Thursday, October 3, 2013

Haji dan Umrah: Jadilah ... (Samb.)

Assalamualaikum,

Saudara, dalam post yang lalu kita telah tahu betapa besarnya risiko bagi seseorang Islam itu apabila telah dikira mampu mengerjakan haji tetapi tidak berusaha untuk mengerjakannya, kalau ditakdirkan sampai ajalnya, maka mati dia, maka matinya dikira matinya sebagai seorang Yahudi atau Nesrani - maksudnya mati kafir, wal iya zubillah.
Saudara, dalam post ini kita teliti betapa besarnya ganjaran pahala bagi jemaah haji yang, ketika berada di Madinah, atau di Mekah, membuat sesuatu amalan, yang ganjarannya amat besar.

Semasa Berada Di Madinah

Semasa berada di Madinah atau berkesempatan berada di Madinah 8 hari atau lebih, ambillah kesempatan bersolat fardu secara berjemaah di Masjid Nabawi sebanyak 40 waktu tanpa putus-putus. Banyak pahalanya, seperti yang disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas bin Malik (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘ 'Man solla fi masjidi arba’ina solatan la yafutuhu solatan kutibath lahu bara-atun minan nari wa-najatun minal ‘azabi wa-baria minan-nifaqi.' (Yang bermaksud: Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq).) [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad]
Saudara, begitu besarnya ganjaran pahala atas seseorang yang berkesempatan berada di Madinah, kemudian dia bersolat 5 waktu solat faru selama 8 hari, tanpa tertinggal satu solatpun, maka dia dijaga dari siksaan dalam neraka, dan selamat dari tergolng orang yang munafiq. Orang munafiq itu di akhirat kelak dimasukkan ke dalam bahagian neraka yang terkebawah sekali, di atas mereka orang kafir. Fikirkanlah betap beratnya siksaan terhadap mereka berbanding dengan orang kafir.

Semasa Berada Di Mekah

Apabila sampai ke Mekah dan sebelum masuk ke bilik hotel digalakkan mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang), kemudian barulah masuk menginap hotel. Kemudian apakala hendak meninggalkan Mekah, yakni nak balik lakukan Tawaf Wida’ atau Wada’ (Tawaf Selamat Tinggal), kemudian terus meninggalkan Mekah.
Sebaik mungkin semasa berada di Mekah, yakni Masjid al-Haram, penuhilah masa berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin pahala dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah. Pahala yang didapati kerana mengerjakan ibadah di tanah haram, terutama di Masjid al-Haram disebutkan dalam hadith berikut:
(1) Diriwayatkan hadith dari Ismail bin Abi Khalid hadith dari Zadan berkata: ‘Jatuh sakit ibnu Abbas (r.a) suatu sakit yang bersangatan, maka memanggil dia akan anak-anaknya maka mengumpulkan mereka sekelian, maka berkata dia: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersadba: ‘ 'Man hajja min makkata masyian hatta yarji’u ila makkata katabaallahu lahu bikulli hatwatin sab miati hasanatin mithla hasanatil-harami.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa haji dari Mekah ... sehingga keluar ke Mekah ditulis Allah (a.w) baginya dengan tiap-tiap kebaikan (amal makruf) (digandakan sebanyak) 700 kebaikan setiap kebaikan seumpama kebaikan al-Haram.) Dikatakan (yakni, ditanya oleh) orang: ‘Apa dia kebaikan al-Haram?’ Berkata dia: ‘Bagi setiap kebaikan 100,000 kebaikan’.) [Hadith al-Hakim, di dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik]
(2) Dirwayatkan hadith dari ‘Atak hadith dari Jabir (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Solatun fil masjidi afdhali min alfi solatin fima siwahu illa masjidil harama wa-solatu fi masjidil harami afdhalu min miatin alfi solatin fima siwahu.' (Yang bermaksud: Solat di dalam masjidku (yakni, Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih afdhal dari 10,000 solat di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram, dan solat di dalam Masjidil Haram lebih afdhal dari 100,000 solat di lain-lain masjid.) [Hadith ibnu Majah]
[Nota: Hadith ini merujuk kepada solat. Sebenarnya kefadhalan tersebut trmasuklah melakukan segala amal makruf. Oleh itu berusahalah untuk mencari sebanyak bekalan pahala demi kebajikan akhirat kita.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment