Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun tahu ilmunya betapa besarnya pahala mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. Namun, bagi saudara yang diberi kesempatan oleh pihak berkuasa untuk turut mengerjakan ibadah haji, katalah, tahun ini, usahakanlah supaya ibdah tersebut dikerjakan sebaik mungkin menepati ketetapan as-Sunnah. Kerana ibadah haji yang menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tidak mendapat sebarang pahala, malah ditolak oleh Allah (a.w).
Saudara, ibadah haji itu terbaik dikerjakan ketika muda apakala sudah ada kemampuan. Tambahan pula seseorang yang sudahpun mampu untuk mengerjakan haji dan diberi peluang pula mengerjakan haji pada sesuatu tahun, maka dia gagal mengusahakan agar dia ke Mekah mengerjakan haji ditakdirkan sampai ajalnya pula belum sempat menunaikan haji tersebut, maka Islam menghukumi dia itu mati sebagai seorang Yahudi atau Nesrani, maksudnya mati kafir.
Bagi orang mudah yang diberi kesempatan menunaikan haji ketika usia muda, eloklah usahakan supaya ibadah haji itu dikerjakan secara 'masian' berjalan kaki dari mula sampai akhirnya.
Haji Masian itu melibatkan perjalanan kaki dari Mekah ke Arafah, dari Arafah ke Mizdalifah, dari Muzdalifah ke Mina dan kemudian dari mina ke Mekah (Masjidil Haram). Jarak dari Mekah (Majidil Haram) ke Arafah adalah kira-kira 34 kM, dari Arafah ke Muzdalifah kira-kira 6kM, dari Muzdalifah ke Mina kira-kira 7 kM dan dari Mina ke Mekah (Masjidil Haram) kira-kira 15 kM. Dalam hadith berikut disebutkan ganjaran pahala orang yang mengerjakan Haji Masian itu.
Kefadhalan Haji Masian (Berjalan Kaki)
Saudara, kefadhalan mengerjakan Haji Masian (Berjalan Kaki) itu disebutkan dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith dari Ismail bin Abi Khalid hadith dari Zadan (r.a) berkata: ‘Jatuh sakit Ibnu Abbas (r.a) suatu sakit yang teramat sangat, maka memanggil (dia akan) anak-anaknya maka mengumpulkan mereka, maka berkata dia (berwasiat kepada anak-anaknya): ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja min Makkata masyian hatta yarji’a ila makkata kataballahu lahu bikulli hatwatin san’a miati hasanatin kullu hasanatin mithlu hasanatil harami.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengerjakan haji dari Mekah (i.e. Masjidil Haram) berjalan sehingga kembali ke Mekah (i.e.tawaf mengelilingi Ka’abah, yakni Tawaf Ifadah) menulis Allah (a.w) baginya dengan setiap langkahnya 700 kebaikan (dan) setiap kebaikan seumpama kebaikan di tanah haram.’ Dikatakan (oleh para sahabat): ‘Apakah kebaikan tanah haram itu?’ Bersabda Rasulallah (sa.w): ‘Bikulli hasanatin miatu alfi hasanatin’ [Yang bermaksud: ‘Dengan setiap kebaikan (bersamaan) 100,000 kebaikan.’) - Hadith al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab Peraturan Haji
Saudara, dalam hadith berikut pula kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) tentang kefadhalan lain kerana mengerjakan Haji Masian itu.
Rasulallah (s.a.w)
memberi kita tahu bahawa pahala haji itu bergantung kepada kepayahan
mengerjakannya. Justeru itu, dalam hadith berikut disebutkan bahawa orang yang
mengerjakan haji dengan berjalan kaki mendapat pahala haji sebanyak 70 haji,
manakala orang yang berkenderaan naik haji hanya mendapat satu pahala haji.
Diriwayatkan hadith dari Abu
Hurairah (r.a): ‘Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Bagi orang yang berjalan kaki
mengerjakan haji pahalanya 70 kali haji dan bagi orang yang mengerjakan haji
menaiki kenderaan pahalanya satu haji.’ [Hadith riwayat ad-Dalami dalam Kanzil
Umal]
Saudara, pada zaman dahulu lebih
payah menunaikan ibadah haji berbanding dengan sekarang. Oleh itu, seseorang
yang berjalan kaki mengerjakan haji dari 8 Zulhijjah sampai 13 Zulhijjah,
mendapat ganjaran pahala yang amat banyak, iaitu 70 haji, apabila menyempurnakan satu pekerjaan haji. Walaupun kini sukar untuk mendapat peluang menunaikan haji kerana sebab-seb ab kawalan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan peraturan pihak berkuasa Malaysia sendiri serta kerana ramainya umat Islam yang sudahpun mampu berhaji, maka jika diberi peluang eloklah berhaji ketika umur muda dan kuat, maka boleh kerjakan Haji Masian tersebut. Kerana ramainya manusia takkan terasa kepayahan berjalan kaki itu. Oleh itu usahakanlah.
Saudara, kefadhalan Haji Masian itu diperincikan ganjaran pahalanya dalam hadith di atas itu; iaitu: pertama, setiap langkah dia berjalan mendapat pahala 700 kebaikan; kedua, setiap pahala langkah yang 700 kebaikan itu digandakan pula 100,000 kebaikan (i.e. 700 x 100,000 kebaikan); dan dalam hadih berikutnya, diberi ganjaran pahala seumpama mengerjakan 70 kali haji, masya Allah.Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment