Assalamualaikum,
Saudara, Rasulallah (s.a.w) teringin untuk menunaikan haji sebanyak 3 kali belau mencuba, namun terhalang oleh orang kafir musyrik Arab, hinggalah selepas penaklukan Mekah, ketika Islam menang dan tegak dan tiada siapa yang boleh menghalang orang iman keluar masuk Mekah. Maka Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji yang dikenal sebagai Haji Wada', kerana beberapa bulan selepas itu, Rasulallah (s.a.w) wafat.
Saudara, dalam peristiwa Haji Wada' inilah umat Islam - melalui pelbagai cerita (=hadith) difahami 3 kategori haji yang kita sebutkan dalam post sebelum ini - Haji Qiran, Hadith Ifrad dan Haji Tamattuk. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran, manakala kebanyakan sahabat mengerjakan Haji Tamattuk, manakala Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad. Dalam Haji Wada' ini jugalah Rasulallah (s.a.w) menyampaikan khutbah terpenting beliau yang antara lain menyebutkan bahawa umat manusia (khususnya Islam) dibtinggalkan oleh beliau dua hazanah panduan agama dan panduan ilmu yang mutlak mengenai Islam iaitu al-Quran dan an as-Sunnah, dan beliau memperingatkan kita bahawa kalau kita berpegang kepada kedua-duanya dengan teguh tanpa mencemarkannya, maka pasti kita tidak sesat mencari syurga. Kita juga diberitahu oleh beliau bahawa di akhir zaman umatnya akan berpecah-belah dalam agama merka sehingga terdapat 73 golongan atau fahaman Islam, 72 fahanman atau golongan terebut gagal dapat syurga, sebaliknya terjerumus ke dalam neraka, dan hanya satu golongan atau fahaman Islam yang berjaya dapat syurga iaitu golongan Islam yang menepati dua pra-syarat: pertama, berpandukan as-Sunnah; dan kedua, dia berjema'ah atau berada dalam jema'ah umat Islam.Justeru iyu, maksud sebenar 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah ikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan berada dalam jema'ah umat Islam yang benar. [Nota: Dalam blog ini seringkali dijelskan maksud 'jema'ah' itu sebagai suatu perkumpulan yang formal yang dipimpin oleh seorang khalifah atau Imam atau Amir yang dibai'at oleh rukyahnya denga melafazkan kalimah taat setia 'Baiyi'tu anni 'sami'na, wa-ato'na mas-tato'na'.]
Saudara, kita lihat dua hadith berikut:
Saudara, Rasulallah (s.a.w) teringin untuk menunaikan haji sebanyak 3 kali belau mencuba, namun terhalang oleh orang kafir musyrik Arab, hinggalah selepas penaklukan Mekah, ketika Islam menang dan tegak dan tiada siapa yang boleh menghalang orang iman keluar masuk Mekah. Maka Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji yang dikenal sebagai Haji Wada', kerana beberapa bulan selepas itu, Rasulallah (s.a.w) wafat.
Saudara, dalam peristiwa Haji Wada' inilah umat Islam - melalui pelbagai cerita (=hadith) difahami 3 kategori haji yang kita sebutkan dalam post sebelum ini - Haji Qiran, Hadith Ifrad dan Haji Tamattuk. Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran, manakala kebanyakan sahabat mengerjakan Haji Tamattuk, manakala Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad. Dalam Haji Wada' ini jugalah Rasulallah (s.a.w) menyampaikan khutbah terpenting beliau yang antara lain menyebutkan bahawa umat manusia (khususnya Islam) dibtinggalkan oleh beliau dua hazanah panduan agama dan panduan ilmu yang mutlak mengenai Islam iaitu al-Quran dan an as-Sunnah, dan beliau memperingatkan kita bahawa kalau kita berpegang kepada kedua-duanya dengan teguh tanpa mencemarkannya, maka pasti kita tidak sesat mencari syurga. Kita juga diberitahu oleh beliau bahawa di akhir zaman umatnya akan berpecah-belah dalam agama merka sehingga terdapat 73 golongan atau fahaman Islam, 72 fahanman atau golongan terebut gagal dapat syurga, sebaliknya terjerumus ke dalam neraka, dan hanya satu golongan atau fahaman Islam yang berjaya dapat syurga iaitu golongan Islam yang menepati dua pra-syarat: pertama, berpandukan as-Sunnah; dan kedua, dia berjema'ah atau berada dalam jema'ah umat Islam.Justeru iyu, maksud sebenar 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah ikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan berada dalam jema'ah umat Islam yang benar. [Nota: Dalam blog ini seringkali dijelskan maksud 'jema'ah' itu sebagai suatu perkumpulan yang formal yang dipimpin oleh seorang khalifah atau Imam atau Amir yang dibai'at oleh rukyahnya denga melafazkan kalimah taat setia 'Baiyi'tu anni 'sami'na, wa-ato'na mas-tato'na'.]
Saudara, kita lihat dua hadith berikut:
Haji Wada’ Rasulallah (s.a.w)
Perlakuan ibadah haji itu dari mula sehingga akhirnya diceritakan oleh Abdullah bin Omar (atau Ibnu Omar (r.a)) di dalam hadith berikut. Hadith ini dengan jelas memberikan prosesnya secara rengkas dan padat bagaimana Rasulallah (s.a.w) mengerjakan hajinya. Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji Tamattu’ pada haji wada’nya dengan menyatukan umrahnya dengan hajinya dalam satu ikhram yang dimulai dari Zulhulaifah (miqat). Rasulallah (s.a.w) memulakan hajinya dengan mengucapkan Talbiah untuk haji. Demikian dibuat oleh para sahabat yang mengiringinya. Ada diantara para sahabat yang membawa hadiah/dam dan ada pula yang tidak. Tatkala Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat sampai ke Mekah, bersabda dia: ‘Siapakah diantara kamu yang memiliki hadiah, maka jangan dia memperbuat yang dilarang waktu mengerjakan Tawaf di Baitullah dan kemudian (ketika bersai antara Safa dan Marwah, lalu bercukur/menggunting rambut ia dalam keadaan hala, kemudian barulah dia ikhram lagi dengan haji dengan demikian diwajibkan membayar denda (dam), kalau ia orang berada, dan kalau tidak, diganti dengan puasa tiga hari di Mekah ditambah tujuh hari lagi kelak apabila dia pulang. Dan Tawaflah Rasulallah (s.a.w) (Tawaf Qudum), ketika ke Mekah yang dimulai dengan membei ‘salam’ kepada Hajar Aswad kemudian berlari-lari anak tiga keliling dan berjalan biasa empat kali keliling (Baitullah), selesai Tawaf dia bersolat dua rakaat di Makam Ibrahim dan disudahi dengan ‘salam’ lalu beredar. Kemudian beliau menuju ke Bukit Safa dan Sai antara Safa dan Marwah tujuh kali berulangalik dan beliau tidak mengerjakan sesuatu yang dilarang dalam waktu haji sebelum selesai hajinya dan sebelum menyembelih hadiah pada hari Nahar (yakni, 10 Zulkhijjjah), lalu beliau kembali ke Mekah dan mengerjakan Tawaf (yakni, Tawaf Ifazah) dan dibolehkan mengerjakan sesuatu yang tadinya dilarang diwaktu mengerjakan rukun haji. Dan diperbuat pula apa yang diperbuat Rasulallah (s.a.w) oleh orang-orang yang membawa hadiah/denda (dam). [Hadith Muslim, Kitab Haji]
Saudara,
proses yang lebih terperinci disebutkan dalam hadith berikut oleh seorang sahabat lain (iaitu Jabir b Abdillah (r.a)): Diriwayatkan hadith dari Ja’far bin Muhammad hadith dari bapanya berkata: ‘Saya bertanya kepada Jabir bin Abdullah (r.a), kataku: ‘Ceritakanlah kepadaku tentang haji Rasulallah (s.a.w) (Haji Wada’)’, lalu dia membilang dengan jarinya sambil menggenggam Sembilan jarinya dan berkata: ‘Bahawa Rasulallah (s.a.w) tinggal Sembilan tahun (di Madinah) tidak mengerjakan haji, kemudian beliau mengumumkan kepada Muslimin bahawa beliau akan naik haji; maka datanglah ke Madinah para jemaah semuanya hendak ikut serta bersama Rasulallah (s.a.w) untuk pergi haji dan akan ikut beramal apa yang diamalkan oleh beliau. Maka berjalanlah kami mengikut Rasulallah (s.a.w) menuju Mekah. Ketika kami sampai ke Zulhulaifah, Asma’ bte Umais melahirkan anaknya bernama Muhammad bin Abu Bakar, sedang mereka semuanya sudah memakai ikhram; maka dia berpsesan kepada Rasulallah (s.a.w) apa yang akan diperbuatnya sesudah melahirkan anaknya; Rasulallah (s.a.w) berkata: ‘Mandilah engkau dan balutlah kain dengan rapi kemudian pakailah ikhram lagi.’
Di Masjid Zulhulaifah, Rasulallah (s.a.w) solat dua rakaat, kemudian beliau menunggang untanya sehingga tatkala sampai ke Baidak, aku lihat manusia ramai menunggang dan berjalan kaki mengelilingi Rasulallah (s.a.w) di kiri dan di kananny di depan dan di belakangnya. Ketika itu turunlah ayat Allah (a.w) dan beliau mengerti maksud tujuannya antara lain apa-apa yang dikerjakan beliau dalam haji itu sebagai pegangan (yakni, sunnah) bagi pengikutnya. Kemudian beliau membaca Talbiah dan orang-orang ramai membacanya pula sama dengan apa yang disebut oleh Rasulallah (s.a.w). Beliaupun menegur mereka dengan sesuatu teguran dan tetaplah Talbiah seperti sehingga sekarang.’
Berkata lagi Jabir (r.a) (katanya): ‘Kami tidak meniatkan selain dari Haji kerana kami belum mengetahui Umrah, hingga ketika kami bersama Rasulallah (s.a.w) sampai di Baitullah (Mekah) beliau mengusap salah satu sudut Baitullah (iaitu Sudut Yamani dan Sudut Hajar Aswad), kemudian beliau Tawaf Kudum (yakni, Tawaf Selamat Datang) dengan berlari-lari anak keliling Baitullah tiga pusingan (yang mula-mula) dan berjalan perlahan empat empat pusingan, kemudian beliau menuju ke Makam Ibrahim solat di situ dibacanya ayat al-Quran (ketika berjalan ke Makam Ibrahim itu) ‘Wat-takhizu min maqami ibrahima mussolla’ [Yang bermaksud: Jadikanlah Makam Ibrahim tempat kamu bersolat] dan menjadikan olehnya Makam Ibrahim terletak antara beliau dan Baitullah’ (dan pada keterangan yang lain dari Jabir), bahawa Rasulallah (s.a.w) dalam solat itu membaca ‘Qul Huallahu Ahad’ (rakaat pertama) dan ‘Qul Ya aiyuhal kafirun’ (rakaat kedua). Selesailah solat beliau, mencium Hajar Aswad’ kedua kalinya, kemudian keluar dari pintu masjid menuju ke Bukit Safa. Keika beliau (berjalan ke Bukit Safa itu) dia membaca ayat: ‘Innas sofa wal-marwata min sya’arilllaha’ [Yang bermaksud: Sesungguhnya Sofa dan Marwah salah satu syiar Allah (a.w.)’ dan akan memulai apa yang diperintah Allah (a.w) memulainya. Maka dimulainya dari Bukit Sofa lalu beliau naik ke kaki Bukit Safa sehingga terlihat Baitullah, sambil menghadapnya beliaupun membaca (menyebut): ‘Lailaha illallah wa’dahu la syarika lahu lahul-mulku wa-lahul hamdu wahua ‘ala kulli syai-in qadiru, lailaha illallahu wa’dahu anjaza wahdahu wa-nasara wa’dahu wa-nasara ‘abdahu wa-hazamall-akhzaba wa’dahu.’ [Yang bermaksud: Tiada tuhan kecuali Allah (a.w), tiada yang menyamainya, dab bagiNya kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia atas segala sesuatu maha berkuasa. Tiada tuhan kecuali Dia yang esa ... ]. Kemudian beliau berdoa; ucapan begini diulanginya tiga kali berulang-ulang. Kemudian beliau turun dari Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah dan ketika kedua kakinya memijak Wadi (yakni, lurah, sekarang kawasan antara dua lampu hijau) beliau berlari-lari kecil (yakni, berlari-lari anak) sampai permulaan pendakian bukit Marwah dari sana beliau berjalan biasa/perlahan sehingga sampai ke bukit Marwah. Di kaki Bukit Marwah itu diperbuatnya pula sebagaimana yang telah diperbuatnya di bukit Safa, sehingga ketika beliau mengakhiri Sa’inya di Marwah, dia bersabda: ‘Kalau aku belum kerjakan apa yang telah aku perbuat, nescaya aku tidak akan mengiringi hadiah dan ku kerjakan Umrah; maka barangsiapa yang tidak memiliki hadiah (yakni, sesuatu untuk membayar dam, hendaklah dia tahlul dan mengubah (niat) hajinya kepada Umrah.’ Kemudian bertanya Suraqah bin Malik katanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah yang demikian itu untuk tahun ini saja ataukah untuk seterusnya?’ Maka memancakan Rasulallah (s.a.w) jari-jari kedua tangannya satu dengan yang lain dan bersabda: ‘Memasukkan umrah ke dalam haji’, kata-kata itu diulanginya dua kali, kemudian beliau bersabda: ‘Tidak! Bahkan untuk selama-lamanya’. Waktu itu Ali (r.a) datang dari Yaman membawa unta Nabi (s.a.w), maka didapatinya Fatimah (r.ah) tergolong dari orang-orang yang sudah Tahlul dan sudah memakai kain yang bercelup dan matanya bercelak. Perbuatan Fatimah (r.ah) itu dapat teguran dari Ali (r.a) tetapi Fatimah (r.ah) menjawab katanya: ‘Bapaku menyuruhku berbuat seperti demikian ini’. Berkata Ali (r.a): ‘Kemudian pergi aku kepada Rasulallah (s.a.w) sambil mencela perbuatan yang dilakukan oleh Fatimah (r.ah) dan bertanya kepada beliau tentang perbuatan itu dan akupun telah mencegahnya.’ Lalu beliau menjawab: ‘Benar Fatimah (r.ah)!’ Rasulallah (s.a.w) bertanya kepada Ali (r.a): ‘Bagaimana ucapanmu ketika kamu memulakan mengerjakan haji?’ Jawab Ali (r.a): ‘Aku katakan: ‘Wahai Tuhanku! Aku ikhram dengan apa yang diikhramkan oleh Rasulallah (s.a.w).’ Bertanya lagi Ali (r.a): ‘Tetapi aku datang membawa hadiah, bagaimana?’ Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jangan kamu bertahlul.’
Berkata Ja’far (r.a): ‘Adapun semua hadiah yang dibawa Nabi (s.a.w) dan orang-orang yang membawa hadiah.’ Dan hari kedelapan bulan Haji, berangkatlah rombongan bersama Rasulallah (s.a.w) menunggang kenderaannya menuju ke Mina dengan niat mengerjakan haji. Dan, di Mina beliau solat Zohor, ‘Asar dan Maghrib, Isya’ dan Subuh, dan menanti sebentar sehingga matahari naik (waktu Duha). Dan Rasulallah (s.a.w) memerintahkan supaya ada yang berangkat dahulu, untuk mendirikan khemah d Namirah (satu tempat dihujung Arafah). Dan adalah orang-orang Quraisy menyakini bahawa beliau dan rombongannya akan Wukuf di Muzdalifah sebagaimana kebiasaan orang-orang Quraisy di zaman jahiliah, tetapi Rasulallah (s.a.w) meneruskan perjalanannya menuju ke Arafah dan sebelum beliau memasukki Arafah, beliau dapati khemah dikembangkan di Namirah lalu beliau berhenti melepaskan lelah di sana hingga tatkala naik matahari beliau menunggang unta Qaswa dan masuk ke Arafah, kemudian beliau berkhutbah: ‘Inna dama-akum wa-amwalakum haramun ‘alaikum kahurmati yaumikum haza fi syahrikum haza baladikum haza la kullu syai-in min amri jahiliati tahta qadamaiya maudu’un wariayal jahiliati maud’un wa-auwalul riba ada’u ribana ‘abbasIbni ;abdil mutalibi, fainnahu maudu’un kulluhu fattaqullaha; fin-nisai fainnakum akhaztumuhunna bi-amanillahi was-tahlaltum furujahunna bikalimatillahi wa-lakum ‘alaihinna allayu’tikna furusyakum ahadan takrahunahu fain fa’alna zalika fadribuhunna darban ghaira mubarrihin, walahunna ‘alaikum rizkuhunna wa-kiswatuhunna bil-mak’rufi; waqad taktu fikum ma lan taddillu ba’dahu inistota’tum bihi kitabbalahi, wa-antum tasaluna ‘anni fama fa-antum qailuna.’ [Yang bermaksud: Sesungguhnya pertumpahan darah dan rampasan harta sesama kamu diharamkan, sebagaimana haramnya berperang pada hari ini, bulan ini dan dalam negeri ini. Ingatlah! Semua perbuatan jahiliah aku batalkan. Dan, riba jahiliah dibatalkan juga. Dan mula-mula riba yang dibatalkan adalah riba Abbas bin Abdul Mutalib (bapa saudaranya), semua itu telah dibatalkan. Dan, peliharalah hak-hak kaum wanita kerana mereka diambil (yakni, dinikahi) dengan amanah dari Allah (a.w). (Farji) mereka halal kamu campuri (yakni, setubuhi) dengan ijab Kabul yang sesuai dengan aturan Allah (a.w). Dan, hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci si-suaminya datang ke rumahnya. Kalau kaum wanita berbuat demikian maka ajarlah wanita itu dengan pukulan yang ringan. Dan, hak isteri terhadap suami ialah (suaminya) memberi nafkah dan pakaian yang layak (yakni, sesuai dengan kedudukannya). Sesungguhnya aku tinggalkan padamu suatu yang selama-lamanya tidak kamu akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepadanya, ialah Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Andai kata kamu ditanya tentang diriku, maka dengan apa kamu menjawab?’ Mereka menjawab: ‘Kami menjadi saksi bahawa engkau telah menyampaikan agama Allah (a.w), menunaikan kewajipan dan telah menasihatkan.’ Kemudian beliau menunjukan ke arah langit dan ke arah orang ramai sambil bersabda: ‘Ya Allah (a.w)! Saksikanlah, Ya Allah (a.w)! Saksikanlah. Ya Allah (a.w) Saksikanlah!’ (yakni, tiga kali). Setelah itu beliau azan kemudian iqamah (qamat) lalu beliau solat Zohor kemudian qamat lagi lalu solat ‘Asar (yakni, solat jama’ takdim) dan tidak suatu solatpun beliau kerjakan diantara dua solat itu. Selesai beliau solat, beliau berangkat menuju tempat Wukuf sambil mengadap qiblat menunggang unta diberhentikannya dekat batu-batu di lereng bukit Rahmah (Jabal Rahmah), dan kaum Muslimin yang berjalan kaki berdiri di hadapan beliau, begitulah setrusnya beliau berwukuf di Arafah itu sambil menghadap qiblat sampai terbenam matahari dan hilang mega merah.
Kemudian Rasulallah (s.a.w) meneruskan perjalanannya sambil Usamah memimpin untanya sehingga kepala untanya menyentuh bantal pelana dan berkata sambil memberi isyarat dengan tangan kanannya berkata ‘Tenteram! Tenteram’ (kepada unta itu), dan setiap kali mendaki bukit dikendurkannya tali (ikatan) leher untanya supaya mudah mendaki, sehingga sampailah beliau di Muzdalifah, lalu beliau solat Maghrib dan Isya’ (yakni, jama’ takdim) dengan satu azan dan dua iqamah dan tidak satu solat sunatpun beliau kerjakan antara dua solat fardu tersebut. Kemudian berbaring tidur hingga naik fajar lalu beliau solat Subuh dengan azan dan qamat, kemudian ditunggangnya untanya sampai ke Mas'aril Haram dan menghadap qiblat. Di sana beliau berdoa, mengagungkan Allah (a.w) dan mentauhidkanNya, dan terus beliau berhenti di tempat itu hingga langit telah kuning. Sebelum matahari terbit beliau berangkat sambil menarik al-Fadli bin Abbas, sampai di tengah Padang Makhsyar, lalu beliau melarikan untanya ikut jalan tengah yang menuju Jamratul Qubra setelah itu beliau melontar Jamratul dengan tujuh batu kecil sambil mengucap takbir (Allahu Akbar) pada tiap kali melontar batu itu. Dari sana beliau pergi ke suatu tiang lalu menyembelih 63 unta dengan tangan beliau sendiri dan selebihnya disembelih oleh Ali (r.a) sebagai hadiah bersama-sama dengan orang-orang lain. Sesudah itu beliau memerintahkan mengambil sepotong daging dari tiap-tiap unta yang disembelih lalu dimasak dan dimakan Rasulallah (s.a.w) dagingnya dan meminum kuahnya. Kemudian Rasulallah (s.a.w) menaiki untanya lagi dan bersama-sama menuju Baitullah untuk Tawaf (Ifazah); hari itu beliau solat Zohor di Mekah.
Kemudian beliau mendatangi orang-orang suku Abdul Mutalib sedang menimba air zam-zam sambil berkata: ‘Berilah kami minum wahai Abdul Mutalib. Sesungguhnya kalau tidaklah khalayak ramai akan salah anggapan nescaya aku menolongmu menimba’, maka mereka memberi beliau setimba air zam-zam lalu beliau meminumnya.’ [Hadith Muslim, Bab Haji]
Terdapat banyak ketetapan as-Sunnah di dalam hadith yang panjang ini. Antaranya, dalam khutbah beliau itu, Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan berikut:
Pertama, diharamkan riba (mengulangi ketetapan Allah (a.w) mengenai riba (Surah al-Baqarah);
Kedua, kesemua pekerjaan atau perlakuan jahiliah (yakni, perlakuan yang berkaitan dengan sosio-budaya sebagai amalan ibadah) dibatalkan dan digantikan dengan perlakuan mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sahaja;
Ketiga, hendaklah kaum lelaki menjaga hak-hak kaum wanita apabila mereka dikahwini kerana mereka diambil atas amanah Allah (a.w), halal mereka disetubuhi dengan ijab qabul (yakni, dinikahi);
Keempat, adapun hak suami terhadap isterinya bahawa isteri tidak membenarkan sesiapapun yang tidak disukai oleh suaminya berkunjung ke rumahnya, jika dilakukan juga maka wajib dipukul si isteri dengan pukulan yang ringan (yakni, setakat mendemokan kesalahannya dan tidak mencederakannya);
Kelima, adapun hak isteri terhadap suaminya adalah suaminya memberi nafkah dan pakaian setanding dengan kedudukan suaminya; dan
Keenam, manusia ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w) suatu yang tidak akan menjadi sesat umatnya jika berpandu dan berpegang teguh mereka dengannya iaitulah Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) (di dalam hadith al-Hakim disebutkan dua perkara iaitu Kitab Allah dan as-Sunnah).
Selain itu, beberapa perlakuan Rasulallah (s.a.w) juga disebutkan, antaranya apabila menjamakkan solat, hendaklah diazankan dahulu dan kemudian setiap solat diqamatkan. Maksudnya, jika dijamakkan solat Zohor dengan solat Asar secara jemaah hendaklah diazankan sebagaimana biasa, kemudian diqamatkan untuk solat Zohor dan selesai solat Zohor dan hendak bersolat Asar pula, diqamatkan sekali lagi.
Rasulallah (s.a.w) juga menyebut tentang praktikal ibadah haji, bagaimana diperbuat ketika sampai ke Baitullah (mengerjakan Tawaf Qudum), ketka meninggalkan Mekah (Tawaf Wada’), bagaimana melontar jamrah, bagaimana menyembelih hadiah (=kurban) untuk tahlul atau tanpa hadiah bercukur atau menggunting rambut, dan bagaimana mengerjakan ibadah haji bersekali dengan ibadah umrah (dalam kes Haji Qiran dan Haji Tamattuk) dan dam yang dikenakan kerananya.
No comments:
Post a Comment