Thursday, October 24, 2013

Peringatan: Janganlah rugikan diri ... (Samb)

Assalamualaikum,
Dalam post yang lalu kita telah lihat bahawa keIslaman kita - atau segala amalan dan ibadah kita ditulis atau dicatit oleh dua malaikat - Rakib dan 'Atid atau Kiraman dan Katibin. Selain itu, setiap usaha kita memperbetulkan sandaran ilmu kita dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) disaksikan oleh Imam jema'ah, kalaulah kita anuti syariat Islam yang murni itu. Kerana Islam yang murni itu panduan ilmunya adalah al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan secara berjema'ah. Maka kepimpinan jema'ah (i.e. disebut sebagai Imam atau Amir dalam al-Hadith) menceritakan panduan dalam perkara berjema'ah dan berimam.

Saudara, Rasulallah (s.a.w) adalah yang menyaksikan bahawa para Rasul dan Nabi terdahulu telah menyampaikan tugasnya menyampaikan syiar agama Allah (a.w) kepada masyarakatnya atau kaumnya. Kemudian, umat Muhammad pula menjadi saksi kepada umat-umat dahulu tentang pengamalan mereka dalam menerima dan melaksanakan tanggung jawab beragama. Bagi umat Muhammad pula Imam/Amir lah yang menyaksikan keIslaman seseorang yang aku dirinya Islam dala hidupnya. Justeru itulah sistem dan syariat agama Islam itu adalah agama yang dijma'ahkan. Maka Imam/Air menyaksikan bahawa setiap rukyah dalam jema'ah itu telah diajarkan, dibibing dan ditunjukkan syariat Islam yang sebenarnya itu sepanjang hidupnya di dunia ketika berada dalam jema'ahnya.

Berhimpun di Belakang Imam masing-masing

Saudara, untuk memahami hakikat menganuti syariat Islam yang murni dan benar serta kewajipan berjema'ah dalam Islam itu, kita lihat skema berikut. Manusia (i.e. anak cucu Adam) itu tergolong dari 5 golongan; iaitu: pertama, orang yang kafir - tidak akui Allah (a.w) tuhan mereka, tidak menerima agama Allah (a.w), Islam, dan para rasul dan nabi zaman mereka (dan bagi umat ini, Rasulallah (s.a.w)) sebagai utusan Allah (a.w), tidak percaya adanya hari akhirat, hari kebangkitan, hari pembalasan, adanya syurga (bagi yang taat) dan neraka (bagi orang yang ingkar) - Ayat 91, Surah al-Baqarah dan Ayat 36, Surah al-Maidah; kedua, orang munafiq – Islam tetapi berpura-pura Islam dan beriman tetapi sebenarnya lebih buruk dari orang kafir, kerana hati nurani mereka tidak setuju dengan Islam; mereka ini, di akhirat kelak dimasukkan ke dalam meraka yang paling bawah, di bawah tempat orang-orang yang kafir- Ayat 145, Surah an-Nisa'; ketiga, orang yang fasiq – Islam dan akui wujudnya Allah (a.w), beriman dengan apa-apa yang ghaib, tahu suruhan dan tegahan, tetapi tidak mengerjakan apa yang disuruh (sama ada semuanya atau sebahagannya) dan tidak meninggalkan apa yang ditegah (sama ada semua atau sebahagian); keempat, orang Islam – dia akui Allah (a.w), mengerjakan amalan dan ibadah dan akur dengan tegahan/larangan, percayakan akhirat, pembalasan dan sebagainya, tetapi tidak mengerjakan amalan dan ibadah tidak berpandukan kepada as-Sunnah dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w); dan kelima, orang iman – orang yang Islam berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah dalam hidupnya serta berjema’ah dalam Islam. Aqidahnya murni tidak dicemari oleh syirik khaufi (samar), keperacayaan bercorak tahayul, kurafat, dan amalan serta ibadahnya murni, tidak tercemar oleh taklid dan bid’ah atau rosak oleh kejahilan ilmu, maka Islamnya sah dan amalannya diterima.
Hakikatnya adalah, orang Islam itu akui Allah (a.w) tuhan mereka, Rasulallah (s.a.w) itu utusan Allah (a.w), al-Quran dan as-Sunnah itu adalah panduan hidup Muslim serta panduan amalan/ibadah. Tetapi, majoriti umat Islam itu berpandukan juga panduan-panduan yang sumbernya selain al-Quran dan as-Sunnah. Malah ramai yang lebih mengutamakan sumber ilmu selain al-Quran dan as-Sunnah, spt kitab-kitab karangan manusia, sehingga menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang yang Islam itu mengaji al-Quran dan as-Sunnah, kemudian dia membaca sesuatu mengenai Islam dalam kitab-kitab lain, yang dia berpandangan lebih baik baginya, maka dia telah meremehkan sesuatu yang diagungkan oleh Allah (a.w), dan mengagungkan sesuatu yang diremehkan oleh Allah (a.w). Allah (a.w) mengagungkan kitabNya, i.e. al-Quran dan as-Sunnah, dan meremehkan selainnya.
Kemudian, dia belajar tentang kewajipan berjema’ah, kemudian dia remehkan, malah dia tidak menerima nasihat orang yang tahu dan faham, maka dia menidakkan ketetapan Allah (a.w). Seseorang yang Islam itu wajib menerima apa saja yang diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan tidak diberi ruang untuk menolak atau menidakkan yang haq. Maka segala amalannya ditolak, tidak diterima oleh Allah (a.w), maka tiada pahala ketika ditimbang di mizan Allah (a.w) kelak di akhirat. Mereka inilah yang disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin fa-ja’alnahu haba-an (-am) mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan.
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas. ) - Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah
Mereka ini ke neraka dahulu, setelah diberisihkan dari dosa-dosa mereka, kerana ada keimanan terhadap Allah (a.w) (tidak setakat sebutan dua kalimah syahadah), maka akhirnya mereka dimasukkan ke dalam syurga juga, setelah dibersihkan. Inilah golongan orang yang terakhir masuk syurga yang disebutkan dalam hadith Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itulah bahaya beramal dalam kejahilan. Bahaya beramal dengan mencampur-adukkan ketetapan yang haq – a-Quran dan as-Sunnah – dengan panduan manusia. Banyak bid’ahnya, maka terbatal dan batil segala amalan dan ibadahnya. Menyimpang niatnya. Beramal dan beribadah tanpa didasari oleh ilmu, sesat dia dalam Islam. Kerana tidak berjema’ah tidak diakui atau tidak sah Islamnya.
Di kalangan orang iman pula ada 3 sub-golongan; iaitu: pertama, ‘fastabikul khairat’ – orang iman yag berlumba-lumba meningkatkan ketaqwaan, keimanan dan pengamalan mereka sepanjang hidup mereka (yakni, mengerjkan amalan sekuat mampunya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); kedua, ‘al-muktasidah’ – orang pertengan, beramal dan beribadah secara ala kadar sahaj, yang wajib dibuat, yang sunat jarang-jarang,tetapi mereka akur dengan tegahan dan larangan, tapi tak istiqamah dalam pengabdiannya; dan ketiga; ‘zalimu li-nafsihi’ – orang iman yang tidak mengerjakan apa yang disuruh atau mengerjakan sebahagian dan meninggalkan sebahagian dan meninggalkan apa yang ditegah atau mengerjakan sebahagian yang ditegah kerana kelemahan iman dan terpengaruh oleh alam sekelilingnya – Ayat 32, Surah al-Fatir.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment