Assalamualaikum,
Saudara, dalam al-Quran Allah (a.w) seringkali mengingatkan kita manusia yang Islam supaya beriman, dan apabila beriman supaya bertaqwa, dan apabila menjadi orang Islam dan orang iman, janganlah jadi seumpama haiwan ada mulut untuk makan dan minum, ada telnga tak mau mendengar nasihat, ada mata tidak melihat kebesaran Allah (a.w), ada hati tidak memikirkan tentang nikmat yang diterima sepanjang hari dan setiap saat, dan lain-liannya. Janganlah jadi kaldai yang membawa kitab apakala ada al-Quran di rumah, disimpan sebagai bahan tunjukan, apabila ada telinga dinasihatkan oleh rakan taulan tentang kebenaran tak mahu terima, malah berhujjah pula dalam kejahilan. Jika kita begitu sifatnya, maka Allah (a.w) letakkan kita terkebawah dalam mertabak makhluk, kita lebih buruk lagi dari haiwan. Kerana haiwan mempunya kesemua pancaindera, tapi tak ada otak untuk berifikir. Kita, manusia ada otak boleh berfikir, tapi tak gunakan untuk berfikir sebagaimana haiwan yang pastinya tak boleh berfikir, kerana tak berakal!
Keras Hati – Allah (a.w) Murka Kepadanya
Saudara, sehubungan itu kita lihat pesanan Allah (a.w) dalam hadith berikut:
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yang keras hatinya (i.e. tidak mahu mendengar nasihat dan tunjuk-ajar tentang agama) lagi sombong (i.e. berbangga dengan dirinya, darjatnya, kedudukannya dan segala sesuatu yang dia merasa yang dia lebih baik dari orang lain dan menolak kebenaran), (iaitu) orang yang senang di kalangan orang ramai dan suka bertengkar di pasar, (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tak bangun mengabdikan diri menghidupkan malan dengan mnegerjakan solat malam, berzikir, meminta ampun kepada Allah (a.w), dan membaca al-Quran dan lain-lain amalan) dan seperti kaldai ketika siang hari (kerana menjalani kehidupan hanya memikirkan tentang makan, yakni kesenangan dunia, lupakan tanggung jawab terhadap Allah (a.w) dan kekal mengerjakan perintah dan suruhan). Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhirat.’ [Hadith ibnu Hibban]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) terhadap beberapa golongan manusia yang akui dirinya Islam dan beriman: pertama, orang yang hatinya keras iaitu orang yang apabila diberitahu perkara yang hak dalam Islam – mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dia enggan terima atau tak mahu dengar dan akur. Golongan ini ramai. Tak kurang dikalangan mereka prang yang merasa dirinya alim dan beilmu. Tambahan pula dia digelar ‘ulama’. Disanjung dan dihormati masyarakat. Disegani ‘ilmunya’. Di undang untuk membaca doa atau mengepalakan majlis bacaan Yaasin atau Tahlilan. Tetapi, apakala diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia berhujjah mempersoalkan dan memberi pandangan secara batil semata-mata kerana menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jika bersalahan atau brlainan dari amalan dan pendapatnya atau pendapat golongan yang menjadi ikutannya. Kedua, orang yang sombong kerana sesuatu kelebihan yang dia terasa ada padanya atau kelebihan yang dianugerahkan oleh masyarakat kepadanya kerana sesuatu, kerana keturunannya, kedudukannya, jawatannya, kekayaannya, hartanya, namanya atau gelarannya. Maka dia inginkan dihormati oleh orang lain, diketengahkan dan dibesarkan dalam sesuatu majlis masyarakat, diberi tempat dan keutamaan, tetapi apabila diberitahu perkara yang hak menmgenai agamanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia enggan terima dan berdalih menolaknya.]
No comments:
Post a Comment