Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telah lihat ketetapan Islam mengenai syariat Islam itu apa sebenarnya? Bagi seseorang yang menyempatkan masanya mengaji atau belajar ilmu yang diwajibkan atas seseorang yang Islam itu pelajari serta fahami, adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, dia pasti diberitahu dan faham bahawa syariat Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan kepada manusia oleh Utusan Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), yang mengajarkan manusia dan menjelaskan serta mendemokannya melalui as-Sunnah.
Wajib berjema’ah dalam Islam?
Syariat Islam yang benar itu Berjema’ah
Saudara, dalam post yang lalu kita telah mendapat tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu setelah beliau wafat nanti umat Islam berpecah menjadi 73 golongan atau fahaman Islam, 72 fahaman Islam, menggagalkan umat Islam mendapat syurga, dan hanya satu golongan atau fahaman Islam sahaja yang menjayakan umat Islam masuk syurga, iaitu fahaman Islam yang berlandaskan dua syarat mutlak, iaitu mengikuti as-Sunnah ('ma ana 'alaihi, wa-ashabi' - kata Rasulallah (s.a.w) dan mereka berjema'ah dalam Islam. Justeru itu, kalau tidak berpandukan as-Sunnah secara murni - pure - dan tidak pula berjema'ah - pasti tak berjaya mendapat syurga.
Saudara, dalam post ini kita teliti bahawa perintah berjema'ah itu adalah perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Perintah Rasulallah (s.a.w) adalah perintah Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr.
Perintah Allah (a.w)
Saudara, perintah Allah (a.w) supaya umat Islam anuti agama Islam secara berjema'ah itu difirmankan oleh Allah (a.w), iaitu:
Firman Allah (a.w): ‘wa’tasimu bihablillahi jami’an wa-la tafarraqu … al-ayat.‘ (Yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu sekelian pada tali (yakni, agama) Allah dengan berjema’ah dan janganlah kamu sekelian berfirqah-firqah …) – Ayat 103, Surah ali-Imran
Saudara, perintah Allah (a.w) supaya umat Islam anuti agama Islam secara berjema'ah itu difirmankan oleh Allah (a.w), iaitu:
Firman Allah (a.w): ‘wa’tasimu bihablillahi jami’an wa-la tafarraqu … al-ayat.‘ (Yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu sekelian pada tali (yakni, agama) Allah dengan berjema’ah dan janganlah kamu sekelian berfirqah-firqah …) – Ayat 103, Surah ali-Imran
[Nota: Perintah berjema’ah itu adalah suatu ketetapan mutlak Islam – diperintahkan secara khusus oleh Allah (a.w). Malangnya hari ini, majority umat Islam menyalah-tafsirkan kalimah ‘jami’an’ dalam Ayat 103, Surah ali-Imran ini. Kebanyakan kitab-kitab tafsir atau Kitab Tafsir al-Quran tidak memberi makna kepada (dan, tidakpun menjelaskan bahawa) kalimah ‘jami’an’ tersebut. Atau semata-mata menterjemahkan kalimah ‘jami’an’ sebagai ‘kesemuanya’ bukan diterjemahkan sebagai ‘berjema’ah’. Kenapa? Ada tiga kemungkinan; iaitu: pertama, kerana jahil ilmu. Kalau umat Islam itu tidak belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah secara yang betul, iaitu secara ‘mangkul’ (i.e. berguru secara berdepan, dengan membuka kitab al-Quran atau kitab hadith), ‘musnad’ (i.e. ilmu itu sah datangnya dari sumber yang benar, iaitu Rasulallah (s.a.w), orang yang menerima kemangkulan agama Islam secara hak dari Allah (a.w), melalui wahyu atau melalui perantaraan malaikat Jibril (a.s)), dan ‘mutassil' (i.e. isnad sumber ilmu itu tidak terputus, bersambung dikalangan perawi sampai kepada sumber asalnya, iaitu Rasulallah (s.a.w))’, pasti tidak faham, malah keliru. Kedua, orang yang mengajarkan ilmu atau mewariskan ilmu tersebut sendiri jahil atau kurang ilmu, kerana dalam as-Sunnah terdapat banyak hadith yang jelas merujuk kepada ‘berjema’ah’ ini. Dan, as-Sunnah juga menjelaskan secara terperinci dimensi-dimeni atau ciri-ciri utama hakikat berjema’ah itu, iaitu ada Imam, ada bai’at (i.e. ikrar janji antara rukyah dengan imam) dan ada perintah mendengakanr nasihat atau ketetapan atau ijtihad imam yang dimusyawarahkan dalam jema'ah, dan mentaati imam yang diangkat memimpin jema’ah umat Islam (Ayat 59, Surah an-Nisa’ dan hadith). Imam itu wajib ditaati selagi dia tidak memerintahkan sesuatu yang bersifat maksiat (yakni, bertentangan dengan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)). Ketiga, tahu tetapi kerana pertimbangan-pertimbangan keduniaan, para ulama' dan ilmuwan serta umat Islam sanggup ketepikan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ini suatu dosa yang besar kerana sesiapa yang menolak atau tidak terima sesuatu ketetapan Allah (a.w) atau ketetapan Rasulallah (s.a.w), terkeluar dari Islam! Jatuh kafir. Dan, seseorang yang Islam meragui ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dihukumi 'kafir', wal iya zubillah.
Dunia moden ini dipengaruhi oleh situasi dan persekitaran kerana wujudnya kuasa politik dan kuasa orang yang memerintah yang tidak mahu wujudkan negara Islam dan ‘jema’ah’ kerana jema’ah menggugat kuasa dan sistem pemerintahan duniawi. Lazimnya manusia itu utamakan dunianya dari utamakan akhiratnya. Malah seringkali apakala bertembung ketetapan dunia dan ketetapan akhirat, manusia terutamanya pemimpin duniawi berani menidakkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), menerima atau menombor-satukan pertimbangan-pertimbangan keduniaan. Contoh: Isu berjema’ah dalam Islam dan sistem kuasa duniawi yang dipegang oleh Raja atau Parlimen dan seumpamanya. Isu berfirqah-firqah dalam Islam dan kesepaduan jema’ah yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (sa.w) tidak diberi keutamaan. Amalan bid’ah bertentangan dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dengan menidakkannya.
Kewajipan berjema’ah itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dan diperintahkan secara khusus melalui wahyu kepada Rasulallah (s.a.w), seperti dalam hadith berikut dan hadith-hadith yang selainnya:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-ana umurukum bi-khamsin Allahu amarani bihinna al-jama’atu was-sam’u wat-to’atu wal-hijratu wal-jihadu fi sabilillahi fa-innahu man haraja minal-jama’ati qida syibran faqad khala-‘a ribqatal-islami min ‘unuqihi illa an yuraji-‘a … al-hadith.’ (Yang bermaksud: Dan, aku (Nabi) memerintahkan pada kamu sekelian lima perkara yang Allah (a.w) memerintah kepadaku pada lima perkara ini (iaitu:) berjema’ah (dalam Islam), mendengarkan (nasihat dan ketetapan imam); toat (i.e. ikut perintah imam), hijrah (berpindah) dan jihad dalam sabilillah (i.e. membantu melestarikan agama Islam), maka sesungguhnya barangsiapa yang keluar dari jema’ah kira-kira satu jengkal maka sungguh-sungguh dia telah melepaskan tali Islam dari lehernya; kecuali apabila kembali (ke dalam jema’ah/bertaubat)) – Hadith Imam Ahmad, at-Tobrani dan at-Termidzi (Sahih).
Dalam hadith ini jelas ketetapan as-Sunnah tentang berjema’ah itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dia, sebagai Utusan Allah (a.w), yang dipertanggungjawabkan membawakan, mengajarkan dan membimbing manusia syiar Islam, melaksanakan lima perkara; iaitu: pertama, melaksanakan syariat agama Allah (a.w), Islam, itu yang bentuknya adalah berjema’ah. Jelas perintah berjema’ah itu adalah perintah mutlak – tidak boleh tidak. Kerana, di dalam hadith lain, disebutkan kalau berjema’ah mendapat kerahmatan, dijanjikan syurga dan kalau berfirqah (yakni, tidak berjema’ah) mendapat neraka. Rasulallah (s.a.w) menambah bahawa Allah (a.w) menolong orang yang berjema’ah, dan berjema’ah dapat kerahmatan (i.e. syurga) dan kalau berfirqah mendapat siksaan (i.e. masuk neraka). Tambahan pula, segala amalan dan ibadah yang dibuat oleh seseorang yang tidak berjema’ah itu, tidak diterima Allah (a.w) - al-Hadith. Kedua, Allah (a.w) memerintahkan jema’ah umat Islam itu mendengarkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan mendengar nasihat kepimpinan Islam (khalifah zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, imam atau amir selepas itu, yang diangkat oleh jema’ah umat Islam sebagai pemimpin). Islam mewajibkan rukyah (= anggota jema’ah) mendengar (nasihat atau ketetapan (i.e. ijtihad) Imam) dan mentaati (perintah dan ketetapan atau ijtihad Imam), selagi perintah dan ketetapan imam/amir itu tidak bersifat maksiat, i.e. berlawanan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ketiga, supaya, setelah mendengar dan memahami apa-apa yang didengar, umat Islam itu wajib taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin zaman-zaman mereka, kemudian imam atau amir zaman-zaman selepasnya); keempat, berhijrah, yakni berpindah ke tempat lain jika perpindahan itu memudahkan mengabdikan diri kepada Allah (a.w) menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; dan kelima, berjihad pada jalan Allah (a.w), yakni, segala usaha fi sabilillah, dengan mempersungguh diri dalam Islam dan membantu melestarikan serta mengembangkan syariat Islam dengan dirinya (memanfaatkan kelebihan diri) dan hartanya (menginfaq). Mempersungguh itu termasuklah belajar ilmu yang hak mengenai Islam – ilmu al-Quran dan as-Sunnah – supaya faham tuntutan Islam supaya boleh mengerjakan amalan dan ibadah yang sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.Kerana, jika menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, amalan dan ibadah tersebut sah dan diterima oleh Allah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘’Alaikum bil-jama’ati wa-iyakum wal-firqata …’ (Yang bermaksud: Menetapilah (yakni, diwajibkan atas) kalian berjema’ah takutilah pada firqah (i.e. perpecahan atau berpecah-pecah)…) – Hadith at-Temidzi dalam Kitab Fitan (Fitnah).
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini memerintahkan umat Islam bahawa berjema’ah itu wajib dalam Islam, sementara berfirqah-firqah (=menubuhkan perkumpulan-perkumpulan atau fahaman terasing dalam Islam) itu tidak dibolehkan. Malah Allah (a.w) dalam al-Quran menegah umat Islam berfirqah. Tapi, majoriti umat Islam – termasuk para ulama’ dan ilmuwan – tidak menerima hakikat bahawa menubuhkan mazhab atau perkumpulan terasing dalam Islam itu termasuk dalam istilah ‘firqah’ tersebut. Ini adalah kesilapan yang amat besar dalam kefahaman umat Islam terhadap Islam, kefahaman yang berbeza dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat beliau bahawa umat Islam akan berpecah mengikuti 73 fahaman dalam Islam, 72 fahaman Islam, walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, masuk neraka (i.e. tidak dapat syurga), dan hanya satu fahaman Islam yang mendapat syurga, iaitu mereka berpandukan as-Sunnah (‘ma ana ‘lahi wa-ashabi’) dan berjema’ah – Hadith Bukhari dan Muslim.]
Berjema’ah itu perintah Allah (a.w)
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini perintah Allah (a.w) yang khusus menyuruh beliau dirikan agama Islam yang syariatnya mewajibkan berjema'ah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-ana umurukum bi-khamsin Allahu amarani bihinna al-jama’atu was-sam’u wat-to’atu wal-hijratu wal-jihadu fi sabilillahi fa-innahu man haraja minal-jama’ati qida syibran faqad khala-‘a ribqatal-islami min ‘unuqihi illa an yuraji-‘a … al-hadith.’ (Yang bermaksud: Dan, aku (Nabi) memerintahkan pada kamu sekelian lima perkara yang Allah (a.w) memerinta kepadaku pada lima perkara tersebut, iaitu: berjema’ah, mendengarkan, taat, hijrah dan jihad dalam sabilillah, maka sesungguhnya barangsiapa yang keluar dari jema’ah kira-kira satu jengkal maka sungguh-sungguh dia telah melepaskan tali Islam dari lehernya; kecuali apabila kembali (ke dalam jema’ah/bertaubat)) – Hadith Imam Ahmad, at-Tobrani dan at-Termidzi (Sahih).
Hadith ini telah kita jelaskan di atas.
Dalam Islam seseorang itu ditegah mengerjakan sebarang amalan dan ibadah tanpa terlebih dahulu tahu (yakni, belajar ilmu mengenainya) dan faham bagaimana mengamalkan atau mengibadahkan sesuatu amalan dan ibadah tersebut. Inilah firman Allah (a.w): ‘… wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun; ‘(Yang bermaksud: Janganlah kamu kerajakan (amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. amalan dan ibadah tersebut) – Ayat 36, Surah al-Isra’. Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) dalam as-Sunnah dengan sabdanya: ‘Al-ilmu qabla ‘amal.’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengamalkan sebarang amalan dan ibadah). Kalau beribadah atau beramal tanpa ilmu, maka kemungkinan tersesat atau menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dan preskripsi RasulNya. Maka dengan itulah umat Islam diwajibkan belajar ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah). Kerana hanya dengan ilmu umat Islam itu faham bagaimana hendak beramal dan beribadah dan apakah bentuk-bentuk amalan dan ibadah tersebut dan bagaimana mengerjakannya, supaya setiap amalan dan ibadah itu diterima Allah (a.w). Tanpa ilmu manusia itu akan mengamalkan berbagai amalan dengan cara dan kaedah yang sama sekali bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Tanpa ilmu umat Islam akan melakukan perkara-perkara yang batil walaupun asasnya adalah amalan. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya supaya berwaspada dalam sabdanya: ‘Man ‘amala ‘amilan laisa minni fa-hua raddun.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak didatangkan dari aku (Nabi), maka amalan itu ditolak.) – Hadith Bukhari dan Muslim. Ditolak bermaksud amalan atau ibadah tersebut batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Justeru itulah, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran, sesiapa yang mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Kejayaan yang pasti yang dijanjikan Allah (a.w). Inilah maksud sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara, yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya, kalian pasti tidak akan sesat (dalam mencari dan terus berada atas ‘siratul mustaqim’, yakni jalan lurus ke syurga) – Hadith Imam Malik dll. Counter factualnya, seseorang yang Islam itu yang berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat. Malah, beramal dengan amalan yang tercemar, yakni, tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti sesat kerana pasti batil.
Jelasnya, berjema’ah dalam Islam itu adalah perintah Allah (a.w) – Ayat 103, Surah ali-Imran. Dan, dalam hadith yang dirujuk di atas itu Rasulallah (s.a.w) mengesahkan bahawa beliau diperintahkan Allah (a.w) supaya berjema’ah. Maka Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya brjemaah dalam Islam. Omar (r.a) merumuskan perntah berjema'ah ini dengan menyebut: 'La Islama illa bil-jama'ati ...' (Yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam kecuali berjema'ah ... - Hadith ad-Darami. Rsulallah (s.a.w) memberitahu: 'La
yahillu li-thalathatin yakunu bi-falatin minal-ardhi illa ammaru ‘alaihim
ahadahum.’ (Yang bermaksud: Tidak halal bagi
tiga orang yang bertempat di suatu tanah lapang sebahagian dari bumi kecuali
menjadikan salah satunya (yakni, dari kalangan mereka bertiga) menjadi amir/pemimpin
(bagi mereka bertiga).) – Hadith Imam Ahmad.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment