Sunday, October 20, 2013

Adakah saudara faham Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita dalam memahami Islam dan syariat nya, satu perkara yang amat kritikal, iaitu berjema'h. Kita sudahpun tahu bahawa dua pra-syarat untuk menjadikan kita seorang Islam yang benar berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), iaitu, pertama berpandukan dan pegang as-Sunnah dalam mengerjakan amalan dan ibadah, dan kedua, berjema'ah. Kita juga telah tahu dan faham bahawa kalau tak berjema'ah belum diakui kita Islam. Dan, kalau kita tidak mengangkat seorang imam/amir dalam jema'ah, maka belum halal kehidupan kita di dunia. Apabila tidak hala kehidupan kita, maka segala amalan dan ibadah kita belum diterima Allah (a.w). Dalam post ini juga kita sudah tahu bahawa berjema'ah itu bukanlah syarat rekaan manusia, tetapi ketetapan Allah (a.w) - Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kepada kita dalam hadith bahawa beliau diperintahkan oleh Allah (a.w) suaya berjema'ah dalam Islam dan kerana perintah Allah (a.w) itu, beliau memerintahkan umatnya supaya berjema'ah.
Saudara, kita teliti pula selanjutnya nas dan dalil as-Sunnah mengenai hakikat berjema'ah itu. Dalam hadith berikut kita diberitahu beberapa perkara; iaitu: Allah (a.w) ridha kepada kita kalau kita berjema'ah; Allah (a.w) melarang kita berpecah-pecah atau berpuak-puak dalam agama; dan Allah (a.w) pasti menolong umat Islam yang berjema'ah.

Berjema’ah dalam Islam (Sambungan)
Keridhaan Allah (a.w) bila berjema’ah

Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu beberapa perkara, antaranya kita diwajibkan berjema'ah dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.’ [Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah sebagai tuhan hanya Dia (Allah) dan jangan syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (=agama) Allah (a.w) dengan cara berjema’ah; dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang sianu dan sianu, begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam agama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam, yakni, fi sabilillah (seumpama, kebajikan akhiratnya seperti mengeluarkan zakat dan menginfaqkan sebahagian dari harta-harta tersebut) dan dimanfaatkan untuk fi sabilillah.)] [Hadith Muslim]
Selain berjema'ah itu, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) ridha hambaNya yang Islam dan beriman yang tidak syirik dan tidak berpecah-belah atau berfirqah, dan berjema'ah dalam Islam; dan Allah (a.w) bencikan umatnya yang Islam dan beriman bertaklid - ikut cakap-cakap atau kata-kata sifolan dan sifolan, kerana umat Islam itu wajib belajar ilmu dan fahamkan Islam dan tuntutannya, banyak bertanya bukan kerana mencari kefahaman tetapi sengaja hendak menimbulkan kontroversi atau mendatangkan fitnah, dan membazirkan harta, maksudnya harta - tak kira banyak ana - dihabiskan untuk tujuan yang batil, termasuklah kerana riak (supaya dikatakan orang yang hebat), sum'ah (supaya dicanangkan orang kebaikan kita) dan berbangga diri (supaya orang tahu betapa hebatnya kita dalam dunia), dan tidak untuk fi sabilillah.

Wajib berjema’ah dan jangan berfirqah

Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu beberapa perkara yang tidak wajar dilakukan oleh orang iman. Sekali lagi Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah bahawa wajib berjema'ah dan ditegah berpecah-pecah dalam Islam, dan yang paling utama kita ingat adalah bahawa syurga itu pasti didapati jika kita berjema'ah dalam Islam dan syaitan iu mudah menggoda dan menyesatkan orang Islam yang tidak berjema'ah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar (r.a) di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah ((s.a.w) di kalangan kami (suatu masa dahulu) (di sini), maka bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa, wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada; ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-at;i wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi, wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu.’ [Yang bermaksud (sabda): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat dan sahabat yang lain) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yang mengikuti) (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para pengikut para tabi’in atau tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi. Ingatlah tidak menyendiri (atau menyendiri, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga kepada mereka berdua itu (adalah) syaitan; wajib atas kamu dengan berjema’ah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan, fahaman atau aliran atau mazhab), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan (yang mengamalkan Islam tanpa berjema’ah) dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), (menjadikan mereka) lebih jauh (dari kebenaran); barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti atau berada dalam) jema’ah; barangsiapa menyenangkan (atau mempermudahkan) seseorang Islam dan iman yang lain (dalam kesusahan maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak = syurga); (barangsiapa) mendatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak, i.e. balasan buruk = neraka); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik perangai).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
Dan, kita disuruh berbuat baik sesama orang Iman dan membantu serta menolong mereka dalam kesusahan dll.

Pertolongan Allah (a.w) pada jema’ah 

Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) pasti menolong umat Islam dan orang iman yang berjema'ah. Yang pasti ketika di dunia segala amalan dan ibadah diterima dan di akhirat dijanjikan syurga.
Diriwayatkan hadith daripada ibni Tausin hadith dari bapanya hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Yadullahi ma’al jama’ati.’ (Yang bermaksud: Tangan (yakni, pertolongan) Allah (a.w) adalah berserta dengan Jema’ah dan orang-orang yang berjema’ah)..

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment