Wednesday, October 2, 2013

Haji dan Umrah: Jadilah ... Ibadah Haji

Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti secara rengkas bagaimana mengerjakan setiap satu daripada 3 ketegori haji yang kita sebutkan dalam post sebelum ini; iaitu: Pertama, Haji Ifrad - Haji dahulu kemudian Umrah; kedua, Haji Tamattuk - umrah dulu kemudian haji; dan ketiga, Haji Qiran - Haji dengan Tawaf atas kenderaan) (Unta) dan disekalikan dengan umrah dalam satu ikhram yang satu diiatkan bersekali (Labaika, Allahumma Hajjan wal-Umratan). Kita diberitahu melalui as-Sunnah bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran iaitu mengerjakan haji dan umrah pada satu masa dengan satu ikhram dan membawa hadiah (=kurban) seekor yang dibawa bersama ketika Tawaf. Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad. Manakala majoriti para sahabat yang mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Tamattuk.

Haji Qiran
Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji hanya sekali. Beliau mengerjakan Haji Qiran kerana beliau berniat haji dan mengerjakan ibadah haji dengan menaiki unta yang dibawanya bersama ketika Tawaf mengelilingi Ka'abah, kemudiannya dijadikan qurban.
Kaedah atau perlakuan haji dan umrah bagi Haji Qiran, yakni rukunnya, adalah seperti berikut:
1. Dimulakan dengan mandi junub di kediaman (hotel) sebelum ke miqat;
2. Memakai pakaian ikhram;
3. Solat sunat dua rakaat di miqat;
4· Membaca niat haji Qiran di miqat, iaitu: Labaika, Allahumma hajjan wa-umratan;
5· Membaca Talbiah semasa dalam perjalanan bermula dari miqat sehinggalah sampai Baitullah (iaitu: Labbaika-alluhumma labaik, labaikala la syarika laka labaik, innal hamda wa-ni’mata lawalmulk, la syarika laka);
6· Mengerjakan Tawaf Qudum dan seterusnya Sa’i;
7· Berangkat ke Arafah sambil membaca Talbiah sepanjang perjalanan untuk Wukuf di Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah (Nota: Waktu wukuf bermula ketika tergelincir matahari (= masuk Waktu Zohor) sehingga terbenam matahari (= Masuk Waktu Maghrib) – waktu Wukuf – sambil memperbanyakkan berdoa, membaca al-Quran atau berzikir, dll masa Wukuf);
8· Pada malam tanggal 10 Zulhijjah berangkat menuju Muzdalifah (mabit (= berhenti sekejap) di Muzdalifah) sambil memperbanyakkan bacaan Talbiah dalam perjalanan, Di Muzdalifah mengerjakan perkara-perkara berikut:
§ Solat Maghrib dan Isya’ jama’ (jama' takhir);
§ Mencari anak-anak batu untuk melontar jamrah;
§ Tidur (Mabit); dan
§ Solat Subuh di Muzdalifah, kemudian keluar dari Muzdalifah ke Mina sebelum terbit matahari.
9· Keluar dari Muzdalifah sebelum terbit matahari menuju Mina (untuk melontar Jamrah Aqabah, kemudian ketiga-tiga Jamrah pula Ula, Wusta dan Aqabah);
§ Pada Waktu Duha (7.30 hingga 12.30) tanggal 10 Zulhijjah melontar Jamrah Aqabah;
§ Melontar dengan tujuh anak batu dan hendaklah terkena pada jamrah;
§ Semasa hendak melontar membaca Takbir (Allahu Akbar) dan membaca doa selepas selesai melontar;
10· Bercukur atau menggunting rambut (Nota: selesai kesemua pantang larang kecuali pantang larang yang berat yang 3, termasuk berjimak dengan isteri); dan
11· Jika mampu kembali ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (yakni, Tawaf Haji); kemudian kembali semula ke Mina untuk melontar 3 jamrah pada 3 hari Tasyrik - Selesai Tahlul Akhir dan gugurlah 3 pantang larang yang baki (i.e. boleh mengumpuli isteri).
12· Pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah (= 3 hari Tasyrik) semasa berada di Mina, pada siang harinya, setelah tergelincir matahari (= masuk waktu Zohor) melontar Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah, waktu melontar berakhir sebelum terbit matahari);
13· Terlepas daripada pantang larang yang terakhir, iaitu jimak.
Apabila sempurna haji, maka sempurnalah Umrah sekali. Semasa Wukuf digalakkan membaca doa. Antara doa yang diperakukan dibaca selepas melontar, adalah doa berikut:
‘Allahumma lakal hamdu kallazi taqul wa-khairan mimma taqul. Allahumma laka solati, wa-nusuki, wa-mahyaya, wa-mamati, wa-ilaika mabi wa-laka rabban turani. Allahumma inni a’uzubika min ‘azabil qabri wa-wassabatis-sodri wa-saatis amri. Allahumma inni a’uzubika min sarraima tajiu bihi rihu.'
Dan, sebelum pulang ke negeri masing-masing mengerjakan Tawaf Wada’ (iaitu Tawaf selamat tinggal dengan berpakaian biasa).

Haji Tammatuk
Bagi Haji Tamattuk pula, iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji kemudian, setelah selesai umrah, baru mengerjakan ibadah haji. Orang-orang yang mengerjakan Haji Qiran dikenakan dam seekor kibas (kambing) atau berpuasa tiga (3) hari semasa di Mekah dan empat (4) hari setelah kembali ke tanah air, bagi setiap umrah yang dikerjakannya.
Kaedahnya adalah hampir-hampir sama dengan Haji Tamattuk, iaitu seperti berikut:
1. Mandi junub sebelum ke Miqat;
2. Memakai pakaian ikhram di kediaman;
3. Solat sunat dua rakaat di kediaman;
4. Membaca niat haji (iaitu: labaika allahumma hajjan);
5. Berangkat menuju ke Arafah untuk Wukuf pada tanggal 9 Zulhijjah;
6. Bermalam di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah;
7. Melontar Jamrah Aqabah pada waktu Duha pada tanggal 10 Zulhijjah dan menyembelih qurban (di Mina), dan seterusnya bercukur (Tahlul Awal);
8. Mengerjakan Tawaf Ifadah dan seterusnya Sai;
9. Pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah melontar Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah setelah tergelincir matahari dan tamat waktunya sebelum terbit matahari esok harinya; dan
10. Selesai (maka terlepaslah pantang larang terakhir iaitu jimak).
Dan, sebelum kembali ke tanah air mengerjakan Tawaf Wada’ (Tawaf Selamat Tinggal).

Haji Ifrad
Aisyah (r.a) mengerjakan Haji Ifrad ketika mengikuti Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji. Aisyah (r.a) setelah memakai ikhram dan memasang niat haji haid dia. Maka dia terhalang dari meneruskan ibadah, tidak dapat mengerjakan umrah, sehinggalah sampai Hari Tarwiah (yakni,9 Zulhijjah), baru beliau suci, untuk Wukuf di Arafah. Oleh kerana beliau berada di Mekah, maka beliau ke miqat di Tan’im atau Bir Ali dan memakai ikhram serta melafazkan niat hajinya.
Bagi Haji Ifrad, iaitu mengerjakan haji semata-mata dan mengerjakan umrah di luar bulan haji pula (yakni, umrah dibuat selepas selsai haji iaitu di luar bulan Haji (yakni, selepas 10 Zulhijjah), kelakuannya atau prosesnya adalah seperti berikut:
1. Mandi junub;
2. Memakai pakaian ikhram;
3. Solat dua rakaat di miqat;
4. Membaca niat Haji (iaitu: ‘Labaika, Allahumma hajjan’);
5. Berangkat ke Arafah untuk Wukuf pada tanggal 9 Zulhijjah;
6. Beramalam di Muzdalifah pada malam tanggal 10 Zulhijjah;
7. Melontar Jamrah Aqabah pada waktu Duha pada tanggal 10 Zulhijjah;
8. Mengerjakan Tawaf Ifazah dan Sai;
9. Pada tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah, iaitu Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah setelah tergelincir matahari dan sebelum terbit matahari keesokan harinya;
10. Setelah selesai haji, dikerjakan umrah, i.e. mengerjakan umrah di luar bulan haji; dan
11. Mengerjakan Tawaf Wada’ sebelum kembali ke tanah air.
Bagi jemaah haji yang nafar awal, yakni mengerjakan Tawaf dan Sai setelah selesai melontar jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, dia boleh mengerjakan umrahnya pada malam tangga 13 Zulhijjah dan bagi yang nafar akhir pada malam tanggal 14 Zulhijjah.
[Nota: Sebagai menghormati syiar-syiar Islam dan landmark agama Islam di Mekah, setiap jemaah haji dan umrah yang datang ke Mekah untuk Haji dan Umrah hendaklah terlebih dahulu mengerjakan Tawaf Qudum (selamat datang) dengan pakaian biasa. Dan, ketika hendak kembali ke tanah air hendaklah mengerjakan Tawaf Wada’ (selamat tinggal) ketika hendak berangkat pulang ke tanah air masing-masing. Bulan haji itu adalah antara 1 Shawal hingga 10 Zulhijjah. Sesiapa yang mengerjakan umrah dalam tempoh tersebut wajib bayar dam seekor kambing bagi setiap umrah.]

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hajj is the perfection of faith and true surrender to the Almighty. It is a stage in which man can develop himself spiritually.
    Muslims of United Kingdom can choose our Cheap Hajj & Umrah Packages 2017.

    http://freddef.blogspot.com/2017/05/human-civilization.html

    ReplyDelete