iaitu bercumbu-cumbu sehingga berlakunya hubungan suami isteri (jimak), maka berat kifarahnya. Ini akan kita lihat dalam post yang akan datang.
Diriwayatkan hadith dari Kaab bin Hujrah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) melihat banyak kutu berjatuhan dari kepalanya (i.e. kepala Kaab), maka bersabda: ‘Apakah tidak kutu kamu mengganggu kamu?’ Berkata aku (Kaab): ‘Ya’, bersabda beliau: ‘Cukurlah kepalamu dan kemudian engkau puasa 3 hari atau bersedekah makanan bagikan kepada 6 orang miskin atau sembelihlah kambing yang ada padamu.’ Berkata Ka’ab: ‘Sehubungan itu maka turunlah ayat (al-Quran): ‘Fain kana minkum maridan au bihi azam-mir-raksihi fafidyatum min siami au sadaqatin au nusukin ... ‘(Yang bermaksud: Maka jika dari kalangan kamu sedang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu dia bercukur), maka dia wajib membayar fidyah, iaitu berpuasa, (atau) bersedekah (atau) berkorban ...’) - Ayat 196, Surah al-Baqarah - Hadith Muslim
No comments:
Post a Comment