Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang sebelum kita sudah tahu ilmunya menegnai perbezaan antara 3 kategori haji, kenapa kena dam buat umrah dalam buan haji dan niat haji yang tak betul.
Apakah niat haji yang betul? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa niat haji/umrah yag betul supaya kita sebut/lafazkan adalah: bagi haji: 'Labaika, Allahumma Hajjan' (yang bermaksud: Aku datang kepadaMu (Allah), ya Allah ya Tuhanku, untuk mengerjakan ibadah haji); atau bagi umrah: 'Labaika, Allahumma Umratan' (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu (Allah), ya Allah ya Tuhanku untuk mengerjakan ibadah umrah), bukan 'Nawaitu ... dan seumpamanya. Sah haji dan umrah kalau niatnya dilafazkan sedemikian.
Saudara, sebelum mengerjakan Umrah atau Haji, ketika samai ke Mekah, kita diwajibkan untuk menghormati Baitullah atau Masjidil Haram, maka kita hendaklah mengejakan Tawaf Qudum (Tawaf selamat datang) tujuh pusingan mengelilingi Ka'abah sebaik saja sampai ke Mekah. Itu tugas utama sebelum kita buat apa-apa. Tawab memerlukan menutup aurat dan berwudu'. Wajib ingat pula di dalam syariat Islam berwudu' itu bukan membaca 'Nawaitul wudui ...' dan seumpamanya, tetapi menyebut kalimah 'Bismillah' (bukan 'Basmalah') apabila memulakannya. Wudu' yang tidak disebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakannya, tidak sah. Ingatlah!
Saudara, Tawaf Qudum ini berbeza dari Tawaf selainnya - Tawaf Haji (Tawaf Ifadah) atau Tawaf Umrah atau Tawaf Sunat - kerana hendaklah kita berlari-lari anak pada 3 pusingankelilingan pertama, kemudian berjalan sahaja seperti biasa pada pusingan/kelilingan ke-4 hingga 7. Kerana sesak tak boleh berlari-lari anak, hendaklah dilakunkan lari anak-anak tersebut.
Saudara, oleh kerana setiap amalan di Masjidil Haram diberi gandaan pahala, maka selain memenuhi syarat melaksanakan Tawaf Qudum kerana perintah mengormati Ka'abah, kita mendapat pahala 100,000 tawaf pula. Alangkah beruntungnya kita, kalaulah Tawaf kita itu menepati ketetapan as-Sunnah.
Bagaimana tawaf? Proses Tawaf Qudum adalah: pertama, mengambil wudu'; kedua, masuk ke Ka'abah dari mana-mana pintunya dengan membaca Doa Masuk Masjid, kemudian ketika terlihat sahaja Ka'abah maka di bacalah Doa Melihat Ka'abah, kemudian sebelum Tawaf Solat Tahiyatal Masjid dua rakaat, kemudian minum air zam-zam. Ketiga, mulakan Tawaf ketika berada di Rukun Hajar Aswad berniat dalam hati untuk tawaf, mengangkat tangan kanan untuk melambai ke Ka'abah dengan menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar', kemudian berlari-lari anak dari Rukun Hajar Aswad hingga Rukun Yamani,ketika sampai ke Rukun yamani melambaikan tangan kanan sekali lagi sambil menyebut 'Bismillah, Aklahu Akbar', tapi berjalan biasa, tidak berlari-lari anak, dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad. Setiap kali sampai ke kedua-dua rukun tersebut beristilam (=melambai ke Ka'abah) sambil membaca 'Tasbih'nya), sampailah tmat 7 pusingan. Keempat, pada pusingan ke-4 hingga ke-7, ta perlu berlari-lari anak dari Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani. Keempat, ketika selesai Tawaf, maka pergi ke belakang kawasan di belakang Makam Ibrahim dan belakang Multazam, untuk bersolat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim (itu perintah Allah (a.w): 'Wa-takhazu min maqami Ibrahima musolla' (Yang bermaksud: Jadikanlah/ambillah di belakang Makam Ibrahim itu sebagai tempat kamu bersolat). Kawasan tersebut - di belakang Multazam - adalah kawasan antara Sudut/Rukun Hajar Aswad dan pintu Ka'abah, yang termakbul segala doa. Maka disarankan supaya dibaca Dua Doa yang utama ketika bersolat di belakang Makam Ibrahim itu, iaitu Doa Nabi Ibrahim (a.s) dan Doa Nabi Adam (a.s). Kedua-dua doa ini dimakbulkan oleh Allah (a.w) sesiapa yang membacanya sebagaimana termakbul permintaan Nabi Adam (a.s) dan Nabi Ibrahim (a.s) ketika mereka berdoa dulu. Insya Allah kita tengok kalimah-kalimah doa ini nanti dalam post yang akan datang, insya Allah
Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment