Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita sudahpun mendapat tahu bahawa ada dua ibadah utama dalam bulan Zulhijjah, iaitu Haji dan Umrah. Haji itu wajib dikerjakan oleh setiap orang yang akui dirinya Islam. Umrah itu adalah ibadah sunat, namun digalakkan seorang Islam itu setelah mengerjakan haji, mengerjakan umrah pula. Rasulallah (s.a.w) ingin mengerjakan haji lebih awal dalam hidupnya tetapi dihalangi oleh kaum musyrik dan kafir Mekah, maka dia hanya sempat mengerjakan umrah sahaja sebanyak 4 kali. Justeru itulah Rasulallah (s.a.w) mengerjakan hanya satu haji - Haji Wada'. Tak lama kemudian beliaupun wafat. Ketika di Arafahlah syariat agama Islam itu disempurnakan Allah (a.w) dengan turunnya Ayat 3, Surah al-Maidah yang menyebut, antara lain, kesempurnaan syariat agama Islam. Maka dengan itulah kemurnian agama Islam itu akan tercemar jikalah orang Islam itu membuat pelbagai tambahan dan perubahan kepada ketetapan syariatnya, menyimpang dari atau berbeza dengan ketentuan syariat Islam yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Ibadah Haji yang tidak Murni ditolak
Sehubungan itulah, ibadah haji dan umrah yang tercemar rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'linya tidak diakui mendapat Haji Mabrur. Malah, ibadah haji tersebut sendiri tertolak, tidak diterima Allah (a.w). Ini adalah sejajar dengan sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:'
Diriwayatkan hadith Rasulallah
(s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yuqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu
khalisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya
Allah (a.w) tidak akan menerima suatu amalan kecuali amalan yang dikerjakan itu
murni (yakni, tidak dicemari oleh sesuatu apapun) dan (dikerjakan kerana)
mencari wajah Allah (a.w) (yakni, kerana mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah
semata-mata). [Hadith an-Nasa’i, Kitab Jihad].
[Nota: Allah (a.w) hanya menerima hambaNya yang murni Islamnya – dari segi aqidah (kepercayaan dan keyainan) dan murni dari segi praktikalnya atau amalannya serta ibadahnya (i.e. bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah). Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini bahawa sesiapa yang tidak murni Islamnya, tidak akan diterima segala amalan dan ibadahnya, yakni pengabdiannya. Murni itu aqidah dan pengamalan yang menepati ketetapan Allah (a.w) yang disebutkan dalam Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar, Ayat 5, Surah al-Baiyinah, Ayat 153, Surah al-An’am dllnya. Islam itu tidak murni kalau sepotong ayat atau sesuatu cerita yang disebutkan dalam al-Quran itu tidak diterima oleh seseorang itu. Islam itu juga tidak murni jika seseorang itu mengketepikan as-Sunnah, dan mengikuti semata-mata al-Quran, kerana Allah (a.w) menyuruh umat Islam itu pegang as-Sunnah – amal dan kerjakan apa yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa-apa yang ditegah atau dilarang – Ayat 7, Surah al-Haysr dll. Malahan Allah (a.w) perintahkan manusia yang Islam itu contohi Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) itu adalah uswatun hasanah’ = model ikutan terbaik dalam perkara dunia dan akhirat – Ayat 21, Surah al-Ahzab. Sesiapa yang inginkan kerahmatan Allah (a.w) dan syurga, ikuti contoh dan petunjuk Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) mengingatkan umatnya supaya jauhi apa yang beliau tegah. Contohnya, mengerjakan amalan dan ibadah – yang fardu maupun yang sunat – supaya menepati sabdanya: ‘Man ‘amila ‘amalan laisa amruna, fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang megerjakan sesuatu amalan yang tidak termasuk dalam perkaraku (Nabi), maka amalannya (atau ibadahnya) di tolak (oleh Allah (a.w), yakni tidak diterima). Maka amalan dan ibadah tersebut sia-sia semata-mata.
Saudara, jelaslah bahawa jika ibadah haji atau umrah atau apa saja ibadah dan amalan kita itu murni, yakni tidak dicemari oleh sesuatu yang tiada disuruh oleh Allah (a.w) - al-Quran dan apa-apa yang tidak disuruh atau dicontohkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) - as-Sunnah, maka kita mendapat pahala yang dijanjikan oleh Allah (a.w). Dengan syarat niat kitapun murni menepati Ayat 57, Surah al-Isra'.
Saudara, kita mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan Allah (a.w) akalu Islam kita itu benar dan sah, yakni menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Inilah ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Sesiapa yang taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti Allah (a.w) masukkan ke dalam syurga.'
Sahnya Islam apabila berjema'ah

Saudara, kita telahpun tahu dan faham bahawa Allah (a.w) perintahkan umat Islam suaya berjema'ah dalam Islam - Ayat 103, Surah ali-Imran. Allah (a.w) juga perintahkan umat Islam supaya mentaati Imam - kepimpinan jema'ah umat Islam - Ayat 56, Surah an-Nisa'. Namun, jika imam itu melakukan sesuatu yang diluar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka umat Islam dilarang mendegar ketetapannya dan mentaati ketetapnnya, kerana itu adalah ijtihad yang maksiat. Maka dengan itulah dalam Ayat 56, Surah an-Nisa' tersebut, Allah (a.w) memerintahkan manusia apakala berlaku perselisihan tentang sesuatu mengenai Islam dan syariatnya, umat Islam wajib kembali merujuk, untuk penyelesaiannya, kepada al-Quran dan as-Sunnah. Yang benar hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Ketetapan yang mutlak hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan ketetapan manusia lain, termasuk Imam yang memimpin jema'ah umat Islam.
Saudara, benarnya dan sahnya Islam seeorang itu kalau menepati ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran - tentang berjema'ah dan Ayat 56, Surah an-Nisa' - tentang ketaatan terhadap kepimpinan jema'ah Islam. Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah menjelaskan serta memperincikan hakikat berjema'ah dan kepimpinan ini. Salah satu ketetapan fundamental dalam Islam adalah sah atau tidaknya Islam seseorang itu diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w), yang kemudiannya dihuraikan oleh para sahabat. Omar (r.a) yang diberikan Allah (a.w) keistimewaan dalam ucapan dan kata-kata beliau, membuat rumusan dalam hadith berikut.
Omar (r.a) dalam as-Sunnah merumuskan aqidah dan syariat agama Islam itu dengan menyebutkan: ‘… innahu la Islama illa bijama’ati, wa-la jama’ati illa bi-imarati, wa-la imarati illa bi-to’ati; faman saudahu qaumuhu ‘ala fiqhi kana hayatan lahu wa-lahum; wa-man saudahu qamuhu ‘ala ghairi fiqhin, kana halakan lahu wa-lahum.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya tidak dikatakan Islam kecuali dengan berjema’ah, dan tidak dikatakan berjema’ah kecuali dengan berimam, dan tidak dikatakan berimam kecuali dengan ketaatan (terhadap Imam), maka sesiapa yang menjadikan pemimpin atas kaumnya orang yang faqih (i.e. faham agama Islam) ada kehidupan baginya (i.e. bagi yang memimpin) dan bagi yang dipimpin; dan sesiapa yang menjadikan pemimpin atas kaumnya atas selain kefaqihan (i.e. faham agama Islam), ada kerosakan/kemusnahan (di dunia dan di akhirat) bagi yang memimpin dan yang dipimpin.) – Hadith ad-Darami dalam Kitab Ilmu.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) membenarkan (i.e. mengiyakan) kata-kata Omar (r.a) dan dia berkata-kata dengan kebenaran. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah ada seorang Nabi selepas beliau wafat, pastilah Nabi itu Omar b Khattab (r.a).]
Haji Mabrur hanya bagi orang yang Islamnya benar

Saudara, berdasarkan hadith-hadith tersebut itu, sahnya Islam itu ada kaitan yang amat rapat dengan benar dan batalnya amalan dan badah.
Saudara, selain Haji, ibadah yang diutamakan adalah Umrah. Haji itu hanya boleh dikerjakan sekali setahun iaitu pada 8 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah sahaja - bermula dengan Wukuf di Arafah - 9 Zulhijjah, Mabit di Muzdalifah -malam 9 Zulhijjah, bermlam di Mina - 10 hingga 13 Zulhijjah, melontar Jamrah Aqabah - 10 Zulhijjah, melontar 3 jamrah - 11 hingga 13 Zulhijjah, dan Tawaf Ifadah dan Sa'i Haji pada 12 atau 13 Zulhijjah, dan bertahlul pada 13 Zulhijjah. Jika niatnya betul, rukun qalbinya, rukun qaulinya dan rukun fe'linya betul sebagaimana yang ditetapkan dalam as-Sunnah - Khuzu 'anni manasikakaum - itu, dan sah Islamnya, terjaga pantang larang berikhram dan terjaga dari maksiat mulut, panca indera dan selainnya, maka kemungkinan mendapat Haji Mabur.
Umrah itu boleh dikerjakan sepanjang tahun sebanyak mana yang termungkin, namun haji itu diwajibkan sekali sahaja, selainnya hanyalah sunat. Mengapakah perlu mengerjakan haji sunat walhal mengerjakan umrah kita mendapat pahala haji - malah pahala seumpama menunaikan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w) pula - jika kita buat umrah dalam bulan Ramadhan?
Amalan/Ibadah dan Berjema'ah
Amalan/Ibadah dan Berjema'ah
Saudara, selain Haji dan Umrah, dua amalan lagi yang membawa ganjaran pahala yang besar dalam bulan Zulhijjah adalah berpuasa Puasa Arafah pada 9 Zulhijjah dan menyembelih kurban selepas selesai Aidil Adha. Kita dibolehkan berurban itu selama 4 hari iaitu 10 Zulhijjah hinggalah sebelum masuk waktu Asar pada 13 Zulhijjah, iaitu hari Tasyrik ke-3.
Saudara, ganjaran pahala setiap amalan dan ibadah itu bergantung kepada satu pra-syarat yang serinh diremehkan dan diketetpikan oleh umat Islam hari ini, iaitu berjema'ah. Oleh itu rugilah orang Islam kerana ketetapan beikut:

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba
qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yab taghil-firqata
fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu
minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah
(a.w) di dalam jema’ah lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetapan al-Quran
dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika
keliru/tersilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan sesiapa yang beramal dalam
firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar, maka Allah (a.w) tidak
menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat
duduknya di neraka) – Hadith at-Tobrani.
Saudara, mudah-mudahan apa yang ditulis dalam post ini boleh difahami oleh saudara. Kerana besar implikasnya kepada aqidah dan syariah Islam serta pengamalan agama yang kita sama-sama berharap untuk selamat dari siksaan Allah (a.w) dan berjaya mendapat syurga Allah (a.w) kelak di alam akhirat - Ayat 57, Surah al-Isra'. Wajib sentiasalah diambil ingatan bahawa apabila sah Islam seseorang itu maka
setiap amalan dan ibadah yang dikerjakan kalau terkeliru atau tersalah, maka
dimaafkan, dan jika betul amalan dan ibadah tersebut, maka mendapat ganjaran
pahala mengerjakannya. Jika diamalkan oleh seseorang yang tidak berjema’ah,
kalau amalan dan ibadahnya betul - sejajar dengan ketetapan dan panduan al-Quran dan as-Sunnah - tetap dikira salah dan tidak terima Allah
(a.w), kerana tidak memenuhi pra-syarat berjema'ah itu, dan kalau salah pula dikerjakan, pasti disiksa dalam neraka.
Saudara, sah Islam dan sah segala amalan kita kalau kita menepati dua pra-syarat: iaitu, syarat pertama, panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah - pendeknya 'as-Sunnah' (kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' contoh orang iman terbaik bagi manusia); syarat kedua hendaklah Islam berjema'ah. Justeru itulah timbulnya istilah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment