Assalamualaikum,
Mulai post ini kita akan lihat nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang cara atau kaedah melaksanakan haji dan umrah.
Mulai post ini kita akan lihat nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang cara atau kaedah melaksanakan haji dan umrah.
Pekerjaan Haji dan Umrah
Saudara, ibadah haji dan umrah itu bermula dengan memakai kain ikhram di Miqat bagi lelaki dan bagi perempuan memakai telekung seperti biasa. Sebelum bertolak ke Miqat itu jema'ah haji dan umrah disunatkan mandi hadas besar atau junub. Mandi hadas besar itu melibatkan dua proses, iaitu mengambil wudu' dengan memulakan membaca/menyebut 'Bismillah', kemudian berwudu'; dan kemudian meratakan air ke seluruh ubuh. Kemudian bertolak ke Miqat untuk memakai ikhrm, atau jika sudah memakai ikhram, melafazkan niat haji atau umrah di Miqat. Lafaz niat haji adalah: 'Labbaika, Allahumma Hajjan' dan kalau mengerjakan umrah, lafaznya: 'Labbaika, Allahumma Umrata.' Inilah lafaz niat haji dan umrah yang ditetapkan dalam manasik haji berdasarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w).Tidak ada nas dan dalil al-Quran ataupun hadith menyebutkan lafaz niat haji dan umrah itu 'Nawaitu hajjan/umrata wa-ikhramtu bihi ...' dan seumpamanya. kalau kita gunakan kalimah-kalimah selain yang dtetapkan itu maka batallah haji atau umrah kita kerana membuat sesuatu yang tiada dalam syariat Islam!
· Mandi Hadath Besar (Junub) Sebelum Berikhram
Saudara, sebelum memkaia ikhram atau sebelum ke miqat, hendaklah kita mandi hadat besar atau mandi seumpama mandi junub sebagaimana seseorang itu mandi hadas besar atau junub ketika hendak ke masjid kerana Solat Jum'at.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abi Zinad hadith dari bapanya hadith dari Kharijah bin Zaid bin Thabit, hadith dari bapanya, sesungguhnya dia (bapanya) melihat Nabi (s.a.w) melepaskan ikhramnya untuk bersenang (i.e. bertahlul) dan mandi. [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Saudara, bagi perempuan mereka juga diwajibkan mandi wajib setelah habis/kering haid atau nifas mereka, untuk ke miqat dan berniat untuk haji dan/umrah.
Berpakaian Ikhram Bagi yg Nifas dan Demikian disenanginya: Mandi dia (mandi wajib) untuk Berikhram dan demikian itu kerana haid
Dalam hadith di bawah ini diceritakan bahawa Asmak yang melahirkan anak, kemudian setelah selesai nifasnya, dia di suruh mandi hadas besar atau mandi wajib untuk berikhram. Tidak perlu mandi wajib dua kali,. Kerana wanita yang haid atau nifas diwajibkan mandi hadasa besar atau mandi junub setelah selepas tempoh haid atau nifasnya.
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Qasim, hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Nifas Asmak bt ‘Umaisin dengan (yakni, melahirkan) Muhammad b Abi Bakar di bawah pokok, maka memerintahkan Rasulallah (s.a.w) Abu Bakar memerintahkan dia (Asmak) supaya mandi dan memakai ikhram. [Hadith Muslim, Kitab Haji]
Sanggul Rambut kerana Mandi Hadath Besar?
Saudara, dalam hadith berikut diperjelaskan ketetapan as-Sunnah tentang bagaimana seorang wanita yang lebat rambutnya yang disanggul pula, apakah dia perlu meleraikan atau mengerbangkan rambutnya untuk mandi wajib. Diperjelaskan bahawa memadai dia mencurahkan air tiga curahan ke atas kepala dan rambutnya, kemudian dia meratakan air ke seluruh tubuhnya sahaja. Tidaklah perlu memperbanyakkan curahan air ke kepalanya untuk mandi hadas besar atau mandi junub. Dimulakan mandi itu dengan menyebut kalimah 'Bismillah' kemudian mengambil wudu' dan kemudian mencurahkan iga cedukan air ke kepala dan kemudiana meratakan air ke seluruh tubuhnya.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Rafi’, hamba merdeka kepada Ummu Salamah, hadith dari Ummu Salamah berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku seorang perempuan mengikat pada rambutku (i.e. sanggul), maka melepaskan aku sanggulku untuk mandi junub?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak perlu! Sesungguhnya mencukupi bahawa (apabila) atas kamu secauk (cedukan) air atas kepala engkau tiga kali caukan (i.e. cedukan), kemudian meratakan air atas tubuh engkau, maka bersucilah engkau.’ [Hadith Muslim, Kitab Haid]
· Memakai Pakaian Ikhram
Hadith ini menyebutkan Rasulallah (s.a.w) memakai ikhranya di miqat, bukan ditempat-tempat lain.
Diriwayatkan hadith dari Salim bin Abdullah hadith dari bapanya bahawa berkata (bapanya): ‘Baida’ kamu inilah yang membuat kamu mendustakan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) hanya berikhram dari dekat masjid ini, (maksudnya masjid Zulkhulaifah (yakni, miqat Rasulallah (s.a.w) memulakan haji)) [Hadith Abu Daud, juga Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah]
· Miqat Bagi Haji dan Umrah
Saudara, miqat yang ditetapkan disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan
hadith dari Ibni Abbas (r.a): ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) membuat (i.e.
menetapkan) tempat miqat untuk ahli Madinah di Zulhulaifah dan ahli Syam
di Juhfah dan ahli Yaman di Ya-lam-lam dan ahli Najd di Qarnan (i.e.
Qarnu Manazil) dan miqat untuk mereka bagi orang yang datang atas
tempat-tempat tersebut dari selain ahlinya (ahli Mekah), sehingga
sungguh-sungguh ahli Mekah berpakaian ikhram darinya (i.e. Mekah)
(maksudnya di Bir Ali – Kerana Rasulallah (s.a.w) menyuruh Aisyah (r.ah)
bermiqat di sana ketika hendak mengerjakan umrah selepas bersih dari
haidnya). [Hadith Bukhari]
Saudara, hadith berikut juga memberitahu dimana jemaa'h umrah dan haji itu bermiqat. Menceritakan
hadith dari Zaid bin Jubairin bahawasanya dia datang kepada Abdullah
bin Omar (r.a) di tempat (i.e. khemahnya), maka bertanya kepadanya:
‘Dari manakah diperbolehkan apabila mengerjakan umrah.’ Berkata (ibnu
Omar): ‘Difardukan atasnya oleh Rasulallah (s.a.w) (miqat) bagi ahli
Najad dari Qarnan (Manazil), bagi Ahli Madinah dari Zulkhulaifah (atau
Bir Ali) dan ahli Syam dari Juhfah.’ [Hadith Bukhari, Kitab Haji]
Hadith berikut juga menyebutkan miqat yang ditetapkan bagi jema'ah haji dan umrah untuk miqat. Diriwayatkan
hadith dari Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w)
menetapkan miqat ahli Madinah di Zulkhulaifah dan ahli Syam di Juhfah
dan ahli Yaman di Yalamlam dan ahli Najad di Qarnan (Manazil) maka
dengannya baginya dan bagi barangsiapa yang datang atasnya dari
selainnya yang melalui tempat itu berkehendakkan mengerjakan haji dan
umrah. Bagi orang yang lebih dekat dari tempat itu, maka berikhram di
rumahnya masing-masing. Dan, barangsiapa selain itu, maka mulailah
ikhramnya dari mana dia berada, seperti orang Mekah dari Mekah (seperti
Tan-‘im).’ [Hadith Bukhari]
Yang tidak boleh dipakai:
Tidak apa pakaian orang yang ikhram dari beberapa pakaian
Saudara, hadith berikut menyebutkan beberapa larangan bagi lelaki yang berikhram - antara pantang larang berikhram bagi lelaki.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawa seorang lelaki berkata (i.e. bertanya) (kepada Rasulallah (s.a.w)): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah (boleh) pakaian untuk orang berikhram dari beberapa pakaian?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak boleh berpakaian baju kurung dan tidak boleh (memakai) serban dan tidak boleh (memakai) seluar panjang dan (tidak boleh memakai) seluar pendek dan tidak boleh (memakai) baju menutup kepala dan tidak boleh memakai (pakaian) yang menutup buku lali (atau, mata kaki); kecuali (jika) seseorang tidak menjumpai dua selipar maka hendaklah memakai dua kasut huf (i.e. kasut kulit lembut yang tidak menutup buku lali dan sebahagian betis) supaya memotongnya (i.e. memotong huf tersebut) supaya tidak menutupi dua buku lali (atau, mata kaki) (yakni, dipotong supaya menjadi seumpa selipar atau capal), dan tidak boleh berpakaian dari beberapa pakaian sesuatu yang terkena minyak wangi za’fran (i.e. satu jenis wangian) atau wirsun (i.e. satu jenis wangian).’ [Hadith Bukhari, Kitab Haji]
Disebutkan dalam hadith di atas itu, lelaki berikhram dilarang memakai pakaian yang berjahit seumpama seluar atau baju, dilarang mekakai kasut yang menutup kedua buku lalinya, dilarang memakai ikhram yang dilabuhkan sehingga menutup kedua buku lalinya dan dilarang memakai topi atau songkok atau ketayap, atau apa saja yang menutup kepalanya dan mukanya.
Saudara, dalam post blog ini disebutkan bahawa lelaki Islam itu dilarang melabuhkan pakaian bawahnya - seupama kain, seuar dan jubah - dan dalam berikhrampun ditegah memanjangkan kain ikhram bahagian bawahnya supaa menutup buku lalinya. Lelaki Islam ditegah melabuhkan pakaian. Jika dia bersolat degan pakaian bawah yang labuh, maka Allah (a.w) tidak menerima solatnya!
Yang tidak boleh dipakai:
Apa-apa yang dilarang dari wangi-wangian bagi lelaki berikhram dan perempuan berikhram
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) berkata: ‘Berdiri seorang lelaki maka berkata (i.e. bertanya) dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah memerintah engkau atasku bahawasanya berpakaian dari beberapa pakaian di dalam (yakni, kerana) berikhram?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Jangan pakai baju kurung dan jangan pakai seluar dan jangan pakai serban dan jangan pakai baju bertutup kepala; kecuali bahawasanya ada salah seorang kamu tiada baginya dua selipar maka pakailah huf supaya memotongnya di bawah dari dua buku lali (i.e. mata kaki), dan jangan berpakaian kamu sesuatu yang terkena zafran (i.e. sejenis wangian) dan tidak warsun (i.e. sejenis wangian), dan tidak boleh menutup muka bagi perempuan yang berikhram dan tidak boleh (perempuan) memakai dua sarung tangan.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, hadith di atas ini menyebutkan pantang larang berikhram memakai bau-bauan bagi lelaki yang berikram, apa saja jenis bau-bauan atau wangi-wangian.
Memakai Tali Pinggang Ketika Berikhram
Saudara, untuk mempastikan bahawa kain ikhram itu tidak terlondeh atau terlucut, maka dibolehkan atas lelaki berikhram untuk memakai tali pinggan di atas kain ikhramnya.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) benci (yakni, tidak suka) memakai tali pinggang ketika berikhram [Hadith Imam Malik dalam Muata’]
Saudara, hadith ibni Omar (r.a) di atas itu menyebutkan bahawa dia tidak suka memakai talipinggang ketika berikhram. In bukanlah suatu tegahan atau larangan hanya suatu preferece beliau sahaja, kerana dalam hadith di bawah ini dibolehkan memakai tali pinggang. Diriwayatkan hadith dari Yahya b Said bahawasanya dia mendengar Said b Musaiyab berkata di dalam urusan tali pinggang yang digunakan oleh orang yang memakai ikhram (dipakai) di bawah pakaian ikhram sungguh-sungguh tidak berdosa dengan demikian keadaan ketika menjadikan dua hujungnya (i.e. hujung tali pinggang) berkumpul/mengikat pada hujungnya sebahagian atas sebahagian yang lain. Berkata Malik: ‘Ini lebih disukai apa-apa mendengar aku atas di dalam demikian itu (perkara).’[Hadith Imam Malik dalam kitab Muata’]
Saudara, selepas memakai ikhram maka disunatkan jema'ah haji atau umrah itu solat sunat dua rakaat di miqat, dan setelah selesai solat, di melafazkan niatnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment