Saturday, October 19, 2013

Puasa Sunat: Puasa Asyura

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi kita akan masuk tahun baru Hijrah 1435, apabila beriakhirnya bulan Zulhijjah tahun hijrah 1434. - insya Allah pada 5 November 2013 nanti.Insya Allah 9 dan 10 Muharam jatuh pada 13 dan 14 Nov ni. Mudah-mudahan saudara yang ingin pahala tambahan kurniaan Allah (a.w) cubalah berpuasa pada hari Rabu dan Khamis bersamaan 13 dan 14 November 2013 ini. Di bawah ini kita teliti sandaran nas dan dalil as-Sunnah mengenainya.

Puasa Hari ‘Asyura 

Hari Asyura itu adalah pada 10 haribulan Muharram. Ada hadith menyebutkan juga pada 9 Muharram. Ada ijtihad, bahawa Puasa Asyura itu boleh dikerjakan dua hari, iaitu pada 9 dan juga 10 Muharram. Di dalam hadith berikut diberikan nas dan dalil bahawa puasa Hari Asyura itu memberi ganjaran pahala yang besar, iaitu menghapuskan dosa-dosa setahun terdahulu daripadanya (yakni, dosa-dosa setahun dahulunya):
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Siamu yaumai 'asyura-a inni ahtasibu 'alallahi an yukaffiras-sanatal-lati qablahu.' (Yang bermaksud: Puasa hari ‘Asyura bahawasanya aku kira atas Allah (a.w) bahawa mengkifarahkan (dosa-dosa) tahun dahulunya (yakni, puasa Asyura itu menghapuskan dosa tahun dahulu, yakni sebelum Hari Asyura).) [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith di bawah ini juga menjelaskan perkara yang sama. Hadith ini juga menjelaskan bahawa sebelum difardukan (yakni, turun ayat al-Quran mewajibkan berpuasa Ramadhan), Rasulallah (s.a.w) mengamalkan berpuasa Asyura, seakan-akan wajib baginya. Dengan difardukan puasa Ramadhan itu, puasa ‘Asyura menjadi sunat sahaja:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bekata: ‘Adalah ‘Asyura itu hari yang puasa akan dia orang Quraisy di dalam zaman jahiliah, dan adalah Rasulallah (s.a.w) berpuasa dia akandia, maka tatkala datang dia ke Madinah berpuasa dia akandia (i.e. Puasa Asyura) dan menyuruh orang (i.e. para sahabat) dengan puasa itu, maka tatkala difardukan puasa Ramadhan adalah Ramadhan itu puasa wajib (fardu), dan ditinggalkannya (puasa) ‘Asyura. Maka barangsiapa berkehendakan (puasa itu) puasalah akandia, dan barangsiapa meninggalkannya tinggalkanlah.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith di atas memberi nas dan dalil hadith bahawa puasa Asyura itu adalah sunat sahaja. Kita diberi pilihan sama ada hendak buat atau tidak mengerjakan puasa ini. Hadith di bawah ini menyebut puasa ‘Asyura itu adalah pada 9 Muharram, manakala hadith berikutnya pula menyatakan pada 10 Muharram. Kebanyakan hadith menyebutkan pada 10 Muharram:
Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada hari ‘Asyura. Apakah dia (yakni, pada hari itu) puasa aku akandia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’ Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’ Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi]
Puasa sunat Asyura itu, mengikut hadith di atas adalah pada 9 haribulan Muharram. Harinya dihitung bermula terbitya anak bulan Muharram. Manakala hadith berikut pula mengatakan pada 10 haribulan Muharram.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi
Dalam hadith berikut dijelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) ingin berpuasa dua hari tahun depannya, tapi beliau wafat, sebelum tiba tahun baru.
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah b Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'La-in baqitu ila qabilin la-asu mannt-tasi'a.' (Yang bermaksud: Seandainya aku (Nabi) masih tetap hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada tanggal 9 Asyura). Wa-fi riwayati Abi Bakrin qala:' Yakni yaumal 'asyura.' (Yang bermaksud: Dan dalam riwayat yang lain berkata Abu Bakar (menjelaskan sabda ini): 'Maksudnya hari Asyura.) - Hadith Muslim, dalam Kitab Siam.
Dan, meriwayatkan hadith dari ibnu Abbas bahawasanya berkata: 'Sumut-tasi-'a wal-'asyira wa-khaliful Yahuda.' (Yang bermaksud: Diriwayatkan dari ibni Abbas berkata: 'Berpusalah pada tanggal 9 dan 10 Muharram dan menyelisihilah kaum Yahudi (maksudnya, berpuasalah dua hari supaya tidak mencontohi kaum Yahudi yang berpuasa Asyura sehari sahaja) - Hadith at-Termidzi.
Saudara, berdasarkan hadith-hadith ini jelaslah fadhilat Puasa Asyura itu adalah menghapushan dosa setahun, iaitu dosa tahun dahulu, yakni mulai Muharram tahun lalu sehinggalah tiba Muharram tahun ini. Di dalam hadith di atas disebutkan puasa pada 9 haribulan Muharram atau 10 Muharram. Justeru itu, disunatkan berpuasa puasa sunat Asyura itu satu atau dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram. Namun yang afdhalnya berpuasalah dua hari - 9 dan 10 Muharram, kerana itulah ketetapan as-Sunnah sebagaimana yang disebutkan oleh ibnu Abbas (r.a) dan sebagaimana hasrat Rasulallah (s.a.w), supaya tidaklah umat Islam itu mengiuti perlakuan orang Yahudi.
[Nota: Daripada hadith-hadith ini jelaslah setelah diwajibkan puasa Ramadhan maka Puasa Hari Asyura ini disunatkan, namun dikira hampir-hampir wajib dan pahalanya amat besar. Puasa fardu Ramadhan itu sisyariatkan setelah Rasulallah (s.a.w) berhijrah ke Madinah.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment