Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telah tahu ada 4 amalan utama dalam bulan Zulhijjah; iaitu: pertama, Haji; kedua, Umrah; ketiga, menyembelih kurban; dan keempat, berpuasa sunat, Puasa Arafah. Kita juga diberitahu ganjaran pahala setiap satu amalan tersebut. Contoh: Haji Mabrur itu ganjarannya tak lain tak bukan kecuali syurga. Masya Allah selamat dari neraka. Umrah mendapat pahala 'haji kecil' bak kata orang tua-tua. Betapa hebat pahalanya? Tak dijelaskan tetapi pastilah amat besr pahalanya. Malah sesiapa yang membuat satu umrah dalam bulan Ramadhan diberikan ganjaran pahala mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). Pahala menyembelih kurban pula? Diberikan pahala yang lebih hebat dari ganjaran orang yang berperang fi sabilillah. Puasa Arafah pula? Diberikan pengampunan dari dosa setahun sebelum Hari puasa itu dan setahun selepasnya. Alangkah mudahnya untuk mendapatkan pahala. Atau, alangkah tingginya dividen akhirat dari beberapa amalan yang ditunjukkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) beritahu manusia. Tapi, manusia itu amil mudah agamanya. Maka dengan itulah dalam post sebelum ini kita beritahu apakah pra-syarat yang amat fundamental dalam Islam untuk menjami bahawa sgala amalan dan ibadah kita diberi ganjaran pahala sedemikian itu?
Saudara, dalam post ini kita berikan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai syariat qurban/kurban dan syara-syarat yang ditetapkan baginya.
Syariat Ibadah Kurban
(Masyru’iyatu udhiayati)
Saudara, syariat menyembelih kurban itu disebutkan dalam Surah al-Kauthar. Dalam surah ini Allah (a.w) memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahaw dia dikurniakan oleh Allah (a.w) sebuah telaga yang dinamakan Telaga al-Kauthar di akhirat kelak. Disebutkan dalam as-Sunnah airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, dan gayung penceduknya melihi hitungan bintang-bintang dilangit. Kelak, ketika manusia berhimpun di padang makhsyar yang matahari ditegakkan sejengkal di atas kepala manusia, dan bumi adalah dari tembaga, maka mansuia akan kehausan yang amat sangat. Sehinggakan ada manusia yang peluhnya keluar begitu banyak menembusi 70 batu ke dalam bumi dan sampai hampir mengacupkan hidung mereka.

Umat Muhammad (s.a.w) yang diberi peluang minm airnya. Sesiapa yang berpeluang minum airnya, tidak akan haus selama-lamanya ketika menunggu diserahkan Kitab Catatan Amalan mereka. Di padang makhsyar itu manusia berhimpun selama 50,000 tahun, untuk mendapatkan Kitab masing-masing. Setiap helai/muka surat Kitab tersebut adalah sepanjang mata memandang. Di dalamnya tertulis segala yang seseorang itulakukan dalam hidupnya setiap saat - yang besar atau yang kecil yang dikerjakannya dan yang diucapkannya. Orang Islam yang hidup zaman Rasulallah (s.a.w) sampailah akhir zaman berpotensi tergolong sebagai 'umat Muhammad', kenapa tidak diakui umat Rasulallah (s.a.w)? Seseorang itu hanya diakui umat Muhammad (s.a.w) sekiranya dia, dalam hidupnya, berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dan mengerjakan segala amalan dan ibdah berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah. Jadi mereka akur dengan sabda Rasulallah (s.a.w) 'Ma ana 'alahi, wa-ashabi' dan 'wa-hiya jama'ah' itu. Sah Islamnya. Maka dia tidak tergolongan sebagai orang yang ketika mendekati Telaga al-Kauthar dihalau leh malaikat yang menjaga, tidak dibernarkan minum airnya! Kenapa? Dia Islam tetapi telah mengubah syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) - al-Hadith.
Firman Allah (a.w): ‘Inna ‘ataina kal-kauthar @ Fasolli li-rabbika wan-har @ Inna syaniaka hua abtar.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w) memberi Aku (Allah (a.w)) pada engkau (Muhammad (s.a.w)) Telaga al-Kauthar (1) Maka bersolatlah engkau (Muhammad (s.a.w) (Solat Aid Adha) dan sembelihlah kurban (2) Sesungguhnya orang yang membenci engkau (Muhammad (s.a.w) dia terputus (3).
Syariat menyembelih kuraban itu disebutkan pada Ayat 2 di atas. Orang Islam disuruh mengerjakan Solat Aidil Adha dan kemudian disuruh menyembelih kurban. Kemudian, pada Ayat 3 pula disebutkan bahawa sesiapa yang membenci Rasulallah (s.a.w) maka dia tertolak - tidak diterima sebagai umat Muhammad! Orang yang tertolak itu termasuklah yang tidak Islam dan yang Islam tetapi tidak menerima as-Sunnah atau terima sebahagian as-Sunah, dan tak terima sebahagian yang lain, dan orang yang beramal dan beribadah dalam kejahilan tidak mahu belajar al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah satu daripada misi Rasulallah (s.a.w), mengilmukan manusia. Islam tetapi amalkan perkara-perkara ang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) seperti mengamalkan bid'ah, atau bertaklid tandar dasar ilmu dan tidak meyakini ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Semua mereka itu terkecual dari diakui umat Muhammad (s.a.w), wal iya zubillah.

Beberapa Haiwan yang diperbolehkan dibuat Kurban
(Ma yajuzu fil-udhiyyati)
(a) Syarat umur haiwan kurban
Saudara, hadith ini menyebutkan syarat umur bagi haiwan kurban, diperjelaskan dalam hadith lain umur-umur yang diebutkan dalam nota di bawahnya.
Diriwayatkan hadith dari Jabir berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La tazbahu illa musinnatan illa an ya’sura ‘alaikum fatazbahu jaza’atan min do’ni.’ (Yang bermaksud: Jangan menyembelih kamu sekelian kecuali bahawa sulit (i.e. susah) mendapatkannya atas kamu (maka kambing) yang kecil atau anak kambing (i.e. belum cukup umur dibolehkan).’ [Hadith Muslim dalam Kitaab Haiwan Kurban]
[Nota: Kalimah ‘ya’sura = sulit. Diperjelaskan dalam syarah hadith ini, bahawa umur untuk haiwan kurban bagi seekor unta adalah sudah sampai lima tahun hampir 6 tahun. Lembu sudah sampai dua tahun hampir 3 tahun. Kambing kibas (atau biri-biri) sudah sampai setahun hampir dua tahun. Namun jika susah atau sulit untuk didapati, kurang sedikit umurnya diperbolehkan, yakni tidak terlarang. Sebaik-baiknya hendaklah cukup umurnya atau lebih sedikit umurnya.]
(b) Niat kurban/dikonsikan
Sadara, hadith ini menyebutkan bahawa haiwan kurban itu boleh dikongsikan oleh seberapa banyak orangpun, bukan ditetapkan bahawa seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu/sapi/kerbau untuk 7 orang dan seekor unta untuk 10 orang sahaja. Para guru agama Islam di Malaysia dan di Indonesia telah membuat ketetapan - tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah - bahawa perkongsian bagi seekor haiwan kurban itu dihadkan sedemikian. Kerana, begitu banyaknya hadith yang menyebut bahawa Rasuallah (s.a.w) menyebelih kurban seekor kibas untuk keluarganya dan umatnya bersekali.

Diriwayatkan hadith dari Abi Hurirah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ketika menghendaki bahawa menyembelih dia (untuk kurban) membeli dia dua ekor kibas yang besar keduanya, yang gemuk keduanya, yang bertanduk keduanya, yang putih bercampur kitam bulunya, yang dikemilikan (i.e. dikasi atau dimandulkan); maka menyembelih dia salah satu daripada dua kibas itu (diniatkan) untuk umatnya dari kalangan orang Islam, yakni yang bersyahadah terhadap Allah (a.w) dengan tauhid (i.e. mengesakanNya) dan bersyahadah atas beliau (Rasulallah (s.a.w)) kerana menyampaikan risalah (agama Islam) (i.e. sebagai Utusan Allah), dan menyembelih yang selainnya (i.e. yang keduanya) dari (i.e. untuk) Muhammad (s.a.w) dan ahli (i.e. keluarga) Muhammad (s.a.w).) [Hadith Ibnu Majah dalam Kita Haiwan Kurban]
[Nota: Dalam syarah hadith ini kalimah ‘amlahaini' = haiwan yang bulunya putih bercampur hitam, tetapi bulu putihnya lebih banyak dari bulu hitamnya. Kalimah ‘maujuaini’ = dua haiwan yang dimandulkan dengan memotong urat yang menyambungi kedua telurnya supaya tidak boleh menghamilkan haiwan yang betinanya, menjadikan ia gemuk dan banyak dagingnya. Jelaslah syarat-syarat bagi haiwan untuk kurban adalah: pertama, yang besar (i.e. cukup umurnya); kedua, yang gemuk (banyak dagingnya); ketiga, yang bertanduk (i.e. tidak patah atau campung tanduknya. Kalau patah kurang dari separuh, mengikut hadith yang lain, tidak mengapa); keempat, bulunya putih bercampur hitam tapi banyak bulu putih dari yang hitam; dan kelima, haiwan yang dikemilikan (dimandulkan) kerana gemuk ia dan banyak dagingnya Itulah sifat-sifat terbaik bagi haiwan kurban supaya ramai orang boleh merndapat manfaat dari bahagian dagingnya yang diagihkan. Tapi, bukanlah syarat mutlak sebagaimana umur haiwan ditetapkan.]
Beberapa perkara yang tidak diperbolehkan dijadikan haiwan kurban
(Ma la yajuzu fi udhiyyati)
(a) Haiwan yang tak sah dijadikan kurban
Saudara, dalam hadith ini disebutkan bahawa haiwan yang tidak boleh dijadikan kurban pula. Bara' b Azib menyebutkan 4 perkara yang tidak dibolehkan mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w).

Diriwayatkan hadith ‘Ubaidin b Fairuz berkata: ‘Aku bertanya pada Brra’ b ‘Azib apa-apa yang tidak boleh di dalam haiwan kurban, maka berkata dia (Barra’): ‘Berdiri diantara kami Rasulallah (s.a.w). (Aku melihat) Jari-jari aku (i.e. kata Barra’) lebih pendek dari jari-jari beliau dan ruas-ruas jari-jariku (i.e. Barra’) lebih pendek dari ruas-ruas jarinya (i.e. Nabi), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Arbaun la tajuzu fi adohi al-aura-u baiyinun ‘awaruha, wal-maridatu baiyinun maraduha, wal-‘arjahu baiyinun zal’uha, wal-kasirul-lati la tanqa.’ (Yang bermaksud: Empat perkara tidak boleh (dijadikan haiwan kurban) untuk dikurbankan, (pertama) buta salah satu matanya dan jelas butanya, dan (kedua) sakit yang jelas diketahui sakitnya, dan (ketiga) pincang (atau tempang) kakinya yang jelas kelihatan pincangnya tempangnya, dan (keempat) pecah tulang (kakinya) yang tidak ada sum-sumnya.’) Berkata (Barra’): ‘Berkata aku: ‘Maka sesungguhnya benci aku bahawa ada di dalam umurnya kurang.’ Maka bersabda (Nabi): ‘Ma karihta fada’hu wa-la tuharrimuhu ‘ala ahadin.’ (Yang bermaksud: Apa-apa yang benci engkau, (dibolehkan) maka jangan engkau mengharamkan atas seseorang (i.e. jangan menjadikan ketetapan Islam, kerana tiada ketetapan sedemikian dalam Islam.) [Hadith Abu Daud, Kitab Haiwan Kurban (Sahih)]
[Nota: Hadith ini menyebutkan ada empat sifat yang tidak boleh wujud pada haiwan kurban itu, iaitu pertama, buta salah satu matanya; kedua, haiwan yang sakit yang jelas diketahui dengan jelas ia sakit; ketiga, pincang atau tempang kakinya ketika berjalan; dan keempat, patah tulang salah satu kakinya dan jelas tiada sum-sumnya. Dalam hadith sebelumnya disebutkan bahawa Nabi (s.a.w) menyembelih haiwan yang dimandulkan. Itu dibolehkan. Lagipun haiwan jantan yang dimandulkan lebih gemuk dan banyak dagingnya. Pilihan terbaik adalah haiwan kurban yang gemuk.]
(b) Syarat Tanduk, Telinga dan Kaki
Diriwayatkan hadith dari Ali (r.a) berkata: ‘Melarang Rasulallah (s.a.w) bahawa menyembelih (haiwan kurban) yang putus tanduknya dan (putus) telinganya.’ Berkata Qatadah: ‘Maka menceritakan aku demikian hadith kepada Said b Musaiyab, maka berkata (Said): ‘Haiwan apa-apa yang putus (tanduk/telinga) sampai separuh dan apa-apa atas/yang melebihi demikian (seperdua) – Hadith at-Termidzi dalam Kitab Haiwan Kurban
[Nota: Haiwan kurban itu hendaklah tidak patah tanduknya dan tidak pula putus telinaganya - sebelah atau dua belah sekali.]
(c) Syarat Telinga
Diriwayatkan hadith dari Ali (r.a) berkata: ‘Diperintahkan kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w): ‘An nastasyrifal-‘aina wal-uzunaina, wa-lanudhahi bi-‘aura-a wa-la muqabalatin, wa-la mudabarati, wa-la kharqah-a, wa-la syarqa-a.’ (Yang bermaksud: Bahawa meneliti kami pada mata dan telinga (haiwan kurban), dan tidak menyembelih kami (sebagai haiwan kurban) yang buta sebelah matanya dan tidak koyak/sobek telinga depannya dan koyak/sobek telinga belakangnya, dan tidak berlbang telinganya, dan tidak terbelah telinganya jadi dua.’ Berkata Zuhairun: ‘Maka berkata aku (Zuhair) kepada Abi Ishak menceritakan: ‘Apakah menyebutkan Syari’ b Nu’man hairan tentang putus telinga/tanduknya.’ Berkata (Abi Ishak): ‘Tidak.’ Berkata aku (Zuhair): ‘Fa-ma muqabalatu’? Berkata (Abi Ishak): ‘Yuqta-u taraful-uzunu’ – putus hujung telinganya. Berkata aku (Zuhair): ’Fa-ma mudabaratu?’ – putus telinga belakang? Berkata (Abi Ishak): ‘Yuqta-‘u min muakharil-uzuni’ – putusan telinga bahagian belakangnya. Berkata aku (Zuhair): ‘Fa-mas-syarqahu?’ - koyak telinga jadi dua. Berkata (Abi Ishak): ‘Tusyaqqul-uzunu’ – dikoyakkan telinganya terbelah dua. Berkata aku (Zuhair): ‘Fa-ma al-kharqahu?’ - berlobang telinganya? Berkata Abi Ishak: ‘Tuhraqu uzunuha lis-samati’ – dilubangi telinganya sebagai tanda. – Hadith Abu Daud, dalam Kitab Haiwan Kurban
[Nota: Ternakan yang dilobangkan telinganya sebagai tanda menunjukkan hak milik atau baka juga tidak dibolehkan dijadikan ternakan kurban.]
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment