Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post sebelum ini kita telah tahu beberapa perkara iaitu antaranya yang penting difahami adalah: pertama, ada 3 kategori haji yang boleh kita kerjakan iaitu Haji Qiran (mengerjakan haji dengan membawa hadiah kurban bersekali ketika Tawaf Ifadah (tawaf haji) kemudian baru mengerjakan umrah, Haji Tamattuk (memngerjakan umrah dahulu kemudian baru mengerjakan haji) dan Haji Ifrad (mengerjakan haji dan umrah dengan menggabungkan umarh dan haji dalam pakaian ikhram yang satu).; kedua, niat haji dan umrah itu adalah 'Labaika, Allahumma Hajjan atau Umratan', bukannya 'Nawaitu hajja wa-ikhrau bihi ...' dan seumpamanya; keempat, ibadat umrah yang dibuat dalam bulan haji - mulai 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah - dikenakan bayar dam seekor kibas (=kambing biri-biri) atau kambing kampung bagi setiap satu umrah; kelima, sebagai menghormati syiar Islam iaitu Masjidil Haram, Ka'abah atau Baitullah, hendaklah ketika menjejak kaki di Mekah membuat Tawaf Kudum, dan ketika tawaf hendaklah berlari-lari anak pada pusingan satu hingga ke-3, kemudian solat sunat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim; keenam, mengerjakan sebarang amalan terutama Tawaf Sunat dan solat membaca al-Quran, berzikir dan berdoa dll ketika berada di dalam Masjidil Haram mendapat ganjaran pahala 100,000 gandaan pahala; ketujuh, Allah (a.w) menurunkan rahmatNya setiap siang dan malam di Masjidil Haram - 120 kerahmatan - setiap hari, 60 kerahmatan kerana mengerjakan Tawaf Sunat, 40 kerahmatan kerana mengerjakan solat dan 20 rahmat kerana melihat kepada Ka'abah sambil berdoa.; kedelapan, ketika berada di Madinah mengerjakan 40 waktu solat fardu tanpa terputus satu sampai ke-40, di merdekakan dari neraka oleh Allah (a.w) di akhirat kelak dan terjaga dari sifat-sifat kemunafikan atau menjadi orang munafiq, i.e. selamat dari neraka; kesembilan, ketika berada di Madinah, bersolat di dalam Masjid Nabawi (=Nabi) mendapat ganjaran ahala 10,000 gandaan pahala.
Saudara, kita akan sambung perbincangan kita mengenai beberapa lagi ketetapan utama Islam - berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah - pelbagai amalan dan ibadah yang digalakkan orang iman kerjakan ketika di Mekah, termasuk menjelaskan rukun-rukun haji dan umrah, supaya tidaklah kita mengerjakan haji dan umra dengan sia-sia bepenat di Mekah dan menghabiskan sumber wang, tetapi tak dapat pahala dan tak mendapat Haji Mabrur yang diidamkan oleh semua bakal haji. Ganjaran pahala Haji Mabrur adalah syurga yang pasti, i.e. selamat dari neraka. Wajib sentiasa diingati bahawa segala amalan dan ibadah yang bentuk-bentuk amalan/ibadah itu, cara dan kaedah mengerjakan amalan/ibadah itu berlainan dari ketetapan as-Sunnah , i.e. yang dicontokan oleh Rasulallah (s.a.w), tidak akan diterima Allah (a.w), termasuklah ibadah haji dan umrah. Kerana itu kita wajib faham as-Sunnah, khususnya pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah dan peraturan-peraturan mengenai ibadah haji dan umrah kalian). Begitulah juga dengan pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara solat: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yang bermaksud: Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku bersolat) - Hadith Bukhari. Untuk memahami apakah maksud dua pesanan Rasulallah (s.a.w) in - dan juga lain-lain perkara dalam Islam dan syariatnya, wajib kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, Haji Mabrur itu hendaklah di asakan kepada beberapa prinsip dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya: pertama, niat mengerjakan setiap amalan dan ibadah, pendeknya, semua amal soleh, iaitu yang disebutkan atau diajarkan oleh Allah (a.w) sendiri '... warjurna rahmatahu, wa-yakhafuna azabahu' (Yang bermaksud: dan kerana mencari dan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. mengharapkan syurga Allah) dan takutkan siksa Allah (a.w) ( i.e. diselamatkan dari siksaan dalam neraka) - Ayat 57, Surah al-Isra'; kedua, segala amalan dan ibadah itu didasari oleh ilmu yang hak - ilmu yang hak itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah : ' ... wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yang bermaksud: Janganlah kalian kerjakan sesuatu (amalan atau ibadah) tanpa terlebih dahulu kalian tahu ilmu mengenainya (i.e. amalan dan ibadah yang hendak dikerjakan)' - Ayat 36, Surah al-Isra'; ketiga, ilmu yang haq itu adalah tiga sahaja, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan ilmu faraid. Setiap amalan dan ibadah yang diniatkan selain yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan diamalkan berdasarkan bentuk, kaedah dan cara yang berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah batl dan batil, kerana menyesatkan. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballah wa-sunnata nabiyi' (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan dikalangan kalian dua perkara (=hazanah ilmu dan panduan Islam) yang jika kalian berpegang (=berpandukan hanya) kepada keduanya, tidak akan sesat kalian selama-lamanya (mencari dan mendapatkan siratul mustaqim = syurga itu) - Hadith, juga telah kita bincangkan dengan panjang lebar dalam blog ini. Keempat, sehubungan itulah juga, setiap amalan dan ibadah yang dicemari oleh sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah - dari segi bentuk amalan/ibadah, cara dan kaedah mengamalkan ataumengibadahkannya (=rukun-rukunnya, rukun qalbi = niat, rukun qauli = bacaan dan sebutan, dan rukun fe'li = perbuatan dan pergerakan dalam amalan/ibadah itu), pasti suatu kesesatan dan tidak diterima oleh Allah (a.). Kelima, sehubungan itulah juga segala sesuatu yang kita kerjakan dalam Islam dalam konteks melaksanakan syariatnya hendaklah murni atau tulen dan tidak dicemari oleh sesuatu yang ditegah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) melibatkan amalan dan ibadah tersebut. Contoh: amalan dikerjakan kerana riak atau kerana merasa syok sendiri atau kerana tujuan selain yang diebutkan, adalah tidak diterima Allah (a.w), Contoh: amalan dan ibadah yang menggunakan sumber selain al-Quran dan as-Sunnah, pasti batal dan batil amalan tersebut dan tidak diterima Allah (a.w), i.e. firman Allah (a.w) pada Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar, Ayat 14, Surah al-Ghafir, Ayat 5, Surah al-Baiyinah, dan Ayat 19 dan 20, Surah al-Lail. [Nota: Kesemua ayat-ayat ini telahpun kita terangkan dan jelaskan dalam post-post sebelum ini - boleh rujuk]. Contoh: Bacaan tambahan dalam Ruku' dan Sujud yang ditambah dengan kalimah '... wa-bihamdihi', membatalkan solat. Contoh: Berwudu' tanpa memulakan wudu' dengan sebutan kalimah 'Bismillah' bukan 'Basmalah' [Nota: 'Basmalah' adalah bacaan penuh 'Bismilalahir-rahmanir-rahim' hanya baca 'Bismillah' sahaja]. Contoh: mandi junub tidak sah kalau tidak dibaca 'Bismillah' ketika memulakannya, dan dimulakan dengan mengambil wudu' kemudian meratakan air ke segenap tubuh badan. Contoh: Solat Tasbih dibuat dua-dua rakaat tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w) kerana syariatnya adalah satu solat 4 rakaat. Dan, seperti biasa setiap rakaat solat sunat wajib dibaca satu surah selepas al-Fatihah. Dan, banyak lagi contoh. Insya Allah, sesiapa yang mengikuti blog ini akan tahu.
Saudara, begitulah juga dengan ibadah haji dan umrah. Ibadah haji itu wajib didasari oleh ilmu dengan memahami pesanan Rasulallah (s.a.w) yang kita telahpun sebutkan. Haji Mabrur itu hendaklah menepati perkara-perkara berikut: pertama, niatnya, kedua, ketetapan rukun-rukunnya serta kaedah dan cara setiap rukun haji dan umrah itu dikerjakan pula dari segi rukun qalbinya, rukun qaluinya dan rukun fe'li melibat rukun utama tersebut - bagaimana mengerjakan Tawaf dan Sa'i, bagaimana Wukuf di Arafah, bagaimana Mabit di Muzdalifah, bagaimana bermalam di Mina, bagaimana melontar jamrah dan dan terutamanya bagaimana mengerjakan solat-solat fardu di mana dan dijamakkan tamam atau qasar? Semua ini penting untuk mempastikan kemabruran haji itu. Dan, jangan lupa pantang larang ikhram (=ketika berikhram), apakah yang berlaku jika terjadi persetubuhan antara suami isteri sebelum berTahlul thani? Dan, banyak lagi. Insya Allah kita akan ceritakan dalam post akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment