Saturday, October 5, 2013

Haji dan Umrah: Jadilah ... (Samb.)

Assalamualaikum,
dalam situasi semasa kita dapati mint untuk umat Islam di Malaysia nak tunaikan haji amat meluas, serta kuota visa haji yang terhad sehinggakan ramai tak berpeluang atau diberi peluang hanya ketika sampai umur tua pula 60 tahun keatas.Maka terhalanglah bagi orang Islam untuk menunaikan haji satu ibadah yang besar pahalanya dan wajib atas diri mereka.
Saudara, dalam keadaan sedemikian itu, yang boleh mudah diusahakan dan tidak trtaklk kepada kuota visa, adalah ibadah umrah. Ada ketetapan Islam bahawa sesiapa yang mengerjakan umrah pada musim-musim tertentu mendapat ganjaran pahala yang begitu banyak pula. Antara contohnya adalah mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan mendapat pahala seumpama berhaji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Hebat pahala haji para sahabat yang di zaman Rasulallah (s.a.w) sama-sama menunaikan haji ketika Rasulallah (s.a.w) menunaikan Haji Wada' beliau.

Umrah Dalam Bulan Puasa
Ramai orang Islam berusaha untuk mengerjakan umrah dalam bulan puasa, yakni Ramadhan. Hadith berikut menjelaskan bahawa seorang isteri memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa dia mengendali dua ekor unta sebagai dam bagi suaminya dan anak lelakinya. Dan, kerana itu dia tidak mengerjakan haji. Wanita itu diberitahu oleh Nabi (s.a.w) supaya mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan kerana pahala umrah sedemikian adalah seumpama mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith dari habib al-Mu’allimu hadith dari ‘Ata’ hadith dari Ibni Abbas (r.a) sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Adapun perempuan dari kaum Ansar berkata baginya Ummu Sinan: ‘Apakah yg mencegah atas engkau sesungguhnya apabila ada pada kamu melaksanakan haji bersama-samaku?’ Berkata perempuan (Ummu Sinan): ‘Bersama-samaku ada kedua-dua untanya (milik) abi fulan (i.e. sifulan), suaminya sedang haji dan anaknya atas salah satu darinya (untanya) dan adapun yang lainnya memberi minum atas budakku.’ Bersabda (Nabi (s.a.w): ‘Maka umrahlah engkau di dalam bulan Ramadhan (kerana umrah dalam bulan Ramadhan itu) membandingi (umrah itu, pahala seumpama mengerjakan) haji atau mengerjakan haji bersama-samaku (Nabi).’ [Hadith Muslim, Kitab Haji]
Demikianlah besarnya pahala orang yang mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. Pahala yang diperolehinya menyamai pahala satu haji atau pahala haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Oleh yang demikian, sesiapa yang mampu mengerjakan umrah, eloknya dia mengerjakan umrah dalam bulan puasa (Ramadhan), kerana pahala yang begitu besar.
Saudara, jika saudara sudahpun bersedia untuk menunaikan haji tetapi belum diberi kesempatan oleh pihak berkuasa (i.e. Tabung Haji, contohnya mengikut jadual dalam senarai menunggu), maka eloklah saudara usahakan pergi ke Mekah dalam bulan puasa (Ramadhan) berpuasa di sana yang mendatangkan pahala yang begitu besar - gandaan setiap hari berpuasa mendapat 100,000 hari berpuasa pula, maka mengerjakan umrah dalam bulan puasa mendapat ganjaran seumpama mengerjakan satu haji atau mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). Oleh itu usahakanlah. Tapi wajib ingat bahawa umrah tersebut hendaklah murni tidak dicemari sesuatu yang membatalkan dan membatilkannya spt membaca pelbagai bacaan dalam rukun qaulinya, niatnya tersasar dan rukun fe'linya tak tercemar. Pencemaran utama dalam ibadah umat Islam adalah mengrjakan sesuatu yang bid'ah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment